28 September, 2008

Pesanan untuk diri



Takkala ramadhan semakin meninggalkan kita, saya masih merasa kekurangan terhadap diri sepanjang bulan yang mulia ini dalam beribadah kepadaNYA..Harapnya bulan tarbiah ini dapat menjadikan diri kita terus istikhamah dalam melaksanakan ibadah kepadaNYA dan menjauhi segala laranganNYA apabila kita menuju keluar dari medan tarbiah ini...Semoga kita dipertemukan lagi olehNYA akan Bulan yang penuh Barakah ini di masa hadapan..Insyallah.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Buat semua sahabat seperjuangan dan semua yang mengenali diri yang lemah ini..Saya juga ingin mengambil kesempatan di hari yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini , terlebih dahulu untuk memohon maaf atas segala salah dan silap . Semoga ukhuwwah fillah dikalangan kita terus bersemi tanpa sebarang ruam yang hanya mencacatkan hubungan persahabatan antara kita.

Tiada dinafi , terlalu sukar mengawal emosi dan terlalu payah membendung rasa tetapi jauh lebih sukar dan payah untuk memutus hubungan persahabatan yang telah kita bina bersama dalam perjuangan ini. Mudah – mudahan seketika nanti , akan tiba detik kita kembali bertaut kasih tanpa curiga .

17 September, 2008

Salam Nuzul Al Quran

16 September, 2008

akhirnya





segala yang tersimpan di dalam hati ini telah ku luahkan. kepada Allah (s.w.t) yang Esa aku berserah agar di tunjuk jalan yang benar..

13 September, 2008

sebuah penantian








Takkala suasana politik yang semakin tegang dalam negara.saya tertanya-tanya adakah perubahan yang diwar-warkan itu akan berlaku. perkara ini telah lama menerjah ke benak fikiran..ramai orang yang masih dalam tanda tanya apakah ini adalah sesuatu yang akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.pihak yang memerintah sudah tentu tidak akan duduk diam untuk memerhatikan sahaja. sebab itu dalam masa yang terdekat ini mereka dah semakin gabra dan mula mengambil keputusan yang menimbulkan tanda tanya adakah wajar dibuat sedemian. yang paling terbaru adalah penggunaan ISA terhadap tiga individu yang dikatakan boleh mengancam keselamatan negara. Tiga orang iaitu masing-masing seorang penulis blog, wartawan dan ahli politik ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). perkara ini sentiasa berlaku kepada negara-negara sedang membangun. Demi mempertahankan pemerintahan walaupun tidak lagi mendapat keyakinan rakyat maka pihak pemerintah sanggup menggunakan kekerasan yang secara langsung mencemari nilai-nilai demokarasi.

kecelaruan yang menghantui BN semakin parah. Nahkodanya semakin terdesak bagi menyelamatkan kapalnya yang tidak lagi selamat untuk dinaiki. maka kelasi-kelasinya mengancam untuk berpindah kepada sebuah kapal titanic lain yang memberi harapan baru agar pelayaran sampai ke pada matlamatnya. lubang-lubang pada kapal tidak lagi dapat ditampung. semakin cuba dibaiki semakin luas lubang itu membesar. Hanya dua pilihan bagi penumpang dan kelasi kapal sama ada karam bersama ke dasar laut atau menyelamatkan diri dengan menaiki kapal baru. apabila wujud keadaan ini perkara-perkara yang berkaitan dengan moral tidak perlu diambil kira sama ada tindakan tersebut mengkianati nahkoda kapal tidak perlu difikirkan lagi, yang penting bagaimana hendak menyelamatkan diri kerana pada diri setiap kelasi dan penumpang kapal tersebut diletakkan harapan berjuta rakyat yang mengharapkan harapan baru.

namun secara dasarnya yang menentukan sama ada 16 september akan menjadi realiti ataupu tidak adalah sesuatu yang di luar kawalan manusia .Usahkan 16 sept , hanya esok sahaja , apakah yang bakal berlaku tidak siapa yang mengetahuinya. Kita mungkin boleh melabuhkan harapan itu dan ini . Tetapi apakah harapan itu benar - benar menjadi realiti ? ianya sangat bergantung kepada ketentuan Ilahi dan tiada siapa yang mampu merubah atau mahu membuat ketetapan selain dari apa yang yang telah ditetapkan oleh Allah di Luh Mahfuz.


Kerajaan ini boleh kekal dan boleh musnah dengan kehendak Allah swt. sebagaimana firman Allah swt :

قل اللهم مالك الملك تؤتى الملك من تشاء و تنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شئ قدير

Katakanlah : Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kerajaan , Engkau memberi kerajaan ( kuasa ) kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menyentap kerajaan itu dari siapa pula yang Engkau kehendaki , dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki , di dalam genggamanMu lah segala kebaikan . Sesungguhnya Engkau Tuhan yang sangat berkuasa di atas segala suatu .

Surah Aali Imran . Ayat : 26


sememangnya perubahan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan. hal ini kerana BN tidak lagi memberi harapan kepada rakyat bahkan menambah bebanan yang semakin hari semakin tidak terdaya untuk dipikul lagi oleh rakyat biasa. maka pakatan rakyat muncul untuk memberikan harapan baru untuk rakyat memperolehi hak yang sepatutnya dinikmati 50 tahun dahulu lagi..sama ada harapan itu dilaksanakan atau tidak, menjadi perkara yang kedua. sekirannya setelah berlaku perubahan tapi harapan tidak dilaksanakan maka rakyat harus menggunakan (power of the people) untuk merubah kerajaan yang baru..inilah nilai sistem demokrasi yang sepatutnya difahami oleh semua orang.(demokrasi adalah pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat untuk rakyat.bukanya untuk golongan elit tertentu..

"menanti perubahan untuk merubah keadaan"

10 September, 2008

Nasib Seorang Perantau






Ketika dalam perantauan, dia terlihat seorang wanita yang amat cantik. Untuk menarik dan mendapatkan perhatian wanita itu, pemuda itu bertekad untuk memenuhu apa jua kehendak. Apa jua yang diinginkan oleh wanita itu, pemuda itu tangkas mengisi keinginan.

Lalu berjayalah pemuda itu memikat wanita itu lantas bernikahlah kedua orang tersebut. Maka berhiburlah wanita itu dalam dakapan pemuda itu, berkubang dalam lumpur nafsu amarahnya. Namun pemuda itu tidak puas juga. Keinginannya untuk memenuhi setiap kehendak wanita itu yang kini isterinya tidak lentur malah semakin meningkat.

Hari berlalu menjadi minggu. Minggu ke bulan, bulan ke tahun hingga tidak sedar pemuda itu betapa usianya dimakan masa. Setelah sekian lama di perantauan, tersentaplah pemuda itu bila dia di panggil pulang. Maka pulanglah pemuda itu sebatang kara dengan tangan yang kosong seperti mana dia mula merantau begitu jugalah keadaanya bila pulang.

Sebatang kara dan tiada apa yang digendung buat bekalan apatah lagi buah tangan. Terpinga-pinga keseluruhan dirinya menggigil ketakutan sehingga tiada dapat berkata-kata dan air matanya bercurahan. Hanya lahir kesal yang amat sangat....

Begitulah keadaan kita yang pulang ke rahmat Allah(s.w.t) dengan tiada apa bekalan buat diri. Apa yang hendak dipersembahkan ke hadrat Ilahi?
Kebesaran Allah(s.w.t) tidak terjejas sedikit pun tanpa pemberian dari mahklukNYA. Hanya mahklukNYA yang rugi...

Rugi kerana perantau itu sibuk dengan kecantikan dunia. Keinginan dunia itu dipenuhi hingga lupa akan tujuan sebenar dia merantau. Taksub dia dengan dunia yang diibarat Allah(s.w.t) sebagaimana firmanNYA yang bermaksud,

”Dan ( ingatlah bahawa ) kehidupan dunia ini(meliputi segala kesenangan dan kemewahannya jika dinilai dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benar hidup; kalaulah mereka mengetahui( hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat ).”

Surah Al’ Ankabut (64)

09 September, 2008

manufacturing consent






Manufacturing consent adalah sebuah istilah yang di berikan oleh seorang sarjana Amerika tentang bagaimana minda golongan massa atau rakyat dibentuk supaya berbentuk ke arah satu aliran sahaja. Pemikiran yang di manufacturing juga berbentuk satu hala. Pemikiran sebegini sememangnya dikehendaki oleh golongan penguasa dan pemerintah yang ingin terus memerintah dengan menggula-gulakan rakyat. Perancangan yag rapi telah disusun sejak kanak-kanak di sekolah rendah dan juga tidak terlepas para pelajar di peringkat pengajian tinggi/universiti. Masyarakat secara tidak sedar dipaksa untuk menerima dan mengiakan ia sahaja apa yang diterimanya. Media-media utama tidak menyampaikan maklumat secara telus. Mereka cuba mengawal pemikiran rakyat menurut acuan pemerintah dan rakyat tidak boleh berfikir jauh dari kerangka yang telah dibentuk.

Sekolah dan universiti bagi pemerintah, memainkan peranan yang penting untuk mengembang keadaan seperti ini. Menekankan perlu wujud individu yang baik dalam sistem. BAIK dalam erti kata lain tidak terlibat dengan politik dan menentang kerajaan sekiranya tidak berpuas hati. BAIK di sini juga redo dan menerima segala penyelewengan dan kelemahan kerajaan tanpa banyak soal. Inilah yang telah dibentuk sejak sekian lama dalam masyarakat melayu bahkan ianya menjadi suatu budaya. Tekana-tekanan dibuat agar rakyat akur terhadap norma-norma yang telah dibentuk oleh pihak REJIM PEMERINTAH. Mereka tidak mahu rakyat mempersoalkan tentang kuasa pemerintah. Bagi MEREKA, kalaw hendak jadi jurutera jadilah yang BAIK. Jangan bertentangan dengan pihak pemerintah. Sebab itulah diwujudkan segala macam akta yang menyekat pergerakkan contohnya Auku. Menurut ketua program sains politik ukm Auku tidak releven dan patut di buang. Universiti bukannya tempat untuk MENTERNAK pelajar tapi tempat melahirkan para pelajar membina skill yang tinggi, bebas dari segala sekatan yang boleh membantutkan tahap pemikiran.

Sekirannya dahulu zaman negara yang mempunyai kekuatan tentera dianggap akan menguasai dunia tetapi di apabila masuk era millinium maklumat pula mula menjadi senjata. Sesiapa yang mempunyai maklumat akan mula menguasai pihak yang lain. Tetapi dalam ledakan maklumat yang semakin tidak dapat dibendung adakah maklumat yang kita terima itu dapat membantu meningkatkan tahap pemikiran atau sebaliknya.
Emanuel kant berkata bukan semua yang kita patut tahu. Ada sesuatu yang disembunyikan. Apa yang orang ramai patut tahu tidak dibenarkan tahu. Berita-berita yang selalu digambarkan di arus media massa membuatkan kita rasa seperti maklumat berada di hujung jari. Tapi sebenarnya banyak maklumat yang telah ditapis dan disorok dari kita.

Media arus perdana memainkan perana yang cukup penting dalam manufacturing concent. “newpaper editors are men who sperate the wheat from chaff, and then print the chaff.” Apa yang hendak digambarkan di sini adalah dalam konteks media Malaysia bagaimana editor-editor media boleh diibaratkan sebagai orang yang bertanggungjawab memisahkan gandum daripada kulit, kemudiannya mencetak kulit untuk tatapan umum. Persoalan yang timbul di sini ialah bukannya orang tidak tahu tetapi orang yang sepatutnya tahu tidak dibenarkan tahu. Berita-berita dimanipulasi oleh editor-editor tertentu. Namun bagi orang-orang tinggi tahap kesedarannya, mereka akan cuba mendapatkan maklumat alternatif. Maka editor-editor tersebut mendapat cabaran tentang maklumat yang disembunyikan.

Pembuatan dasar, proses kuasa dan banyak lagi disembunyikan. Masyarakat terbentuk kepada dua golongan sama ada masyarakat yang tidak ingin tahu ataupun masyarakat yang tidak dimaklumkan atau pun MEREKA tidak mahu masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku. Orang-orang berkuasa boleh memutar belitkan keadaan dan tidak mahu rakyat bersatu. Sebab itu sejak akhir-akhir ini isu perkaum, isu hak-hak orang melayu selalu dipertontonkan. Digambarkan seolah-olah kaum melayu teruk ditekan oleh kaum lain,seolah-olah hak orang melayu sedang terhakis,tetapi MEREKA tidak sedar siapa sebenarnya yang menghakis hak orang melayu. Semua ini dimainkan oleh media untuk memanucfacturing pemikiran rakyat.

Kerajaan melakukan segala-segalanya seperti digambarkan oleh media arus perdana adalah untuk kepentingan orang ramai. Tetapi sebenarnya ada benda yang tersembunyi. Kalau di Barat mereka mendabit dada mengatakan mereka BEBAS tetapi walaupun bebas, minda mereka telah dikawal oleh golongan pemerintah supaya tidak melebihi had yang ditetapkan. Walaubagaimana pun situasi di Negara maju dan Negara sedang membangun seperti malaysia adalah jauh berbeza. Kalau di Amerika debat secara terbuka adalah perkara biasa, tapi di Malaysia ia adala sesuatu yang luar biasa. Di sini lah wujud bagaimana budaya manufacturing concent telah dibentuk oleh pemerintah . Yang menentang adalah dikatakan atau cuba untuk keluar dari kepongpong dan tidak rasional, communis dan juga pengganas. Lama kelamaan kepatuhan terhadap apa yang diterima sudah menjadi budaya, tapi yang menentang menjadi asing.

Di Negara sedang membangun, media mencengkam dan menghegemoni pemikiran rakyat. Fakta ditulis tapi penghuraian terhadap fakta tidak jelas atau dengan kata lain tidak mahu orang ramai tahu kerana takut kelemahan terbongkar. Itulah yag selalu berlaku terutamanya apabila melaporkan keadaan pilihan raya. Pihak pembangkang digambarkan penuh dengan keburukan dan diselubungi 1 juta 1 kecacatan tapi yang berlakunya sebaliknya. Akibatnya hilanglah lima negeri. Tektik dan teknik yang sama masih lagi digunakan untuk pilihan raya permatang pauh dan perkara yang sama juga berlaku, BN KALAH.