29 October, 2010

At-Taubat (23-24)

Assalamualaikum. Pagi jumaat yang agak mendung,namun penuh barakat...Hujan lebat semalam memberi rahmat buat makhluknya yang mahu berfikir..inbox email disemak satu persatu,akhirnya satu email daripada syeikhadar(my bro) dibaca...tajuknya pendek "at-taubat"..mata terpaku sejenak,otak ligat berfikir, dalam benar maksud ayat suci tersebut..saya postkan di yasin side agar semua sahabat yang sudi singgah di sini dapat sama berfikir sejenak..mungkin terdetik sesuatu jauh di lubuk hati. siapa yang tahu..InsyaAllah..

. At-Taubah

Aku berlindung kepada Allah dari (azab) neraka, dari kejahatan orang-orang kafir, dan dari kemurkaan Yang Maha Kuasa. Kemuliaan adalah milik Allah, rasul-Nya dan orang-orang yang beriman


[23]

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu peminpin-peminpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan,dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
[24]
Katakanlah: “Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan keluarga-keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.



* berfikir dalam keinsafan menghitung nikmat Tuhan.. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang engkau redhai dan kurniakan nikmat atas mereka.. Seandainya kami tersasar dalam laluan kehidupan ini pandulah kami ke jalan kebenaran.. tempatkanlah kami bersama orang-orang yang menegakkan agamamu di muka bumi ini.. sesungguhnya kami insan yang lemah.. kadangkala buta dalam melihat antara yang hak dan batil kerana lesunya dengan nikmat dunia.. Ya Allah padaMu kami berserah.. PadaMu kami mengharap.. Kurniakan kesabaran kepada kami dalam menghadapi ujianMu... ameen ya Rab..

17 October, 2010

Good Luck 4 your Final Exam


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini






Assalamualaikum

EXAM
kita bertemu lagi,perkataan "Exam atau peperiksaan" selalu menjadi mimpi buruk buat insan yang bergelar pelajar. Setelah penat belajar, peperiksaan menjadi medan sejauhmana ilmu yang dipelajari itu dapat dikuasai..Namun ada juga sesetengah orang yang menanti-nanti peperiksaan. Terpulanglah bagaimana penilaian anda terhadap peperiksaan..

UJIAN

Yang pasti setiap orang pasti akan diuji. peperiksaan hanyalah ujian yang dinilai oleh manusia, namun kita kadang-kadang terlupa bahawa kita diuji setiap saat,setiap minit dan setiap jam. Penilaian terhadap kita dicatat sejak ia timbul di dalam hati..jika baik niat di hati kita telah lulus,jika niat baik itu dilaksana kita lulus dengan cemerlang sekali..tapi jika niat di hati telah buruk,kita masih lagi mempunyai peluang untuk lulus,tapi jika niat buruk itu dilaksanakan kita telah gagal..

Al-Furqan Boleh

18 oktober 2010 menjadi tarikh penting buat anak-anak pelajar di Furqan. Sudah pastinya peperiksaan Akhir Tahun 2010 menjadi kayu ukur sejauh mana pencapaian mereka sepanjang tahun ini. Alhamdulilah,dengan izinNYA,sudah setahun saya di sini..
semoga anak pelajar Al-furqan berjaya ujian di dunia dan Akhirat.begitu juga dengan saya dan juga Anda.InsyaAllah.

Jom kita tgk wajah-wajah kecil menjawab peperiksaan sebelum ini.Pic-pic ni saya snap menggunakan camera tepon ja,tapi gambar boleh la tahan..layan na. moga doa anda membawa kejayaan buat mereka..













*ada yang bersungguh,ada yang mengantok,ada yang jeling-jeling kawan sebelah ada yang pening sampai garu kepala. Apa pun Al-Furqan Bolehh..
Good luck..

02 October, 2010

sumber haram

Assalamualaikum. setelah lama membiarkan ruangan ini lenggang,saat ini terdetik untuk saya berkongi sesuatu dengan pengunjung yasin side yang sekali sekala singgah di sini..terima kasih saya ucapkan di atas kesudian anda.

Bagi yang sentiasa mengikuti perkembangan politik tanah air setelah pilihan raya umum yang ke 12,pasti anda merasakan suasana politik kini semakin panas dengan pelbagai isu sama ada yang dimainkan di media cetak ataupun media elektronik..

Negeri-negeri yang berjaya dikuasai oleh pakatan rakyat diserang dengan pelbagai isu bagi mencerminkan kepada masyarakt umum akan kelemahan kerajaan pakatan rakyat..Namun,kepesatan teknologi maklumat dengan bantuan internet dan sebagainya memperlihatkan suatu pertembungan idea dan percanggahan fakta yang menyebabkan masyarakat umum mula menilai dan berfikir apa yang sebenarnya sudah jadi....

Baru-baru ini sempat saya bersembang dengan seorang pakcik yang sudah berumur,katanya pulau pinang dah teruk,DAP yang perintah,orang Cina..saya tidak menjawab,hanya berkata di dalam hati dulu pun Cina juga..hahaha..tapi Cina la ni lagi bagus dari dulu..tahu lah saya yang pakcik ini dah terjajah mindanya dengan hasutan perkauman UMNO/BN.kecian kt dia..

Isu yang terbaru tentang sumber haram. walaupun dah nak sejuk,maklumtnya amat berguna buat kita sebagai seorang islam dan sebagai rakyat yang diperintah oleh kerajaan sekular UMNO/BN.

Terima Kasih kepada DR Asri Zainal Abidin yang cepat mengeluarakn pendapat bagi meredakan kekeliruan di kalangan masyarakat umum..Berikut merupakan pendapat yang diambil dari web beliau :


Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram
Disiarkan pada Sep 30, 2010 dalam kategori Fekah Dengan Bukan Muslim |

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?


(Mazlan, Pulau Pinang.)



Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;



1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.

Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.

2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.

Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.

3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):

“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)

4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.

Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.

5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:

“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.

6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:

“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).

Dalam riwayat al-Baihaqi,

seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:

“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa” (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).

8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:

“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).

9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:

“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.

10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.

11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.