10 September, 2008

Nasib Seorang Perantau






Ketika dalam perantauan, dia terlihat seorang wanita yang amat cantik. Untuk menarik dan mendapatkan perhatian wanita itu, pemuda itu bertekad untuk memenuhu apa jua kehendak. Apa jua yang diinginkan oleh wanita itu, pemuda itu tangkas mengisi keinginan.

Lalu berjayalah pemuda itu memikat wanita itu lantas bernikahlah kedua orang tersebut. Maka berhiburlah wanita itu dalam dakapan pemuda itu, berkubang dalam lumpur nafsu amarahnya. Namun pemuda itu tidak puas juga. Keinginannya untuk memenuhi setiap kehendak wanita itu yang kini isterinya tidak lentur malah semakin meningkat.

Hari berlalu menjadi minggu. Minggu ke bulan, bulan ke tahun hingga tidak sedar pemuda itu betapa usianya dimakan masa. Setelah sekian lama di perantauan, tersentaplah pemuda itu bila dia di panggil pulang. Maka pulanglah pemuda itu sebatang kara dengan tangan yang kosong seperti mana dia mula merantau begitu jugalah keadaanya bila pulang.

Sebatang kara dan tiada apa yang digendung buat bekalan apatah lagi buah tangan. Terpinga-pinga keseluruhan dirinya menggigil ketakutan sehingga tiada dapat berkata-kata dan air matanya bercurahan. Hanya lahir kesal yang amat sangat....

Begitulah keadaan kita yang pulang ke rahmat Allah(s.w.t) dengan tiada apa bekalan buat diri. Apa yang hendak dipersembahkan ke hadrat Ilahi?
Kebesaran Allah(s.w.t) tidak terjejas sedikit pun tanpa pemberian dari mahklukNYA. Hanya mahklukNYA yang rugi...

Rugi kerana perantau itu sibuk dengan kecantikan dunia. Keinginan dunia itu dipenuhi hingga lupa akan tujuan sebenar dia merantau. Taksub dia dengan dunia yang diibarat Allah(s.w.t) sebagaimana firmanNYA yang bermaksud,

”Dan ( ingatlah bahawa ) kehidupan dunia ini(meliputi segala kesenangan dan kemewahannya jika dinilai dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benar hidup; kalaulah mereka mengetahui( hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat ).”

Surah Al’ Ankabut (64)

09 September, 2008

manufacturing consent






Manufacturing consent adalah sebuah istilah yang di berikan oleh seorang sarjana Amerika tentang bagaimana minda golongan massa atau rakyat dibentuk supaya berbentuk ke arah satu aliran sahaja. Pemikiran yang di manufacturing juga berbentuk satu hala. Pemikiran sebegini sememangnya dikehendaki oleh golongan penguasa dan pemerintah yang ingin terus memerintah dengan menggula-gulakan rakyat. Perancangan yag rapi telah disusun sejak kanak-kanak di sekolah rendah dan juga tidak terlepas para pelajar di peringkat pengajian tinggi/universiti. Masyarakat secara tidak sedar dipaksa untuk menerima dan mengiakan ia sahaja apa yang diterimanya. Media-media utama tidak menyampaikan maklumat secara telus. Mereka cuba mengawal pemikiran rakyat menurut acuan pemerintah dan rakyat tidak boleh berfikir jauh dari kerangka yang telah dibentuk.

Sekolah dan universiti bagi pemerintah, memainkan peranan yang penting untuk mengembang keadaan seperti ini. Menekankan perlu wujud individu yang baik dalam sistem. BAIK dalam erti kata lain tidak terlibat dengan politik dan menentang kerajaan sekiranya tidak berpuas hati. BAIK di sini juga redo dan menerima segala penyelewengan dan kelemahan kerajaan tanpa banyak soal. Inilah yang telah dibentuk sejak sekian lama dalam masyarakat melayu bahkan ianya menjadi suatu budaya. Tekana-tekanan dibuat agar rakyat akur terhadap norma-norma yang telah dibentuk oleh pihak REJIM PEMERINTAH. Mereka tidak mahu rakyat mempersoalkan tentang kuasa pemerintah. Bagi MEREKA, kalaw hendak jadi jurutera jadilah yang BAIK. Jangan bertentangan dengan pihak pemerintah. Sebab itulah diwujudkan segala macam akta yang menyekat pergerakkan contohnya Auku. Menurut ketua program sains politik ukm Auku tidak releven dan patut di buang. Universiti bukannya tempat untuk MENTERNAK pelajar tapi tempat melahirkan para pelajar membina skill yang tinggi, bebas dari segala sekatan yang boleh membantutkan tahap pemikiran.

