19 February, 2010

apa yang bermain di fikiran anda

"Aku berfikir, aku wujud /I think, therefore I am(cogito,ergo, sum), ayat yang dipopularkan oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Rene Descartes, melalui teknik keraguan yg diperkenalkn unt mencari dan membuktikan kewujudan manusia.

Sebagai seorang manusia kita sepatutnya menjadi seorang berkesedaran dan sedar akan kesedaran masing-masing. Apabila kita sedar maka kita dikatakan wujud. Namun apa yang berlaku pada dunia kini? Masyarakat telah dilalaikan,disibukkan atau menyibukkan diri dengan perkara yang tidak bermanfaat. Sesungguhnya telah berjaya musuh-musuh Islam apabila masyarakt Islam Khususnya tidak lagi mengambil berat atau memikirkan langsung nasib saudara seagamanya di serata dunia. Umat Islam kebanyakannya telah diresapi dengan jarum-jarum halus musuh Islam. Antaranya yang paling hebat melanda dunia pada ketika ini adalah "hedonisme". Boleh dikatakan manusia kini hanyut,lalai,terbuai-buai dengan agenda musuh ini. Artis diagungkan,Ulamak dihina. Cara hidup Sekular diamalkan,pemimpin-pemimpin dunia Islam menjadi boneka barat. Akhirnya menyebabkan manusia tidak lagi sedar dan tidak lagi mempunyai kesedaran terhadap dirinya sendiri.
Untuk apa aku hidup di Dunia pada ketika ini??

Jadi untuk seketika ini, jika anda sebagai sebagai manusia,amati gambar di bawah, fikirlah buat seketika buat kanak-kanak di palastien..Moga-moga akan terbit di dalam lubuk hati untuk berdoa agar Allah memberi pertolongan kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh Dunia. InsyaAllah.
















07 February, 2010

Antara Ilmu dan Amal

Assalamualaikum. sudah agak lama tidak merajinkan diri menaip di ruangan ini. namun mungkin pada enty pada kali ini dapat untuk saya berkongsi dengan anda berkaitan dengan buku karangan imam al-ghazali yang diterjemahkan oleh Nor Azam Abdullah bertajuk “peringatan imam al-ghazali”. Terdapat banyak peringatan bernas dan bermanfaat yang disampaikan,walaupun buku ini tidaklah setebal mana,namun isinya amat tebal sehingga tidak dapat diungkapkan dengan perkataan.Bab 1 menbincangkan tajuk “antara Ilmu dan amal”.

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
"tanda Allah membenci seseorang hambaNYA; ia akan sentiasa sibuk dengan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya.sesunggunya saat umur yang pergi tanpa digunakan di dalam ibadah pasti membuatkan manusia menyesal di kemudian hari. Sesiapa yang telah mencapai umur empat puluh tahun, sedangkan amalan kebaikannya terlalu sedikit dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukanny, maka bersedialah untuk ke neraka.”

Memberi nasihat sememangnya mudah. Yang payah ialah untuk menerimanya. Nasihat amat pahit bagi manusia yang mengikut hawa nafsu. Mereka lebih suka dengan perkara-perkara terlarang.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“orang yang bijak ialah orang yang sentiasa merendahkan diri,dan beramal sebagainya bekalannya selepas mati. Orang yang bodoh pula ialah orang yang mengikut hawa nafsu dan mengharap-harap kebaikan daripada Allah tanpa usaha.”

Imam Al Ghazali menyatakan berapa banyakkah malam-malam yang kamu penuhi dengan bersengkang mata menelaah kitab, tanpa mengetahui apakah niatmu yang mendorong kamu berbuat demikian? Sekiranya niatmu hanya untuk mendapat kesenangan dunia dan sanjungan manusia, maka benar-benar celakalah kamu. Tetapi sekiranya niatmu untuk menghidupkan syariat Nabi Muhammad S.A.W, membentuk akhlakmu yang mengandungi nafsu amarahmu, sesungguhnya akan berbahagialah kamu. Benar sekali kata-kata penyair:

Bersengkang mata bukan kerana- MU tiada gunanya
Titisan air mata bukan rindu-MU hanyalah dosa

Kecapilah kehidupan ini semahu-mahunya, kerana kematian pasti akan mendatang. Cintailah sesiapa sahaja,kamu akan tetap berpisah dengannya. Lakukanlah segala apa yang mahu,ganjarannya akan pasti engkau terima.

Dalam akhir bab antara Ilmu dan Amal ini,imam Al Ghazali menegaskan ilmu tanpa amal itu gila,amal tanpa ilmu itu sia-sia.ketahuilah ilmu tidak akan memudahkan kamu melakukan kebaikan. Ilmu juga tidak akan menjauhkan dirimu dari neraka kelak, sekiranya kamu tidak beramal hari ini atau pada masa lampau yang tidak akan kembali. Maka pada hari kiamat nanti kamu akan berkata “kembalikan kami ke dunia, kami ingin beramal soleh” akan dikatakan kepadamu, “wahai bodoh,sememangnya dari sana engkau kemari”.