28 March, 2008

TARGET

25 March, 2008

hak pembebasan pelajar ipt(retorik @ realiti)

Kerajaan cadang pinda AUKU: Khaled


AMBIL ALIH: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar (kiri) menerima Nota Serah Tugas daripada Khaled sambil diperhatikan timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah pada majlis serah tugas, di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan akan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi memberi pelajar dan universiti lebih kebebasan.

Beliau berkata, kajian awal mendapati beberapa peraturan dalam AUKU menyekat kreativiti pelajar dan pihak pengurusan universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat global.

-berita ini dipetik dari berita harian 25/3/08..

setelah sekian lama kita menyaksikan segala pergerakan dan tingkah laku para pelajar ipt dipantau dan dilayan ibarat "budak kecil" yg baru belajar berjalan.walaupun pada hakikatnya status pelajar yg diperolehi itu sepatutnya menjadikan seseorang itu lebih berdaya saing, berinovasi dan berpemikiran kritis,sebaliknya akta auku telah merantai sama sekali para pelajar untuk mempertingkatkan diri dengan keadaan dan isu-isu semasa..para pelajar DISIBUKKAN DAN HANYA BERADA DALAM LINGKUNGAN PEMBELAJARAN SEMATA-MATA TANPA BOLEH TERLIBAT SECARA LANGSUNG dengan PERSEKITARAN LUAR.
hal ini segaligus mengakibatkan para pelajar boleh di ibaratkan seperti katak di bawah tempurung walaupun pada hakikatnya berada di menara gading...
- hasrat baik pihak kerajaan untuk meminda akta ini pada saya adalah satu langkah yang positif bagi meningkatkan kembali maruah para pelajar ipt serta untuk melahirkan kembali graduan-graduan universiti yang berkualiti dan memberi manfaat kepada negara dan masyarakat.
-Namun terdapat sedikit kebimbangan,adakah hal ini sekadar perancangan tanpa pelaksanaan yang berkesan atau sebaliknya...hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahuinya...

21 March, 2008

SALAM MAULIDURRASUL

SEMPENA MENGENANG DAN MENGHAYATI PERJUANGAN JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD (S.A.W), MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENPERBANYAKKAN SELAWAT KE ATAS RASULLULAH (S.A.W)..APABILA KITA BERSELAWAT SEKALI, MAKA ALLAH (S.W.T) AKAN BERSELAWAT SEPULUH KALI KE ATAS KITA..JADIKAN LAH SELAWAT DAN SALAM KE ATAS RASUL (S.A.W) SEBAGAI AMALAN HARIAN,BUKAN HANYA MENUNGGU TIBANYA MAULUD NABI.......

18 March, 2008

DI MANA KITA?

APAKAh KITA TURUT MEMAINKAN PERANAN DALAM MENYELAMATKAN RAKYAT PALESTIN..??SEBAGAI SEORG YG MENGAKU BERAGAMA ISLAM ADAKAH TERDETIK DI HATI UNTUK BERSAMA-SAMA BERJUANG MENYELAMATKAN MARUAH UMAT ISLAM YG TELAH LAMA TERCALAR OLEH KERAKUSAN REJIM ZIONIS YG DILAKNAT ALLAH (S.W.T).
SESUNGGUNHNYA SEKIRANya DIKAJI,SEMUA YG BERLAKU DI DUNIA PADA HARI INI ADALAH PERANCANGAN RAPI PIHAK YAHUDI BAGI MELEMAHKAN UMAT ISLAM..JARUM-JARUM HALUS YG TELAH LAMA MENYERAP KE DALAM MASYARAKAT ISLAM SEPERTI BUDAYA HIDONISME, GILAKAN DUNIA DAN BERMACAM2 LAGI,TELAH MENYEBABKAN NEGARA-NEGARA ISLAM YG LAIN HANYA MAMPU MELIHAT PENDERITAAN RAKYAT PALESTIN, TAPI TIDAK MAMPU MENGAMBIL APA-APA TINDAKAN..

NEGARA2 ARAB, BADAN2 DUNIA DAN ORGANISASI ANTARABANGSA TERUTAMANYA OIC HANYA BERFORUM MENGHABISKAN DUIT TANPA PENYELESAIAN YG DAPAT MEMBELA NASIB RAKYAT PALESTIN...SISTEM DUNIA YG DICIPTA TELAH MENGAKIBATkan NEGARA2 MENGAMBIL JALAN MEMENTINGKAN DIRI BG MENJAMIN KESELAMATAN SENDIRI..SEBAGAI CONTOH KONSEP SEMPADAN TELAH MEMISAHKAN NEGARA2 TERUTAMANYA NEGAR2 ISLAM ..KINI YG DIPENTINGKAN BUKANLAH NASIB SEAGAMANYA TETAPI KEDAULATAN NEGARA... JADI KITA YG MASIH ADA RASA KEMANUSIAAN DAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG YG BERAGAMA, JADIKANLAH DOA SEBAGAI SENJATA UTAMA BG MENDAPATKAN PEMBELAAN BG TANAH KIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM....

TARBIAH JIWA

Apa yang hendak difokuskan di sini adalah Tarbiyah Jiwa manusia agar lebih baik dari sebelum ini, kalau pun sudah baik, ia akan diarah untuk menuju yang lebih baik, ia satu pendekatan kebaikan yang diterima di sisi Allah dan dinilainya sebagai benar-benar baik, kerana manusia hari ini, melihat sesuatu yang baik itu berdasarkan pandangannya semata-mata, kadang-kadang dilihatnya baik, tetapi bagi Allah ia bukan perkara baik.