Sekirannya dahulu zaman negara yang mempunyai kekuatan tentera dianggap akan menguasai dunia tetapi di apabila masuk era millinium maklumat pula mula menjadi senjata. Sesiapa yang mempunyai maklumat akan mula menguasai pihak yang lain. Tetapi dalam ledakan maklumat yang semakin tidak dapat dibendung adakah maklumat yang kita terima itu dapat membantu meningkatkan tahap pemikiran atau sebaliknya.
Emanuel kant berkata bukan semua yang kita patut tahu. Ada sesuatu yang disembunyikan. Apa yang orang ramai patut tahu tidak dibenarkan tahu. Berita-berita yang selalu digambarkan di arus media massa membuatkan kita rasa seperti maklumat berada di hujung jari. Tapi sebenarnya banyak maklumat yang telah ditapis dan disorok dari kita.

Media arus perdana memainkan perana yang cukup penting dalam manufacturing concent. “newpaper editors are men who sperate the wheat from chaff, and then print the chaff.” Apa yang hendak digambarkan di sini adalah dalam konteks media Malaysia bagaimana editor-editor media boleh diibaratkan sebagai orang yang bertanggungjawab memisahkan gandum daripada kulit, kemudiannya mencetak kulit untuk tatapan umum. Persoalan yang timbul di sini ialah bukannya orang tidak tahu tetapi orang yang sepatutnya tahu tidak dibenarkan tahu. Berita-berita dimanipulasi oleh editor-editor tertentu. Namun bagi orang-orang tinggi tahap kesedarannya, mereka akan cuba mendapatkan maklumat alternatif. Maka editor-editor tersebut mendapat cabaran tentang maklumat yang disembunyikan.

Pembuatan dasar, proses kuasa dan banyak lagi disembunyikan. Masyarakat terbentuk kepada dua golongan sama ada masyarakat yang tidak ingin tahu ataupun masyarakat yang tidak dimaklumkan atau pun MEREKA tidak mahu masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku. Orang-orang berkuasa boleh memutar belitkan keadaan dan tidak mahu rakyat bersatu. Sebab itu sejak akhir-akhir ini isu perkaum, isu hak-hak orang melayu selalu dipertontonkan. Digambarkan seolah-olah kaum melayu teruk ditekan oleh kaum lain,seolah-olah hak orang melayu sedang terhakis,tetapi MEREKA tidak sedar siapa sebenarnya yang menghakis hak orang melayu. Semua ini dimainkan oleh media untuk memanucfacturing pemikiran rakyat.

Kerajaan melakukan segala-segalanya seperti digambarkan oleh media arus perdana adalah untuk kepentingan orang ramai. Tetapi sebenarnya ada benda yang tersembunyi. Kalau di Barat mereka mendabit dada mengatakan mereka BEBAS tetapi walaupun bebas, minda mereka telah dikawal oleh golongan pemerintah supaya tidak melebihi had yang ditetapkan. Walaubagaimana pun situasi di Negara maju dan Negara sedang membangun seperti malaysia adalah jauh berbeza. Kalau di Amerika debat secara terbuka adalah perkara biasa, tapi di Malaysia ia adala sesuatu yang luar biasa. Di sini lah wujud bagaimana budaya manufacturing concent telah dibentuk oleh pemerintah . Yang menentang adalah dikatakan atau cuba untuk keluar dari kepongpong dan tidak rasional, communis dan juga pengganas. Lama kelamaan kepatuhan terhadap apa yang diterima sudah menjadi budaya, tapi yang menentang menjadi asing.

