.jpg)
HIMPUNAN MAHASISWA MENUNTUT PILIHAN RAYA KAMPUS YANG BERSIH SERTA PENYERAHAN MEMOREDOM KEPADA MENTERI PENGAJIAN TINGGI SEMPENA KARNIVAR KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN DI UKM
Tarikh 17 oktober 2008 akan termaktub dalam sejarah ukm kerana mahasiswa dari seluruh ipta/s di Malaysia turun menyertai himpunan secara aman bagi menyatakan ketidakpuashatian terhadap perjalanan pilihan raya kampus yang sebelum ini yang telah dicemari dengan ketidakcekapan, penipuan, diskriminasi, ugutan, penindasan dan bermacam-macam lagi terhadap golongan pelajar yang PROMAHASISWA.
Ribuan pelajar yang menghadiri karnivar kerjaya menjadi saksi kepada sikap pihak pegawai keselamatan, dan pihak kementerian Penggajian Tinggi bagi menghadapi situasi yang berlaku lebih kurang sejam lebih itu bermula jam 4 petang dan berakhir secara aman dipenghujungnya. Kata-kata dan tindakan berbaur ancaman, dan ugutan dilemparkan kepada golongan mahasiswa yang mengadakan himpunan tersebut oleh pihak-pihak tertentu.
.jpg)
Apa salahnya berdemontrasi secara aman. Tiadak ada vandalisme, tidak ada dewan yang terbakar atau dimusnahkan tidak ada yang cedera, sebaliknya hanya luahan rasa, dan penyerahan memorendom yang cuba disampaikan secara langsung kepada Menteri Pengajian Tinggi agar mengambil serius hal ini. Berdemontrasi adalah salah satu ciri penting yang memaparkan tahap pengamalan demokrasi dalam sesebuah negara yang demokratik seperti Malaysia. Semakin terbuka luas peluang bersuara rakyat menyatakan pandangan, semakin tinggi tahap demokrasi yang diamalkan. Ada pandangan yang sempit mengatakan demontrasi atau himpunan adalah salah, bukan budaya kita. Itulah pemikiran yang membelenggu masyarakat kini terutamanya mahasiswa yang lena dan leka dek diperangkap keselesaan sehingga tidak sedar yang HAKnya telah dicabul oleh golongan-golongan tertentu. Berdemontrasi ada caranya, boleh dilakukan secara aman. Pihak pentadbiran tidak perlu takut sekiranya mereka membiarkan para pelajar bersaing di atas padang yang sama rata.
Walaupun terdapat unsur-unsur provokasi oleh pihak-pihak tertentu, tapi memorendom berjaya disampaikan oleh waki-wakil PROMAHASISWA kepada Menteri Penggajian Tinggi. Dinyatakan oleh speker di dalam perhimpunan tersebut yang dato' Seri Khaled Nordin akan menyemak memorendom tersebut dan memberi maklum balas secepat mungkin. Di harapkan beliau mengotakan janji dan memberi penekanan yang serius terhadap tuntutan mahasiswa bukannya bersikaf sambil lewa dan lepas tangan seperti sebelum ini.
.jpg)
.jpg)
Kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan ( dekat sini pun nak buat kacaw), apabila terdengar perkara sedemikian saya teringat akan kisah seorang filasuf tua di kota Athens, yunani pada abad ke-4 yang dijatuhi hukuman mati oleh hakim kerana tidak mengaku Dewa Olyampus sebagai tuhannya. orang tu itu juga dianggap sebagai perosak pemikiran rakyat terutamanya pemuda. Orang tua tersebut ialah Socrates. Sebelum dia dijatuhi hukuman mati dengan cara meminum racun, filasuf tua itu berkata kepada hakim dan pengikutnya- Yang Arif Tuan Hakim, aku hanyalah spesis lalat pengganggu yang diberikan kepada negara oleh tuhan.
Berkata beliau selanjutnya bahawa bukankah negara memerlukan seekor lalat seperti itu? Kerana negara ibarat seekor sapi besar yang lembab pergerakkannya disebabkan saiznya yang besar. Oleh itu, penternak memerlukan pengganggu agar pergerakkan sapi itu tidak statik. Sayangnya sang hakim tidak peduli dengan hujah itu dan Socrates dihukum mati..
