28 January, 2009

Wasiat kedua iman Hasan Al banna




"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.
Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.

[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.
Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.
Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.
Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.
Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.
Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.
Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.
Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.
Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.
Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan

Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.
Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.
Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.
Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita.

SUMBER: (HARAKAH)

25 January, 2009

we will not go down in gaza tonight







A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down


22 January, 2009

Mahasiswa UKM bangkit




16 januari, sehari selepas pemilihan pelajar UKM, barisan pimpinan pelajar yang terdiri daripada ISIUKM dan beberapa lagi pertubuhan pelajar mengadakan demontrasi secara aman di hadapan masjid UKM bagi menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim zionis menyerang palestin. barisan pimpinan yang berucap menyeru umat islam dan semua manusia yang mempunyai perikemanusiaan menboikot produk israel dan sekutu kuatnya Amerika. laungan takbir bergemar sebaik sahaja solat jumaat selesai. Hampir 500 orang pelajar termasuk kakitangan UKM dan orang awam menyertai demontrasi tersebut yang di akhiri dengan pembakaran bendera israel oleh presiden ISIUKM.

setinggi penghargaan diucapkan kepada pegawai dan pengawal keselamatan UKM yang memberikan kerjasama yang baik agar even pada hari itu berlangsung dengan sempurna.di harapan kerjasama di antara unit keselamatan UKM dengan pelajar yang mahu menbina keintelektualan mahasiswa berterusan untuk jangka masa yang panjang..di bawah ini antara gambar yang sempat saya ambil buat tatapan pengunjung YASIN SIDE.





















AYUH, BANGKIT LAH BANTU RAKYAT PALESTIN

BOIKOT ISRAEL..BANTU PALESTIN

DOA QUNUT NAZILAH

" YA ALLAH SESUNGGUHNYA KAMI BERMOHON PERTOLONGAN MU, KAMI MEMINTA AMPUN KEPADA MU, KAMI MEMOHON PETUNJUK DARI MU, KAMI BERIMAN KEPADA MU, KAMI BERSERAH KEPADA MU, DAN KAMI MEMUJI MU DENGAN SEGALA KEBAIKAN, KAMI MENSYUKURI DAN TIDAK MENGKUFURI MU, KAMI MELEPASKAN DIRI DARIPADA SESIAPA YANG DURHAKA KEPADA MU.

YA ALLAH, ENGKAU YANG KAMI SEMBAH DAN KEPADA ENGKAU KAMI BERSOLAT DAN SUJUD, DAN KEPADA ENGKAU JUALAH MAKI DATANG BERGEGAS, KAMI MENGHARAP RAHMAT MU, DAN KAMI TAKUT AKAN AZAB MU YANG SEBENAR AKAN MENYUSUL MEREKA YANG KUFUR.

YA ALLAH, MULIAKANLAH ISLAM DAN MASYARAKAT ISLAM, HENTIKANLAH SEGALA MACAM KEZALIMAN DAN PERMUSUHAN, BANTULAH SAUDARA-SAUDARA KAMI DI MANA SAHAJA MEREKA BERADA. ANGKATLAH DARI MEREKA KESUSAHAN, BALA, PEPERANGAN DAN PERMUSUHAN.

YA ALLAH, SELAMATKANLAH KAMI DARI SEGALA KEBURUKAN DAN JANGANLAH ENGKAU JADIKAN KAMI TEMPAT TURUNNYA BENCANA, HINDARKANLAH KAMI DARI SEGALA BALA KERANA TIDAK SESIAPA YANG DAPAT MENGHINDARKAN MELAINKAN ENGKAU, YA ALLAH.

20 January, 2009

kerana Allah s.w.t

13 January, 2009

BOIKOT ISRAEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. lama sudah saya tidak menulis di ruangan ini. pelbagai kekangan menyebabkan pergerakkan saya memang terbatas di alam maya ini.namun pekara yang sedang melanda dunia kini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja..Di sini saya sekeras-kerasnya meMbantah,mengutuk dan mengkeji tindakan kejam zionis menyerang palestin.






Kekejaman dan kerakusan rejim zionis semakin hari semakin menggila. mengikut laporan yang dipaparkan sehingga kini lebih 900 orang rakyat palestin yang tidak berdosa menjadi mangsa tentera zionis yang tidak berperikemanusian dan lebih hina dari binatang pemangsa. Pemimpin-pemimpin BONEKA dunia Arab dan OIC seakan-akan cuba menutup sebelah mata tanpa mengambil apa-apa tindakan dan membiarkan PENJENAYAH perang ini terus MENGGANAS walaupun mendapat bantahan dari seluruh dunia.Ayuhlah berdoa memohon agar Allah(s.w.t) memberi pertolongan kepada pejuang-pejuang islam dan rakyat palestin yang tidak berdosa.

