31 March, 2009

kematangan berpolitik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

suasana politik malaysia sejak kebelakangan ini semakin panas dengan pelbagai isu, kes dan ragam ahli dan parti politik,namun bagi saya, perkara ini memaparkan bahawa rayat malaysia kini berada pada satu proses yg menuju ke arah kematangan berpolitik.

Dalam konteks kematangan politik ini bergantung kepada sejauh mana individu melibatkan diri dalam politik dan berusaha untuk mendapatkan maklumat yg benar agar ia tidak terkeluar dari landasan. kalau dulu orang hanya mengiakan sahaja berita dr media perdana,menteri-menteri bercakap dan ahli-ahli politik berpidato, namun kini dgn perkembangan teknologi maklumat masyarakat kini lebih bersikap skeptikal dan kritical dalam menerima sesuatu maklumat dan berita.

perkara ini secara tidak langsung meletakkan masyarakat malaysia (walaupun bukan secara keseluruhannya) dalam suatu proses ke arah demokrasi yang lebih matang berbanding dahulu.

sejak berlaku krisis di perak,perhimpuanan Agong Umno, dan kini pilihan raya kecil di dua bukit dan satu batang menunjukkan kesinambungan suasana politik yg ada kaitan diantara satu dengan yg lain. masyarakat beria-ia ingin tahu. maka pelbagai hujah dikemukan bagi menyokong dan mempertahankan pandangan masing-masing. ketika bersembang dgn Dr Ahmad nidzam Sulaiman baru-baru ini, dia menyatakan bahawa pakcik tua di kampung kini pun sudah pandai mengeluarkan bab yg terdapat dalam perlembagaan(perak) bagi menyatakan hujah ketika ditanya tentang situasi di perak.

oleh itu, bagi pakatan rakyat kemenangan di pilihan raya kecil ini terutamanya bukit gantang amat penting kerana akan menunjukkan satu resolusi rakyat perak yg menolak rejim yg ada sekarang. namun bg BN kemenangan ini amat diperlukan bg mengembalikan maruah yg telah dicalarkan pada pru 08,prk permatang pauh, dan prk kuala t'ganu..kemenangan ini juga amat ditagih bagi menunjukkan penerimaan rakyat terhadap pimpinan baru UMNO.

Namun sejak hari penamaan calon ketiga-tiga prk yg masih lagi hangat, kelihatan jentera PR lebih menunjukkan kemantapan dan kesepaduan dan menghadapi prk ini. hari penamaan calon terutamanya di bukit gantang telah menunjukkan para penyokong PR membanjiri kawasan penamaan telah mengatasi jumlah penyokong BN. situasi ini telah memaparkan dua keadaan yg berbeza.

segalanya akan terjawab pada hari membung undi pada 7 april ini.


kepada Pak lah diucapkan selamat berihat.






(suasana riang -ria penamaan calon di Bukit Gantang)



"bukan aku kata, depa yg kata"




Reaksi ahli-ahli dan pemuda harapan bangsa(umno) apb Khairy Jamaludin diumumkan sebagai ketua pemuda UMNO.

hemmmmm..

20 March, 2009

Hebatnya Polis Beraksi











Himpunan 100 ribu rakyat menentang PPSMI

Tanggal 7 mac 2009 akn menjadi sebahagian daripada sejarah gerakan sivil masyrakat malaysia selepas himpunan Bersih dan beberapa lagi himpunan rakyat yang mempunyai kesedaran akan terhadap apa yang diperjuangkan.. sekali lagi kuala lumpur menjadi lokasi tumpuan dan saksi kepada seluruh masyarakat sama ada di malaysia dan seluruh dunia terhadap situasi yang telah berlaku dalam himpunan 100 ribu rakyat menentang ppsmi.


penipuan dan manipulasi media arus perdana

seperti biasa, media arus perdana yang menjadi agen @ alat pihak pemerintah memanipulasi situasi yang telah berlaku ketika himpunan tersebut berlangung..dinyatakan bahawa sekitar 5 ribu orang sahaja yang menghadiri himpunan tersebut, dan pihak keselamatan TERPAKSA melepaskan gas pemedih mata dan menyembur water canon bagi mengawal peserta yang menghadiri perhimpunan itu..saya apabila membaca akhbar pagi ini ada rasa nk ketawa, dan ada rasa kecewa serta marah terhadap pihak keselamatan yang menggunakan kekerasan terhadap peserta himpunan.
nak ketawa sebab, media massa seolah-olah masih hendak menipu rakyat dengan menyatakan hanya 5 ribu yang hadir. pada masa yang sama marah dan kecewa dengan tindakan kekerasan yang digunakan oleh pihak keselamatan, seolah-olah menggambarkan peserta himpunan bertindak ganas.. siapa yang ganas sebenarnya???
Tapi seluruh negara bahkan dunia dengan kemajuan internet dan teknologi maklumat menjadi saluran dan saksi terhadap jumlah peserta yang sebenar dan keadaan yang berlaku.


