22 August, 2011

Anda sudah Semak?




Assalamualaikum,dengan nama Allah s.w.t yang maha pemurah lagi penyayang.Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w,keluarga dan sahabat baginda..

Bertemu lagi dalam penghujung Ramadhan..tidak diketahui sama ada masih adakah ramadhan seterusnya buat kita..jika ini ramadhan terakhir,sudah cukupkah bekalan untuk bertemu tuan punya dunia?

Alhamdulilah,bila mana pertanyaan seperti ini sentiasa ditanya jauh ke dalam lubuk hati,InsyaAllah mudah-mudahan akan melonjakkan momentum terakhir buat diri kita memperbanyakkan amalan dalam bulan yang mulia ini yang mana amalan sunat diberi pahala sebagai mana amalan wajib.manakala amalan wajib yang dilaksanakan mendapat ganjaran 70 puluh kali ganda pahala.subahanaAllah,maha pemurah Tuhan Sekelian Alam.


Tazkirah Ramadhan

Berbeza dengan Perlis,Solat Sunat tarawih di Selangor di selitkan dengan tazkirah.Pengisian ilmu oleh alim ulamak amat dinanti-natikan oleh masyarakat di sini. saya perhatikan penyampaian oleh alim ulamak amat ditekuni dengan bersunngguh-sungguh walaupun masa terhad..

Bekalan bertemu Allah.

Apa yang ingin kita capai dalam bulan ramadhan ini?Apa bekalan yang dibawa untuk bertemu Allah,andaikata masa kita sudah sampai..?Itulah pertanyaan seorang Ulamak yang memberikan tazkirah pada malam ini..Jawapannya ialah TAKWA.

Apa Itu Takwa?

Menurut saiyyidina Ali bin Abi Thalib (k.w)Takwa itu dapat diketahui dengan 4 ciri:

1. Takut (kepada Allah) yang diiringi rasa cinta.

2. Beramal dengan Al-quran yaitu bagaimana Al-quran menjadi pedoman dalam kehidupan sehari-hari seorang manusia. setiap tindakan,keputusan yang dilakukan perlulah berlandaskan syarak,sama ada dari sudut ekonomi,politik,sosial dan sebagainya.sekiranya bercanggah dengan Al-quran dan Sunah,perlulah ditinggalkan.

3. Redho dengan yang sedikit, ini berkaitan dengan rezki. Bila mendapat rezki yang banyak, siapa pun akan redho tapi bagaimana bila sedikit? sikap redho inilah perlu ada dalam diri. redo terhadap ketentuan rezki yang telah ditetapkan kepada kita setelah berusaha.sentiasa bersangka baik kepada Allah terhadap rezki yang dikurniakan walaupun sedikit.

4. Orang yg menyiapkan diri untuk "perjalanan panjang", maksudnya adalah hidup sesudah mati.

Inilah 4 item yang perlu ditanya pada diri kita sendiri sama ada sudah adakah bekalan takwa dalam diri kita..Jawapannya ada dalam hati masing-masing.tiada orang lain boleh menjawap jawapan yang tepat bagi soalan tersebut melainkan diri sendiri.

InsyaAllah,dikesempatan hari-hari yang berbaki di penghujung ramadhan pada tahun ini,marilah kita bermunasabah,menyemak,mengaudit diri masing-masing. Sudah Siapkah bekalan "takwa" untuk dibawa bertemu Tuan Punya Dunia Ini..


Bangi,aku datang lagi..

Hampir 2 tahun tidak menjejak kaki ke bangi.kini saya diberi peluang bersama beberapa orang sahabat kembali ke bangi dengan beberapa misi.Alhamdulilah segalanya dipermudahkan..terkenang sahabat-sahabat lama ketika diberi peluang bertemu dengan mereka semasa di bumi bangi ini..mudah-mudah semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..dikesempatan ini juga saya mengambil peluang dalam bulan yang Mulia, ingin memohon kemaafan di atas segala kelemahan yang ada pada diri ini..semoga pertemuan dan perpisahan mendapat keredoan daripadaNYA..