BOIKOT ISRAEL. BOIKOT AMERIKA.




19 November, 2008

Mana Pak Guard



Kes jenayah menjadi-jadi,UKM digesa tingkatkan keselamatan
Intan Abdullah
Wed | Nov 19, 08 | 7:56:57 am MYT


KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Kejadian kes kecurian semakin menjadi-jadi di dalam kampus. Terbaru, Harakahdaily dimaklumkan ianya berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi



Kejadian tersebut dilaporkan akhbar Kosmo! yang menyiarkan berita mengenai kehilangan komputer riba milik seorang pelajar selepas biliknya di Kolej Keris Mas dipecah masuk semasa beliau sedang berada di bilik air.

Sebelum ini, banyak kes jenayah yang dilaporkan berlaku di kampus berkenaan termasuklah rogol, orang minyak, kecurian motorsikal dan yang terbaru, kecurian komputer riba.


kolej keris mas




Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menyifatkan kejadian jenayah lebih kepada kawalan keselamatan yang longgar di samping ciri fizikal kolej kediaman yang memudahkan penjenayah sama ada orang luar atau mahasiswa sendiri, untuk melakukan jenayah tersebut.

Menurut Setiausaha Kerja GMUKM, Hishamuddin Abdullah, isu keselamatan harta dan diri mahasiswa perlu ditangani segera memandangkan mahasiswa kini sedang bergelut dengan musim peperiksaan akhir semester.

Jelasnya, GMUKM menuntut pengembalian semula komputer riba milik seorang mahasiswa yang dirampas pada 4 Mac lalu telah berjaya walaupun diugut dan dipermainkan oleh pihak pentadbiran universiti iaitu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sendiri.

Katanya, kes yang sama juga sudah banyak kes ini dilaporkan tetapi tiada tindakan penyelesaian diambil oleh pihak berkuasa.

GMUKM katanya, mencadangkan agar kawalan keselamatan dipertingkatkan lagi dan satu pos polis bergerak perlu diwujudkan di kampus bagi membantu pengawasan terhadap penjenayah di samping dapat memberi latihan secara tidak formal kepada kadet SUKSIS yang bersifat ala polis.

"Sepatutnya isu keselamatan mahasiswa perlu menjadi fokus utama pihak keselamatan dan bukannya isu gerakan mahasiswa kerana ia melibatkan tanggungjawab manakala persatuan mahasiswa yang dipegang oleh pihak Aspirasi sekarang ini perlu mengambil inisiatif dengan memberikan pendidikan pencegahan jenayah kepada mahasiswa�, ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Mahasiswa UKM.

"Kanun Jenayah kita telah memberi hukuman tegas ke atas jenayah curi ini tetapi malangnya, kerana ketiadaan kesedaran moral dan undang-undang, perlakuan ini dianggap biasa dan pejenayah ini lebih berani untuk mencuri hatta di siang hari,"katanya lagi.

Tambahnya lagi, kebajikan mahasiswa yang menjadi mangsa perlu dijaga oleh pihak berautoriti dalam bentuk pampasan mahupun kaunseling agar mereka terus bersemangat untuk belajar di kampus ini.

"Kesan daripada senario ini adalah pelajar siswi mengambil langkah menyewa rumah di luar kampus yang mana tindakan tersebut hakikatnya lebih merbahaya dan berisiko tinggi. "Apa yang perlu diperbetulkan di sini ialah sistem penyampaian aduan kolej yang tidak berkesan dan korupsi, bukannya mengambil langkah drastik keluar dari kolej dan menyewa di luar kampus,"tegasnya.


"kadang-kadang hati ini berasa sedih dengan pihak keselamatan ukm yang menjadi pak turut kepada pihak-pihak tertentu. mereka lebih cepat,tangkas dan berani untuk menBANTERAS gerakan mahasiswa yang menganjurkan aktiviti yang boleh membina pemikiran dan sahsiah pelajar. Tetapi mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan pelajar ukm, bahkan menganggap siswa yang tidak sehaluan dengan pihak pentadbiran sebagai MUSUH. Alahia PAK GUARD UKM, APA SUDAH JADI....Jangan jadi alat kepada pihak yang mengamalkan sentimen politik jumud dan pemikiran yang sempit..."

17 November, 2008

ISTIDRAJ






Apakah dia istidraj itu?


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja... Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayan giny a. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beri bada tpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.





Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.





Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beri bada t, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."