Berdasarkan kisah itu, masyarakat dan negara, termasuk juga setiap keluarga memerlukan individu seperti disebut Socrates, sebagai lalat pengganggu yang kerjanya menggeletek dan terus menggeletek agar masyarakat itu cerdas dan bijak. Begitu juga dalam konteks dunia mahasiswa, perlunya wujut individu-individu sedemikian agar mahsisiswa tidak dilebalkan sebagai lesu dan tidak bermaya serta tidak berperanan dalam masyarakat. Bayangkanlah sesebuah masyarakat atau negara atau organisasi yang tidak mempunyai orang seperti Socrates pasti akan berada dalam kondisi yang lemah, beku, tampak tidak cergas dan sukar berdaya maju. Namun pada hakikatnya itulah yang berlaku dalam masyarakat kita. Ibarat air sungai, jika dibiarkan bertakung, lama-lama akan busuk. Sungai yang baik ialah sungai yang airnya sentiasa mengalir.
Dalam Islam tugas itu disebut: amar maaruf wa nahi mungkar. Melarang orang berbuat mungkar dan mengajak berbuat maaruf. Melarang bererti menegur, mengkritik kejelekan individu, kelompok, tidak berkecuali sama ada terhadap raja, pemerintah,atau pentadbiran universiti.
Berdasarkan peristiwa yang telah berlaku, anda sebagai seorang pemerhati perlu wujudkan persoalan kenapa perkara ini berlaku?mengapa kumpulan ini berani berhadapan dengan risiko hanya semata-mata hendak mendapatkan hak dan suara mereka? Jawapan yang berada dibenak fikiran masing-masing mestilah berbeza. Untuk menganalisis perkara ini, konflik kelas yang di perkenalkan oleh Karl Mark boleh diambil sebagai pendekatan. Antara ciri utama teori ini adalah wujud dua golongan yang menindas dan yang ditindas. Dalam situasi ini, terdapat dua golongan iaitu golongan mahasiswa yang menganggap telah ditindas dan diskriminasikan. Manakala pihak pentadbiran universiti dan KPT adalah kelas yang menindas melalui peraturan, dasar dan tindakan terutamanya dalam pilihan raya kampus. Inilah antara sebab mengapa perkara ini berlaku. Apabila wujud perkara ini, maka kelas yang ditindas secara automatiknya akan wujud kesedaran kelas dalam diri setiap individu tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Bangkit memperjuangkan dan mendapatkan hak mereka. Golongan PROMAHASIWA bergerak atas kepentingan bersama untuk memperjuangkan nasib mereka.
Namun perjuangkan mereka bukanlah melalui pendekatan Radikal(Revolusi) seperti yang disarankan oleh Karl Mark dalam Komunis Manifesto. Sebaliknya secara aman dan demokratik, berhimpun secara aman untuk menyuarakan pandangan, ketidakpuashatian dan kritikan. Pihak berwajib seharusnya melihat ini sebagai suatu yang positif ke arah pembentukan generasi yang berdaya saing dan produktif melalui partipitasi mereka dalam aktiviti seperti ini. Alangkah ruginya para pelajar yang bersikap APATI sahaja apabila menyedari hakikat keadaan yang berlaku. Mereka terus lesu dan dibelenggu dengan dokrin menurut arahan sahaja oleh golongan tertentu menyaksikan pemikiran mereka tidak berkembang, sebaliknya dijadikan alat oleh pihak atasan untuk mengekalkan status quo.
.jpg)
As-Syahid Sayyid Quthb menulis sebuah syair dari balik jeruji penjara dengan judul Akhi. Syair ini menggambarkan keimanan yang teguh dalam dada dan gelora perjuangan dakwahnya yang tak kunjung padam. Semoga kita dikurniakan kekuatan seperti ini INSY’ALLAH.
Saudaraku, engkau merdeka meskipun berada di balik geruji penjara
Saudaraku, engkau merdeka meski pun ditangkap dan dibelenggu
Bila engkau berpegang teguh kepada Allah
Maka tipu daya musuh tidak membahayakanmu
Wahai saudaraku, pasukan kegelapan akan binasa
Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta
Lepaskan kerinduan jiwamu
Engkau akan melihat fajar dari jauh telah menyinar
Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang
Engkau lemparkan senjata dari kedua pundakmu
Siapakah yang akan mengubati luka-luka korban
Dan meninggikan kembali panji-panji jihad.?