cakap tak serupa bikin

kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini menperlihatkan kesediaan pihak keselamatan (polis) untk memberi lampu hijau dan kawalan keselamatan kepada peserta himpunan.
"kusangkakan panas hingga ke petang rupa2nya hujan di tengahhari" atau dengan istilah yang lebih sedap "harapkan pagar, pagar makan padi". hahaha.
Begitulah perangai dan tindakan yang ditunjukkan oleh pihak keselamatan(alat rejim pemerintah) terhadap rakyat.. Tindakan kekerasan digunakan terhadap peserta himpunan yang dipaksa menempuh gas pemedih mata dan water canon sebelaum sampai ke istana negara.
Hanya kumpulan terawal yang dilaporkan berjaya sampai ke istana negara untuk bersama-sama menyatakan sokongan kepada sasterawan negara Datok A,Samad Said dan pemimpin-pemimpin ppsmi lain yang berjaya menyerahkan memorendom kepada Yang Dipertua Agong. Manakala sebahagia besar peserta himpunan yang lain berjaya disekat oleh FRU dan polis daripada sampai ke istana negara dan terpaksa berhimpun semula di masjid negara.
Tindakan zalim pihak keselamatan menggambarkan bahawa pemerintah yang ada sekarang secara langsung bertindak zalim dan tidak adil kepada rakyat dalam isu ppsmi ini. Maka sekirannya anda juga menyokong tindakan zalim pihak kerajaan dan pihak keselamatan maka anda termasuklah juga sebahagaian daripada golongan yang zalim. mengapa saya sanggup berkata seperti ini. ini kerana tindakan zalim yang dilakukan terhadap orang tua-tua, wanita dan kanak-kanak adalah tidak berperikemanusiaan. ramai yang menangung kesakitan, keperitan dan kepedihan hasil tindakan pihak FRU dan polis. orang2 tua tersandar di bawah2 pokok dan di kaki2 lima mencari perlindungan dan menyelamatkan diri daripada tindakan zalim pihak keselamatan.
kedatangan peserta himpunan hanya ingin menyatakan sokongan kepada penyerahan anti ppsmi bukan bermusuh dengan pihak keselamatan.



himpunan 100 ribu rakyat anti ppsmi tamparan hebat buat kerajaan

sokongan yang besar jumlahnya ini telah menggambarkan bahawa rakyat sememangnya membantah PPSMi. Rakyat telah menyatakan isyarat kepada pihak kementerian pendidikan dan pihak kerajaan bahawa perlunya ppsmi di mansuhkan. Jelas rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama,bangsa, warna kulit turun bersama-sama berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap ppsmi dan menjaga bahasa ibunda.
Walaupun yang datang mempunyai pelbagai latar belakang, tapi warna putih yang menjadi tema himpunan tersebut dengan satu niat iaitu menjaga bahasa kebangsaan/ibunda telah menyatukan semua pihak.
Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan hegemoni BN kian terhakis dan berada dalam keadaan yang cukup parah.

Memetik kata-kata saterawan negara Datok A.Samad Said "guna undi jika dasar ppsmi masih dikekalkan" ya, saya menyokong sepenuhnya kenyataan itu. undi adalah hak rakyat. undi menjadi penentu kepada keberlangsungan sesebuah pemerintahan. jadi jika kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui undi, tetapi berlaku tidak adil dan tidak mahu menurut kehendak rakyat maka ajar mereka juga dengan undi dalam pilihan raya yang akan datang.



mahasiswa turut membantah ppsmi

Ribuan mahasiswa juga tidak ketinggalan untuk membanjiri ibu kota bagi menyatakan bantahan terhadap ppsmi.. perarakan yang bermula di sogo untuk ke istana negara telah disambut dengan gas pemedih mata dan water canon oleh pihak keselamatan di pertengahan jalan. walaubagaimana pun golongan mahasiswa tetap bersemangat dengan laungan "student power" dan "hidup rakyat" dan bersama-sama merasai NIKMAT dalam perhimpunan tersebut.

terima kasih polis. terima kasih FRU, terima kasih kerajaan.






TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA

salam... semasa saya membelek artikel-artikel lalu dalam blog ustaz nasrudin tantawi,(http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com)satu artikel yang dah lama diposting oleh beliau menarik perhatian saya.

setelah dibaca dan diamati, maka saya berfikir ada baiknya saya turut berkongsi artikel ini dengan sahabat-sahabat sekelian yang sudi singgah di blog "yasin side".
artikel dibawah ini adalah email yang dikirim oleh seorang sahabat beliau yang perihatin akan nasib umat Islam zaman sekarang. walau pun isu ini agak lama tapi isu ini sentiasa menghantui umat Islam daripada dahulu sehingga la kini..

semoga daripada tulisan ini dapat kita berfikir secara mendalam dan mengambil iktibar.

-------------------------------------------------------------------------------------

TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA .

Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun di perantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain.

Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan. Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa... tiada yang luar biasa.

Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya.

Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan politik Rais Yatim?

Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk "Stop ‘Arabising’ Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi.

Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.

Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu.

Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya.

Namun yang pasti, apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab.

Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid.

Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh 'orang kahwin' malam itu.

RAKYAT KETAGIH HIBURAN

Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja.

Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.

Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir.

Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.

Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan.

Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.

Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham!

Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli' Tuhan?

Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku?

Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.

APAKAH SEMUA INI?

Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa?

Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki?

Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH!

Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!

Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut?

Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.

Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap.

Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.

Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran.

Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.

Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa.

Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu.

Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.
Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.

“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

18 March, 2009

diskusi masa depan politik perak dan malaysia




marilah kita beramai-ramai menghadirikan diri ke surau An-nur bandar baru bangi untuk mendengar dan memahami kupasan isu semasa yang hebat melanda politik tanah air. Ayuh lah bersama memeriahkan majlis. semoga kita memperolehi ilmu yang bermanfaat.
InsyaAllah.

17 March, 2009

konsert Amal Manis v

11 March, 2009

Al mu'allim

05 March, 2009

sifat cemburu untuk lelaki

04 March, 2009

sokong mansuh PPSMI




Memetik kata-kata Mohammad Sabu(dlm harakah. 3 MAC 09) ketika berucap di Dataran Hamas, Jasin, Melaka, "Orang seperti Prof Nik Safiah Karim dan orang seperti Sasterawan Negara A Samad Said yang sedang berada di hujung hayat mereka, sepatutnya tidak perlu lagi bersusah payah merempuh perjalanan jauh seperti yang sedang mereka lakukan sekarang. Apa sebenarnya yang mereka mahu lagi?

"Prof Nik Safiah bukannya hendak melawan Sharizat Jalil untuk jadi Ketua Wanita Umno. Sasterawan Negara A Samad Said pun bukannya hendak berkempen untuk menjadi menteri. Mereka tak perlu lagi kepada itu semua? Tetapi mereka terpaksa melakukan ini semata-mata kerana hendak memelihara bahasa Melayu, disebabkan oleh adanya pemimpin Melayu sendiri yang cuba hendak membunuh bahasa Melayu."

PPSMI sudah menjadi isu yang besar dalam negara pada ketika ini. Namum media arus perdana seolah-olah tidak menghiraukan perkara ini atau cuba menyembunyikan kepentingan perkara ini daripada rakyat.

Media arus perdana lebih ghairah menjadikan isu " laporan polis oleh pemuda UMNO berkaitan surat layang yang menghina sultan kedah di kedah dan isu2 yang tak releven sebagai focus utama dan cuba mengalih perhatian rakyat.

Namun usaha untuk memansuhkan PPSMI ini mendapat perhatian yang serius oleh kebanyakkan tokoh pendidikan,sasterawan negara, NGO2 dan juga parti-parti politik tanah air yang sayang dan mahu bahasa melayu terus wujud dan dipelihara agar generasi masa depan dapat menikmati nilai bahasa melayu arus dalam pendidikan. walaubagaimana pun masalah ini seolah-olah dipandang mudah oleh kerajaan.

Perkara pelik juga berlaku apabila PARTI PERKAUMAN UTAMA MELAYU yang seolah-olah kini cuba menjadi pengawal keabsahan institusi beraja Melayu, turut mendiamkan diri dalam perkara ini. Mereka begitu teruja dan melenting apabila ada surat layang yang dikatakan menghina sultan,(tetapi tak dikesan asal usulnya dan masih dalam sisatan polis, siapa penulisnya pun tidak dapat diketahui). Tetapi dalam perkara ini(PPSMI), yang turut melibatkan masa depan anak cucu mereka sendiri tidak diambil peduli.

setelah tulisan jawi dihakis dan dianak tirikan dalam kehidupan masyarakat melayu, kini bahasa melayu pula menjadi mangsa dek kerana kelemahan segolongan pembuat keputusan yang tidak rasional..

DIMANAKAH SLOGAN KERAMAT "TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
SIAPAKAH YANG CUBA MENGHILANGKAN MELAYU DI DUNIA??
FIKIRLAH SENDIRI....