Di Negara sedang membangun, media mencengkam dan menghegemoni pemikiran rakyat. Fakta ditulis tapi penghuraian terhadap fakta tidak jelas atau dengan kata lain tidak mahu orang ramai tahu kerana takut kelemahan terbongkar. Itulah yag selalu berlaku terutamanya apabila melaporkan keadaan pilihan raya. Pihak pembangkang digambarkan penuh dengan keburukan dan diselubungi 1 juta 1 kecacatan tapi yang berlakunya sebaliknya. Akibatnya hilanglah lima negeri. Tektik dan teknik yang sama masih lagi digunakan untuk pilihan raya permatang pauh dan perkara yang sama juga berlaku, BN KALAH.

21 August, 2008

lslam Liberal Acuan Barat

Memasung Islam

Mazhab Islam Liberal hadir sesungguhnya dengan maksud untuk memutarbalikkan kebenaran Islam, menabur keraguan untuk mendangkalkan keyakinan umat, dan berusaha untuk menjauhkan mereka. Bahkan, sampai batas tertentu, mazhab ini berusaha memurtadkan mereka untuk kemudian mendorong mereka agar memeluk keyakinan baru (demokrasi, sekularisme, sinkretisme, humanisme).


Demokrasi merupakan wacana paling dominan yang sekaligus melahirkan sejumlah pemikiran asas (derivation) seperti kebebasan berpendapat dan berfikir, persamaan kedudukan agama, kesetaraan jantina, pergaulan antara budaya dan peradaban, dan seterusnya. Membetulkan kerosakan idea demokrasi ini akan menjadi akar penyelesaian bagi persoalan-persolan lain. sebabnya, idea ini menjadi pintu masuk dan prasyarat berdirinya idea-idea asasnya. Kurzman sendiri mengungkap, “The first trope of liberal Islam holds that the shari`a requires democracy, and the second trope holds that the shari`a allows democracy.”

Demokrasi merupakan kata yang memiliki bayangan (connotation) istilah yang khas. Ia sengaja dipergunakan bagi gambaran untuk menyebut sistem pemerintahan tertentu, yang dibangunkan berdasarkan asas: rakyat merupakan sumber kekuasaan. Dengan itu, rakyat diberi hak untuk membuat undang-undang dan sistem sesuka dan semahu hatinya, tanpa memerhatikan pertimbangan lain. Demokrasi menegaskan bahawa rakyat mempunyai kedaulatan dalam segala aspek, antara lain memberikan hak kepada orang yang ditunjuknya sebagai wakil dalam masalah pemerintahan, baik lelaki mahupun wanita, Muslim mahupun non-Muslim; juga memberikan kebebasan dalam berakidah, berpendapat, kepemilikan, dan berperilaku. Inilah makna-makna dari istilah (term) demokrasi. Ketika kata demokrasi disebut, maka bayangan makna-makna itulah yang terkandung di dalamnya.

Makna-makna ini tentu sangat berbeza dan bertentangan secara diametral dengan hukum-hukum Islam. Bahkan, demokrasi itu sendiri merupakan idea mustahil (absurd) yang tidak pernah ada kenyataannya. Bukankah mustahil menuntut seluruh rakyat berkumpul di satu tempat secara terus-menerus untuk memberikan pendapat, pertimbangan dan usulan dalam berbagai urusan, kemudian mengambil suatu keputusan?

Plato sendiri menilai betapa mustahilnya idea ini. Pemerintahan demokrasi dianggap sebagai bentuk pemerintahan yang tak sempurna, penuh dengan keragaman dan kekacauan, yang secara alamiah akan menjadi tirani. Jika rakyat diizinkan untuk membuat keputusan secara kolektif, mereka pasti hanya akan membesar-besarkan kepentingan mereka sendiri.

Akibat politiknya, hal itu tidak lebih dari sekadar pembahagi terendah dari ketamakan individu dan keinginan untuk mendapatkan keamanan peribadi. Inilah fenomena yang terjadi dan dapat kita saksikan di seluruh negara yang menjalankan demokrasi.

Parti-parti berkuasa dalam sistem demokrasi telah menjadi “Tuhan” bagi rakyatnya. Mereka menentukan halal dan haramnya suatu perkara semahu mereka.

Padahal, Islam telah menetapkan bahawa pemutus halal-haram, baik-buruk, salah-benar, terpuji-tercela hanyalah Allah semata sebagai Musyari’. Kaum Muslim tidak dibenarkan berpendapat dan berperilaku liberal. Mereka justeru harus tunduk pada apa yang ditetapkan oleh syariat. Mereka tidak boleh menggantikan hukum-hukum hudûd dengan hukum lain berdasarkan pertimbangan akal; menggantikan sistem khilafah dengan sitem demokrasi atau kerajaan; meletakkan kekuasaan tertinggi negara ditangan seorang wanita, sekalipun ia Muslimah; dll.

Allah s.w.t. berfirman:

Tidaklah patut bagi laki-laki Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita Mukmin, jika Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Siapa sahaja yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. (QS al-Ahzab [33]: 36).

Rasulullah saw.juga bersabda, yang ertinya,

“Siapa sahaja yang menghuraikan al-Quran dengan akal fikirannya sendiri, meskipun benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan. (HR Ahmad).

Berbagai kesimpulan pemikiran mahupun hukum yang masuk dalam Mazhab Islam Liberal, jika dicermati, tidak cukup adil dalam melakukan approach atas teks-teks ayat Quran, Sunnah, serta pendapat-pendapat para imam mujtahid dan para ulama ushul fekah. Teks-teks Al Quran dan Sunnah, misalnya, diperlakukan selayaknya teks-teks lain yang dapat didekati dengan pendekatan hermeunetika. Sementara itu, pendapat para imam mujtahid terdahulu pun dikesankan seolah-olah sebagai tafsir belaka atas teks-teks syariat yang dipengaruhi oleh sosio-culturalnya.

Adakah wajar jika sejumlah kaedah baku yang telah establish dan disepakati para mujtahid acapkali didekonstruksi demi mengembangkan wacana pemikiran tertentu. Adakah wajar pula kemudian jika muncul logikal yang aneh. Misalnya, mengapa alur logikal “tidak dijumpai perintah: dirikanlah negara Islam” dalam Al Quran, tidak diberlakukan bagi demokrasi? Pernahkah kita menjumpai perintah “dirikan dan tegakkan demokrasi” dalam teks-teks agama (Islam)?

Intinya adalah: mengapa ketika berbicara tentang negara Islam kita dituntut untuk berfikir substantive dan “haram”, sementara ketika berbicara tentang demokrasi kita dipaksa untuk berfikir literalistik/tekstualistik? Padahal, jika kita menggunakan logik berfikir yang sama (baca:substantive), bukankah substansi demokrasi - yakni kedaulatan rakyat - kontradiktif dengan konsep Islam yang hanya mengenal kedaulatan Tuhan? Dengan logik berfikir yang sama pula, bukankah sistem Islam, sebagaimana sistem demokrasi, tidak akan pernah boleh ditegakkan kecuali di dalam sebuah institusi negara? Dengan kata lain, bukankah sistem Islam hanya dapat ditegakkan di dalam struktur negara Islam, sebagaimana sistem demokrasi hanya dapat ditegakkan di dalam struktur negara sekular?

Berkaca Pada Sejarah

Sebagaimana kita ketahui, legislasi hukum Islam (at-tasyrî’ al-Islami) telah berlangsung bersama di tengah-tengah Muslim sejak masa Rasulullah hingga Mustafa Kamal menghancurkan kekhilafahan Islam di Istanbul pada tahun 1924.

Dalam kurun yang amat panjang itu, tidak seorang terpelajarpun ada yang pernah mengatakan bahawa kaum Muslim pernah “meminjam” hukum-hukum lain untuk menutupi kekurangan - apalagi mengganti - hukum Islam. Para fuqaha Islam di masa lalu, selama berabad-abad lamanya, telah mampu meng-istinbâth (menggali) berbagai hukum Islam sebagai penyelesaian atas berbagai masalah melalui sumber-sumber hukum Islam. Sebaliknya, saat ini, di tengah kemunduran taraf berfikir umat Islam serta imperialisasi pemikiran dan cultural Barat terhadap mereka, umat Islam menjadi bingung, tidak tahu jalan menuju kemajuan yang sahih.

Masalah ini menjadi semakin berbahaya dengan berkembangnya wacana Islam Liberal di tengah mereka. Setiap individu dengan sangat mudah dapat menyatakan: hukum ini dan itu adalah tidak bertentangan dengan Islam; pemikiran ini dan itu adalah bersumber dari Islam. Pada akhirnya mereka, tidak terpanggil untuk menggali lebih jauh tsaqâfah Islam dan menjadi pembela nilai-nilainya dengan teguh. Jadi, menurut mereka, setiap orang berhak menyatakan pemahamannya (liberalisasi pemikiran) atas nilai-nilai Islam.

Padahal sesungguhnya, liberalisasi pemikiran Islam ini tidak lain merupakan usaha untuk mempermainkan nas-nas syariat, melakukan interpretasi yang salah terhadapnya, menundukkan kesimpulan hukum pada akal fikiran, serta membina semula atau merekonstruksinya agar sesuai dengan berbagai pemikiran dan cita-rasa Barat.

Khatimah

Melekatkan Islam dengan Liberalisme jelas sama sekali tidak menjunjung Islam, malah sebaliknya. Islam diturunkan sama sekali bukan sebagai pengekor, sebab ia berasal dari Allah, Pencipta langit dan bumi. Islam seharusnya hanya tercermin melalui Allah dan Rasulullah saw sahaja; bukan melalui pemikiran liberal Fatima Mernissi, Arkoun, Charles Kurzman, Abdurrahman Wahid, atau Nurcholis Madjid dll.

Hendaknya setiap Muslim berhati-hati terhadap gagasan Islam Liberal serta praktik-praktik interpretasi dan permainan terminologi. Hal itu merupakan cara yang paling buruk, berbahaya, dan boleh menggelincirkan seorang Muslim dari agamanya; tanpa sedar atau di luar keinginannya. Alih-alih memajukan umat, justeru hal ini akan mengukuhkan dan mempertahankan imperialisme Barat atas umat, baik secara pemikiran, ideologi, politik, mahupun ekonomi.

Allahu a’lam bisshawab..

Artikel dari laman Bukan Islam Liberal

18 August, 2008

cerita dari anak nelayan






SEMALAM,
Anak nelayan itu bercerita
Tentang LAUT nan pemurah
Mendermakan pari
Menghulurkan kerisi
Menghadiahkan tenggiri


HARI INI,
Anak nelayan itu BERHARAP
AGAR LAUT terus berbudi
Menghantar rezeki
Untuk mengisi ruang hari


ESOK,
Anak nelayan itu bercerita
Tentang LAUT yang BONGKAK
Menyembunyikan udang
Di celah-celah himpunan batu menyorok sotong
Di celah-celah tumbuhan laut
Melarikan ketam
Di celah-celah gulungan ombak
Membiarkan nelayan pulang
Dengan tangan KOSONG.




(Dewan Masyarakat Jan 2006.pekan pahang.)

05 August, 2008

senyumlah

16 July, 2008

lelaki yang dinaungi awan




...Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:

a. Pemimpin yang adil.
b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

.....