Begitulah sebaliknya, kadang-kadang manusia melihatnya tidak baik, tetapi bagi Allah baik, sebagai contoh, ada seorang yang suka membantu orang lain, tetapi pada masa yang sama, dia mengingkari perintah Allah sebagai menafikan hukum hudud dan sebagainya, apakah Islam masih melihat orang seumpama ini sebagai orang baik, maka perlu kepada satu kayu pengukur untuk meletakkan amalan seseorang itu diterima di sisi Allah SWT.

Kaedah Tarbiyah Jiwa yang berkesan buat setiap Muslim :

1- Melakukan ibadat secara bersungguh-sungguh, menghubung diri kepada Allah serta menyerahkan diri kepada-Nya dengan rasa kerdil di hadapan-Nya, menerusi pelaksanaan amalan wajib dan meninggalkan egala larangan-Nya.

2- Memperbanyak dan membudayakan pembacaan al-Quran, merenung setiap susunan kata-katanya dan berfikir terhadap rahsia kejadian alam dan sebagainya.

3- Memperbanyak membaca dan mentelaah kitab-kitan agama berunsur nasihat, bimbingan, kaunseling lebih-lebih lagi yang memperkata masalah hati, penyakit dan rawatannya.

4- Rajin untuk hadir majlis-majlis ilmu, ceramah dan forum agama yang boleh membangkitkan kesedaran diri untuk melakukan taubat kepada Allah.

5- Mampu untuk menjaga waktu dengan baik dengan perkara-perkara yang berfaedah tanpa mensia-siakannya.

6- Mesti yakin pada diri untuk berhubung dengan Allah.

7- Bergaul dengan golongan yang baik-baik, terutamanya para ulama yang boleh menunjukkan jalan kebenaran, kesabaran dan sentiasa menyeru kepada perkara yang makruf dan mencegah dari melakukan perkara yang mungkar.

8- Beramal serta menterjemahkan segala ilmu yang diperolehi secara praktikal.

9- Bermuhasabah diri terhadap perkara yang telah dilakukan, sama ada ia baik di sisi Allah atau sebaliknya.

10- Menghina diri di hadapan Allah akan segala kesalahan, keterlanjuran sama ada berupa dosa kecil apatah lagi dosa besar dan bersegera untuk memohon keampunan daripada-Nya.

11- Mengelakkan diri dari bergaul dengan manusia yang mengajak kepada perkara yang melalaikan, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti amal ibadat kepada Allah SWT.

12- Bersabar terhadap karenah manusia tanpa jemu menyeru mereka untuk berpegang kepada Islam dalam apa jua keadaan, kerana ini adalah sebaik-baik tindakan yang perlu ada dalam setiap diri orang Islam.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua agar mampu melakukan apa yang disarankan seperti yang tersebut di atas, bagi menghadapi sisa-sisa hidup dalam melakukan perkara-perkara yang diredai oleh-Nya, Amin.

14 March, 2008

kelas sejarah kebudayaan-dr kamaruzaman






Candi Borobudur





sinopsis bab yg diajar pd hari jumaat 14/3/08 for sejarah kebudayaan nusantara.

1.PRA.SEJARAH:
-PALEOLITIK,HOABINH,NEOLITIK,DAN LOGAM

2.PROTO SEJARAH(INDIANISASI)
-KUTAI
-TARUMANAGAR
-KERAJAAN SUNDA GALUH
-SRIVIJAYA

3.CANDI
-BOROBUDUR(PENGARUH BUDHHA)
-MENDAT
-KALASAN
-SEWA
-PRAMBANAN(PENGARUH HINDU)

4.FUNGSI CANDI
-KUBUR
-AGAMA
-KEDUANYA(DIJDKAN KUBUR N TEMPAT KEAGAMAAN)

5. KERAJAAN SAILENDER
-RAJANYA YG BERNAMA VISHNU MULA MEMBINA CANDI BOROBUDUR PADA 770
-790, KERAJAAN SAILENDER MENYERANG CHENLA (KEMBOJA) DAN MEMERINTAH CHENLA HAMPIR 12 TAHUN
-RAJA SAILENDER SEBENAR BERASAL DR THAILAND
-835,PATAPON DR SRIVIJAYA MENGAMBIL ALIH SAILENDER MRNGANTIKAN AGAMA
BUDHHA KPD HINDU
-850,BALAPUTRAN MENUNTUT KEMBALI KEKUASAAN SAILENDER
-RAJA SANJAYA YG BARU IAITU RAJA DAKSA DI JAWA TENGAH MULA MEMBINA
KUIL HINDU DI PRAMBAHAN
-RAJA MARMADEWA MERUPAKAN PEMERINTAH PULAU BALI KETIKA INI EPIK
RAHAYANA TELAH DITERJEMAHKAN DLM BAHASA JAWA KUNO

INI YG SEMPAT DISALIN,SEKIRANYA ADA TAMBAHAN BOLEH LA BG KOMEN...

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


SALAH SATU FAKULTI YANG MEMPUNYAI PALING RAMAI STUDENT DALAM UKM...

12 March, 2008

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA