31 October, 2008

pagi yang tenang





salam exam...

Hari demi hari yang berlalu menyaksikan kita semakin hampir menuju kepadaNYA. umur yang bertambanh setiap saat, setiap, minit, setiap jam, sebenarnya telah mengurangkan masa kita sedikt demi sedikit di dunia ini. Tanpa kita sedari adakah telah cukup persiapan dan bekalan yang hendak dibawa bertemu denganNYA, sedangkan kita kini berdepan dengan kebungkaman akhir zaman dan fitnah dunia yang dahsyat..

Pagi yang indah, sambil menyaksikan ketenangan air tasik kejut walau pun coklat, peluang yang datang tidak akan berulang lagi. apa yang dinikmati hari ini tidak akan sama dengan apa yang akan kita nikmati pada hari esok walupun kita berada di tempat yang sama..







Mengenal diri


sebagai seorang insan terutamannya yang beragama islam kita perlu tahu siapa diri kita yang sebenarnya. kita di wujudkan dalam dua situasi, yang pertama sebagai Juara, kerana daripada berjuta sperma, hanya kita yang berjaya meloloskan diri untuk lahir di muka bumi ini. dan yang kedua kita sebagai insan yang hina. Allah(S.W.t) cipta kita dari sejenis air Mani yang hina, tapi dimuliakan kita dengan Akal fikiran dan dibimbing dengan wahyuNYA. Jadi sebagai seorang Juara kita perlu ada keyakinan terhadap keupayaan yang telah dikurniakan oleh Allah(s.w.t), namun tidak sama sekali kita boleh berlagak sombong dan takarbur. sebab itu kita perlu dan sentiasa mengenal akan asal usul kejadian kita agar kita mensyukuri setiap nikmat yang dikuniakan. Sifat rendah diri, hormat menghormati,berlapang dada dan berfikir menggunakan world view islam adalah antara cara terbaik untuk kita mendekatkan diri denganNYA.

Matlamat hidup

sebagai khalifah kita akan dipertanggungjawabkan terhadap setiap amal perbuatan kita. Apabila diamanahkan title khalifah, kita juga bertanggungjawab terhadap bumi ini. adakah kita akan melihat sahaja bumi ini dirosakkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab..??disinilah peranan kita melaui kemampuan yang ada kita perlu jalankan.

Dalam konteks mahasiswa kita perlu jelas akan matlamat hidup. harus diniatkan apa sahaja jalan yang kita pilih mestilah kerana Allah(s.w.t). Apakah faktor utama kita ke universiti-keluarga, kawan atau tiada pilihan lain. maka disini perlu jelas. yang paling utama mestilah diniatkan mencari ilmu kerana Allah(s.w.t) bukan kerana manusia atau pun dunia yang sementara ini..Maka terbayanglah di fikiran mengapa saya sampai ke sini..dah tahun tiga, final year pun....

berbeza pendapat tidak bererti bermusuh

Percanggahan pendapat, ideologi dan tafsiran adalah perkara yang biasa dan lumrah dalam kehidupan. sikap tolenrasi sepatutnya di hayati dan diamalkan. menerima pandangan orang lain dan berlapang dada sekiranya tidak sehaluan dengan kita. Dengan itu barulah sesuatu individu dan masyarakat dapat berkembang ke arah yang lebih baik dan sempurnya. namun apabila diperhatikan dalam negara kita,ISA contohnya adalah sesuatu yang tidak menggambarkan sikap tolenrasi pihak kerajaan. orang yang tidak sehaluan dan sama ideologi tidak dihormati, bahkan dianggap musuh kerana kononnya boleh mengancam keselamatan negara..apakah masih Releven akta keselamatan yang menghakis hak individu diamalkan dalam konteks dunia yang semakin global dan kompleks..masih banyak mekanisme lain yang boleh diguna pakai sekirannya pihak kerajaan hendak sangat mengekalkan status quonya, bukannya dengan menyekat kebebasan individu tanpa perbicaraan.. Bertolenrasi adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam dan amat digalakan. menerima pandangan orang lain walau pun tak sehaluan dengan kita, berlapang dada, dan saling nasihat menasihati amat penting bagi sesebuah negara yang majmuk sifatnya. sebab itu Islam telah mengajurkan cara untuk hidup bernegara dan bermasyarakat yang selari dengan fitrah manusia mengikut Al quran dan Hadis.


sekadar gambar hiasan"sory epul n zarip"


kehancuran sistem manusia

Hakikat telah menunjukkan bagaimana manusia zaman sekarang yang telah diserapi dengan ideologi dan dokrin barat seperti Komunisme yang telah ranap, dan kini Kapitalisme sedang menuju ke arah yang sama. perbeza ideologi menyebabkan mereka berperang. Masing-masing mendakwa sistem mereka terbaik dan dapat mencapai "Good life" dan kebajikan Am. Namun,apabila manusia tidak mengambil apa yang diperturunkan OlehNYA maka, sejauhmana pun sistem itu dicipta dan berkembang, pada hakikatnya ia menuju kepada kehancuran dan diheret bersama di dalamnya manusia-manusia yang lalai dan rugi akibat perbuatan mereka sendiri. .

30 October, 2008

bila langit mendung





entry kali ini saya tak tulis sendiri, tapi dapat melalui email dan ubah sikit-sikit. hati terasa nak berkongsi apa yang bermanfaat bolehlah diambil iktibar. kebetulan sebelum ini saya ada ambil beberapa gambar langit di ukm yang mendung sebelum hujan turun dengan lebat membasahi bumi..



Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau
Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan !



Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)



Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?



"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)




Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)




Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

22 October, 2008

tahniah pro M upsi




Pilihan raya kampus upsi telah menyaksikan suatu perubahan politik semasa apabila pro mahasiswa kembali memberi saingan dan tekanan kepada Aspirasi. keputusan rasmi yang diperoleh dari sumber mahasiswa upsi menyatakan Pro Mahasiswa 8, Aspirasi 13.Antara kawasan yang dimenangi oleh calon Pro Mahasiswa ialah kerusi Umum sebanyak 3 kerusi, Fakulti Sains dan Teknologi, FSSK, FSKPM, dan FSM. Saya mengucapkan tahniah dan Syabas kepada Pro M UPSI kerana berjaya mengurangkan majority 2/3 Aspirasi daripada menawan kampus perguruan itu.Iaitu satu pencapaian bersejarah walaupun seperti pilihan raya yang sebelum ini pihak HEP memberi tekanan yang hebat kepada Pro M.


STUDENT POWER..inilah selogan KERAMAT yang harus dihayati oleh setiap individu YANG bergelar mahasiswa.. mereka sepatutnya tahu akan tanggungjawab dan peranan masing-masing bukannya bersikap pasif dan berdiam diri..setiap oarang harus menyemak kembali lipatan sejarah bagaimana golongan mahasiswa di negara jiran menjadi pemangkin kepada masyarakat, berada di barisan hadapan menentang ketidakadilan, kezaliman, dan diskriminasi yang berlaku dalam sesebuah negara. Hal ini kerana, mahasiswa adalah golongan yang berilmu dan dipandang tinggi oleh masyarakat. sedar akan tanggungjawab adalah perkara penting, bukan sekadar belajar, sebaliknya ilmu yang dipelajari harus dipraktikan dan disumbangkan kepada masyarakat dan negara.
siapa kata datang ke universiti hanya untuk belajar semata-mata.(fikirlah sendiri apa yg boleh anda lakukan lagi)Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Gunakanlah peluang yang masih dikurniakan oleh Allah(s.w.t) untuk menyatakan yang hak dan dan menentang kebatilan. Adakah masih ada esok untuk kita..??hanya Allah (s.w.t) yang lebih mengetahui...

18 October, 2008

HIMPUNAN MAHASISWA





HIMPUNAN MAHASISWA MENUNTUT PILIHAN RAYA KAMPUS YANG BERSIH SERTA PENYERAHAN MEMOREDOM KEPADA MENTERI PENGAJIAN TINGGI SEMPENA KARNIVAR KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN DI UKM


Tarikh 17 oktober 2008 akan termaktub dalam sejarah ukm kerana mahasiswa dari seluruh ipta/s di Malaysia turun menyertai himpunan secara aman bagi menyatakan ketidakpuashatian terhadap perjalanan pilihan raya kampus yang sebelum ini yang telah dicemari dengan ketidakcekapan, penipuan, diskriminasi, ugutan, penindasan dan bermacam-macam lagi terhadap golongan pelajar yang PROMAHASISWA.

Ribuan pelajar yang menghadiri karnivar kerjaya menjadi saksi kepada sikap pihak pegawai keselamatan, dan pihak kementerian Penggajian Tinggi bagi menghadapi situasi yang berlaku lebih kurang sejam lebih itu bermula jam 4 petang dan berakhir secara aman dipenghujungnya. Kata-kata dan tindakan berbaur ancaman, dan ugutan dilemparkan kepada golongan mahasiswa yang mengadakan himpunan tersebut oleh pihak-pihak tertentu.





Apa salahnya berdemontrasi secara aman. Tiadak ada vandalisme, tidak ada dewan yang terbakar atau dimusnahkan tidak ada yang cedera, sebaliknya hanya luahan rasa, dan penyerahan memorendom yang cuba disampaikan secara langsung kepada Menteri Pengajian Tinggi agar mengambil serius hal ini. Berdemontrasi adalah salah satu ciri penting yang memaparkan tahap pengamalan demokrasi dalam sesebuah negara yang demokratik seperti Malaysia. Semakin terbuka luas peluang bersuara rakyat menyatakan pandangan, semakin tinggi tahap demokrasi yang diamalkan. Ada pandangan yang sempit mengatakan demontrasi atau himpunan adalah salah, bukan budaya kita. Itulah pemikiran yang membelenggu masyarakat kini terutamanya mahasiswa yang lena dan leka dek diperangkap keselesaan sehingga tidak sedar yang HAKnya telah dicabul oleh golongan-golongan tertentu. Berdemontrasi ada caranya, boleh dilakukan secara aman. Pihak pentadbiran tidak perlu takut sekiranya mereka membiarkan para pelajar bersaing di atas padang yang sama rata.

Walaupun terdapat unsur-unsur provokasi oleh pihak-pihak tertentu, tapi memorendom berjaya disampaikan oleh waki-wakil PROMAHASISWA kepada Menteri Penggajian Tinggi. Dinyatakan oleh speker di dalam perhimpunan tersebut yang dato' Seri Khaled Nordin akan menyemak memorendom tersebut dan memberi maklum balas secepat mungkin. Di harapkan beliau mengotakan janji dan memberi penekanan yang serius terhadap tuntutan mahasiswa bukannya bersikaf sambil lewa dan lepas tangan seperti sebelum ini.








Kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan ( dekat sini pun nak buat kacaw), apabila terdengar perkara sedemikian saya teringat akan kisah seorang filasuf tua di kota Athens, yunani pada abad ke-4 yang dijatuhi hukuman mati oleh hakim kerana tidak mengaku Dewa Olyampus sebagai tuhannya. orang tu itu juga dianggap sebagai perosak pemikiran rakyat terutamanya pemuda. Orang tua tersebut ialah Socrates. Sebelum dia dijatuhi hukuman mati dengan cara meminum racun, filasuf tua itu berkata kepada hakim dan pengikutnya- Yang Arif Tuan Hakim, aku hanyalah spesis lalat pengganggu yang diberikan kepada negara oleh tuhan.

Berkata beliau selanjutnya bahawa bukankah negara memerlukan seekor lalat seperti itu? Kerana negara ibarat seekor sapi besar yang lembab pergerakkannya disebabkan saiznya yang besar. Oleh itu, penternak memerlukan pengganggu agar pergerakkan sapi itu tidak statik. Sayangnya sang hakim tidak peduli dengan hujah itu dan Socrates dihukum mati..

Berdasarkan kisah itu, masyarakat dan negara, termasuk juga setiap keluarga memerlukan individu seperti disebut Socrates, sebagai lalat pengganggu yang kerjanya menggeletek dan terus menggeletek agar masyarakat itu cerdas dan bijak. Begitu juga dalam konteks dunia mahasiswa, perlunya wujut individu-individu sedemikian agar mahsisiswa tidak dilebalkan sebagai lesu dan tidak bermaya serta tidak berperanan dalam masyarakat. Bayangkanlah sesebuah masyarakat atau negara atau organisasi yang tidak mempunyai orang seperti Socrates pasti akan berada dalam kondisi yang lemah, beku, tampak tidak cergas dan sukar berdaya maju. Namun pada hakikatnya itulah yang berlaku dalam masyarakat kita. Ibarat air sungai, jika dibiarkan bertakung, lama-lama akan busuk. Sungai yang baik ialah sungai yang airnya sentiasa mengalir.

Dalam Islam tugas itu disebut: amar maaruf wa nahi mungkar. Melarang orang berbuat mungkar dan mengajak berbuat maaruf. Melarang bererti menegur, mengkritik kejelekan individu, kelompok, tidak berkecuali sama ada terhadap raja, pemerintah,atau pentadbiran universiti.

Berdasarkan peristiwa yang telah berlaku, anda sebagai seorang pemerhati perlu wujudkan persoalan kenapa perkara ini berlaku?mengapa kumpulan ini berani berhadapan dengan risiko hanya semata-mata hendak mendapatkan hak dan suara mereka? Jawapan yang berada dibenak fikiran masing-masing mestilah berbeza. Untuk menganalisis perkara ini, konflik kelas yang di perkenalkan oleh Karl Mark boleh diambil sebagai pendekatan. Antara ciri utama teori ini adalah wujud dua golongan yang menindas dan yang ditindas. Dalam situasi ini, terdapat dua golongan iaitu golongan mahasiswa yang menganggap telah ditindas dan diskriminasikan. Manakala pihak pentadbiran universiti dan KPT adalah kelas yang menindas melalui peraturan, dasar dan tindakan terutamanya dalam pilihan raya kampus. Inilah antara sebab mengapa perkara ini berlaku. Apabila wujud perkara ini, maka kelas yang ditindas secara automatiknya akan wujud kesedaran kelas dalam diri setiap individu tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Bangkit memperjuangkan dan mendapatkan hak mereka. Golongan PROMAHASIWA bergerak atas kepentingan bersama untuk memperjuangkan nasib mereka.

Namun perjuangkan mereka bukanlah melalui pendekatan Radikal(Revolusi) seperti yang disarankan oleh Karl Mark dalam Komunis Manifesto. Sebaliknya secara aman dan demokratik, berhimpun secara aman untuk menyuarakan pandangan, ketidakpuashatian dan kritikan. Pihak berwajib seharusnya melihat ini sebagai suatu yang positif ke arah pembentukan generasi yang berdaya saing dan produktif melalui partipitasi mereka dalam aktiviti seperti ini. Alangkah ruginya para pelajar yang bersikap APATI sahaja apabila menyedari hakikat keadaan yang berlaku. Mereka terus lesu dan dibelenggu dengan dokrin menurut arahan sahaja oleh golongan tertentu menyaksikan pemikiran mereka tidak berkembang, sebaliknya dijadikan alat oleh pihak atasan untuk mengekalkan status quo.






As-Syahid Sayyid Quthb menulis sebuah syair dari balik jeruji penjara dengan judul Akhi. Syair ini menggambarkan keimanan yang teguh dalam dada dan gelora perjuangan dakwahnya yang tak kunjung padam. Semoga kita dikurniakan kekuatan seperti ini INSY’ALLAH.


Saudaraku, engkau merdeka meskipun berada di balik geruji penjara
Saudaraku, engkau merdeka meski pun ditangkap dan dibelenggu
Bila engkau berpegang teguh kepada Allah
Maka tipu daya musuh tidak membahayakanmu
Wahai saudaraku, pasukan kegelapan akan binasa
Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta
Lepaskan kerinduan jiwamu
Engkau akan melihat fajar dari jauh telah menyinar
Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang
Engkau lemparkan senjata dari kedua pundakmu
Siapakah yang akan mengubati luka-luka korban
Dan meninggikan kembali panji-panji jihad.?