Diceritakan bahawa seorang pemuda jatuh hati kepada seorang dara. Mereka sebenarnya adalah berjiran. Ketika hari mulai pagi, gadis itu berangkat ke sebuah desa, nun jauh... seorang diri. Ia berangkat ke sana atas perintah keluarganya untuk suatu keperluan. Tak disangka, langkahnya diikuti pemuda jirannya. Dekat sudah jarak mereka berdua. Dalam dada si pemuda telah menggumpal gelora harapan. Ia rayu gadis itu, ia pujuk agar menuruti kehendaknya. Tetapi gadis itu petah menjawab: “Saya takut kepada Allah.”
Kalimat pendek itu menjebak perasaan si pemuda. Ia berkata, “Kau takut kepada Allah? Duhai... mengapa aku tidak takut?” tanyanya kepada hatinya sendiri. Langkah pemuda itu terhenti seketika. Ia patah balik dan pulang ke rumahnya. Di tengah perjalanan, ia merasakan haus yang amat sangat, sementara langit panas membakar. Hampir saja ia pengsan. Saat itulah ia bertemu seorang soleh dari bangsa Israil.

Di hadapan orang soleh itu ia menceritakan kehausannya. Orang soleh itu berkata, “Mari kita berdoa, semoga Allah melindungi kita dengan naungan awannya hingga sampai ke desa.”

“Berdoa....? Saya tidak mempunyai amal soleh apapun. Tetapi... kita memang perlu naungan. Berdoalah tuan, saya akan mengamini.”

Orang soleh itu segera memanjatkan doa, dan si pemuda mengamini dengan penuh pengharapan. Tiba-tiba awan datang di atas kepala mereka, menaungi perjalanannya hingga sampai ke desa. Ketika pemuda itu masuk ke rumahnya, hilanglah awan yang menaungi itu. Orang soleh itu menatap si pemuda. Dia melihat bahawa pemuda itu memiliki suatu amal baik, maka ia bertanya, “Ceritakan kepadaku, apa yang pernah kau lakukan?”

Dengan jujur ia bercerita mengenai perbuatannya yang hampir saja ia lakukan kalaulah tidak ingat terhadap ancaman Allah. Mendengar itu orang soleh berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat itu, sentiasa berada di sisi Allah, dalam suatu kedudukan yang tiada seorang pun di dalam kedudukan itu. Dan di akhirat, ia akan dimasukkan ke dalam syurga dan dikahwinkan dengan bidadari-bidadari yang kecantikannya tak dapat dibayangkan”.

......

13 July, 2008

Bentuk Eksploitasi Dan Manipulasi Kelas Sosial

Konsep kelas adalah merupakan satu kumpulan masyarakat yang besar yang terikat dalamnya bersama-sama satu perhubungan ekonomi yang tertentu di dalam satu bentuk cara pengeluaran. Setiap kelas mempunyai kuasa, status dan ganjaran yang berbeza-beza. Kumpulan kelas di sini merujuk kepada kelas sosial yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Perhubungan yang terjalin di antara kelas-kelas sosial adalah bersifat eksploitasi, penindasan dan juga mempergunakan. Kelas yang kuat akan mempunyai banyak kepentingan atau kelebihan ke atas kelas yang lemah. Di sini wujud dominasi kelas yang kuat terhadap yang lemah.

Perhubungan sosial dalam masyarakat atau negara ditentukan melalui sifat kelas dan ciri perjuangannya. Ciri perjuangan tersebut samada pada zaman feudal “golongan tuan tanah dengan hamba” atau pada zaman kapitalis “golongan pemodal dan buruh”. Teori kelas ini juga turut dikenali sebagai teori Marxis yang menganggap teori pluralis tentang persaingan kumpulan berkepentingan sebagai satu topeng yang menyembunyikan satu realiti yang membahagikan masyarakat kepada kelas-kelas yang bertentangan (Ghazali Mayudin 2006).

Sepanjang sejarah manusia, masyarakat keseluruhannya memiliki dan mengawal alat-alat pengeluaran. Golongan ini menindas golongan yang tidak memiliki alat pengeluaran. Oleh sebab itu, timbulnya konflik antara penindas dan yang ditindas. Mengikut Karl Marx (dalam Syed Ahmad Hussein 1994), sejarah manusia adalah sejarah manipulasi atau penindasan satu kelas ke kelas yang lain. Pertentangan ini dikenali sebagai “class struggle” atau pertentangan kelas. Pertentangan kelas sosial ini telah berlaku sejak zaman feudal lagi. Semasa zaman feudal golongan yang memiliki alat-alat pengeluaran yang utama iaitu tanah. Mereka juga dikenali sebagai tuan tanah. Manakala golongan yang ditindas terdiri daripada golongan rakyat biasa dan hamba. Golongan rakyat dan hamba dipaksa bekerja dan dibayar upah yang sekadar untuk meneruskan hidup. Manakala golongan pemilik tanah yang mendapat segala hasil daripada alat pengeluaran (tanah) yag diusahakan oleh rakyat biasa dan hamba.

Berdasarkan keadaan tersebut, telah berlaku eksploitasi dan penindasan terhadap satu ke kelas yang lain. Ketika di zaman pertengahan (midevil), pemikiran rakyat masih dalam kongkongan pihak gereja, golongan bangsawan dan raja. Hubungan yang wujud di antara mereka bersifat eksploitasi. Di zaman feudal, kajian yang dibuat oleh Gullick (1958), memperlihatkan betapa berkuasa raja yang memerintah iaitu ruler ke atas rakyat yang diperintah ruled. Manakala manipulasi atau eksploitasi di zaman kapitalis adalah diantara pemodal (bourjuis) dan pekerja (proletariat). Di sini wujud satu bentuk perhubungan yang bercirikan eksploitasi dan permusuhan di antara dua kelas yang berbeza. Pendekatan dan pertentangan kelas pada ketika itu dipengaruhi oleh Karl Marx yang mana hanya melihat masyarakat hanya terbahagi kepada dua kelas iaitu bourjis dan kelas proletariat. Menurut Syed Ahmad Hussein (1994: 134), zaman Karl Marx merupakan zaman kemuncak penindasan ekonomi kapitalisme dan penderitaan golongan pekerja. Karl Marx sendiri tidak mempunyai kerja dan pendapatan yang tetap. Hidupnya dalam kemiskinan, tiga daripada empat anaknya mati kerana kekurangan makanan dan ubat. Keadaan ini adalah faktor yang mempengaruhi perjuangan Karl Marx untuk membela golongan miskin dan tertindas yang terdiri daripada kelas pekerja. Oleh sebab itu, Karl Marx menumpukan tenaga inteleknya kepada soal ini.

Perkara yang sama kini berlaku di Malaysia apabila boleh dikatakan wujud dua bentuk kelas yang saling bertentangan kehendak dan sifatnya. Kelas yang pertama ialah kelas pemerintah “ elit” dan kelas kedua kelas yang diperintah “rakyat”. Tidak kiralah sama ada kelas yang diperintah itu menduduki kelas pertengahan, kelas bawahan, dan kelas professional, ia termasuk dalam kelas yang diperintah. Tindakan atau dasar kerajaan yang di ambil misalnya dengan menaikkan harga bahan bakar kepada suatu jumlah yang tidak munasabah dan menyebabkan golongan yang diperintah tertindas merupakan satu bentuk eksploitasi moden yang dilakukan oleh golongan pemerintah lantaran mempunyai kuasa dan mengawal sumber pengeluaran.


Kajian terhadap politik Malaysia lebih bersifat perkauman dan ras terutamanya dari perspektif percaturan kuasa di antara Melayu dengan bukan Melayu. Terdapat kritikan terhadap kajian yang berbentuk demikian adalah pendekatan berbentuk mudah atau linear sifatnya (tidak berubah). Hubungan Melayu dengan bukan Melayu perlu dillihat dari sudut pusingan atau bersifat dialektif. Hanya kajian dari pendekatan ini sahaja, maka hakikat politik Malaysia dapat difahami dengan lebih menyeluruh atau holistik. Pendekatan baru ini juga dikenali dengan pendekatan kelas.