17 August, 2011

Demi Politik,UMNO sanggup mempertikai Fatwa


(harakahdaily)
KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Umno dilihat begitu terdesak apabila sanggup mempolitikkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara sebelum subuh demi kelangsungan mereka kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lebih mendukacitakan menurut Mursyidul Am PAS itu, Umno juga sanggup "mencari balah" dengan mufti yang telah mengeluarkan fatwa tersebut, semata-mata kerana mahu menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP.

"Bagi saya, tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

"Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’ Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?" soal Menteri Besar Kelantan itu lagi.

Beliau juga membidas tindakan Umno yang seolah-olah mahu menjadi juara memperjuangkan isu agama, padahal pada masa yang sama merekalah yang meruntuhkan agama.

"Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini? Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak.

"Apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno," ujarnya lagi.

Ianya juga termasuk isu judi yang benar-benar dilarang oleh Islam namun Umno katanya seperti tidak mengendahkan larangan itu.

"Di Kelantan, kami disaman oleh MCA kerana menghalang premis judi daripada beroperasi dan kes ini sedang disebut di mahkamah. Saya tertanya-tanya, di mana perwira-perwira Umno dalam isu ini? Atau tiba-tiba keris telanjang Ketuanan Melayu menjadi tumpul bila berdepan dengan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional?," soalnya lagi.

Cara Umno persembahkan Islam salah

Mengulas lanjut, beliau berkata cara Umno mempersembahkan Islam pada hari ini, salah sehingga menggerunkan masyarakat bukan Islam sedangkan Islam itu indah dan rahmat kepada seluruh manusia.

Ia termasuklah isu bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh yang bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam.

Menurutnya, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan.

Berbeza di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya muslim, perkara tersebut mungkin tidak timbul sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza.

Jika terbukti tidak mengganggu, tidaklah menjadi halangan dan ia terpulang kepada keadaan setempat dan situasi semasa masyarakat.

"Saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi. Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi.

"Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa. Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana.

"Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara. Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam," katanya.

12 August, 2011

Muslimah





Assalamualaikum,Marhaban ya ramadhan..Alhamdulilah saya masih lagi diberi kesempatan di antara celahan ruang masa yang pantas berlari untuk mencoret sesuatu buat pengunjung yasin side..

Setelah sekian lama membiarkan ruangan ini sunyi daripada sebarang perkongsian,InsyaAllah kali ini mungkin kita dapat berkongsi sesuatu. Moga-moga coretan yang tidak seberapa ini dapat menjadi salah satu susunan-susunan bata dalam kita membina jambatan ilmu di dunia ini.

Sekmen Ceria Pagi di IKIM.FM sentiasa menarik perhatian..Pagi ini,peringata DJ bertugas berkaitan muslimah sejati masih ligat bermain di fikiran. Akhirnya desakan ini menggerakkan jari-jemari menekan punat-punat di papan kekekunci laptop..

"Tahniah kepada para Muslimah yang awal-awal pagi lagi bangun menyediakan sahur buat anak-anak dan keluarga,menguruskan rumah tangga sehingga ke malam hari"

Itulah antara kata-kata DJ bertugas pagi ini yang membuatkan saya terkenang pegorbanan seorang ibu..Masuk kerja tanpa perlu di punch In,dan tidak ada Punch out buat mereka..tanpa kenal erti penat dan jemu.terus menaruhkan bakti buat anak-anak da suami. Hanya Redo Allah yang dicari..subahanaAllah,hebatnya motivasi yang ada dalam diri seorang Muslimah yang terus menggerakkan seluruh kuderat demi Agama Islam..Medan Berjuang mereka di mana-mana sahaja..sama ada di rumah mahupun di tempat kerja..InsyaAllah besar pahalanya di sisi Allah.

Putaran lagu baru Nazri Johari di IKIM bertajuk Muslimah terus mengiringi ke tempat tujuan pada pagi ini..





Berdoalah buat wanita muslimah dalam hidupMu.Moga mereka sentiasa mendapat keredoan Allah s.w.t.Amin