Pendekatan kelas amat dipengaruhi oleh Karl Marx yang mana melihat masyarakat terbahagi kepada dua (pemodal dan pekerja). Hubungan diantara dua kelas tersebut bersifat eksploitasi dan permusuhan. Golongan pemodal mengeksploitasi golongan pekerja. Golongan pemodal adalah juga golongan yang kaya dan berkuasa. Hakikat ini juga berlaku dalam sejarah kehidupan manusia dari hingga sekarang. Di zaman feudal, kajian yang dibuat oleh Gullick (1958), memperlihatkan betapa berkuasanya raja yang memerintah (ruler) keatas rakyat yang diperintah (ruled). Hubungan ini adalah berbentuk eksploitasi dan memperalatkan. Kepatuhan rakyat kepada raja diperkukuhkan lagi dengan pelbagai bentuk perintah sanction yang bersifat jelas seperti hukuman yang dikenakan dan juga simbolik seperti dalam konsep daulat. Di peringkat daerah, hubungan yang sama juga wujud diantara pembesar dan juga pengikut. Begitu juga di peringkat kampung antara elit tempatan dan, tuan tanah dan petani. Hal ini bertepatan dengan apa yang diperkenalkan oleh Karl Marx (eksploitasi). Selain itu, kajian yang dibuat oleh Syed Hussain Ali ke atas masyarakat Melayu juga membenarkan hakikat ini.

Namun kajian yang menggunakan pendekatan kelas di kalangan masyarakat Cina dan India belum diusahakan dengan bentuk yang gigih di Malaysia. Kepatuhan rakyat terhadap raja dalam masyarakat feudal bukan semata-mata digerakkan oleh unsur yang bersifat eksploitasi umpamanya hukuman yang berbentuk fizikal tetapi kepatuhan rakyat juga digerakkan oleh nilai simbolis yang melihat raja memiliki kuasa ghaib atau laur biasa. Namun wujud juga pandangan hidup yang sebegitu (kepatuhan kepada raja) bukan sahaja berdasarkan oleh rasa takut tetapi juga perasaan hormat yang tinggi. Apa yang disebut oleh Max Weber sebagai sifat yang menghormati (deference).

Menurut Gramsci, menjelaskan betapa pentingnya ideologi pemerintah dalam menentukan sturuktur ekonomi yang bukan semata-mata dipaksa oleh rakyat tetapi diakui dan diterima (Ghazali Mayudin et.al 2006). Dalam membezakan sesuatu kelas, Max Weber mempunyai pandangan yang berbeza dengan Karl Marx. Menurut Max Weber yang membezakan sesuatu kelas dengan kelas yang lain bukan sahaja berdasarkan faktor material tetapi juga bukan material. Berpandukan kepada angkubah tersebut, Syed Hussain Ali mengkategorikan elit politik BN, dalam UMNO, MCA dan MIC sebagai tergolong dalam satu kelas yang sama dan tersendiri.

Namun Golongan elit inilah yang memerah dan menguasai segala hasil kekayaan Negara. Rakyat bawahan hanya menikmati segelintir kecil daripada hasil Negara yang berjumlah berbilion ringgit. Wujud satu jurang kelas yang dalam atau jauh di antara golongan elit pemerintah dengan rakyat bawahan tidak mengira sama ada melayu, cina dan india. Golongan elit pemerintah hanya turun mendekati rakyat apabila tibanya musim pilihanraya di mana nasib dan kedudukan mereka sebenarnya ditentukan oleh golongan kelas bawahan atau golongan yang diperintah. Namun ketidakmatangan golongan yang diperintah terutamanya yang berada di luar bandar menyebabkan elit Umno, Mic dan Mca terus berkuasa dengan menggunakan konsep permuafakatan. Padahal berdasarkan situasi politik semasa selepas pilihan raya umum ke 12, konsep permuafakatan yang digunapakai oleh para pengkaji tidak lagi relevan untuk dianalisis terhadap parti BN yang mana menyaksikan berlaku perpecahan dari segi pentadbiran sama ada dalam UMNO, MIC dan MCA. Teori permuafakatan mungkin relevan jika digunakan untuk menganalisis gabungan pakatan rakyat yang berjaya menawan lima buah negeri selepas pilihan raya umun ke 12 tahun 2008.