30 October, 2008

bila langit mendung





entry kali ini saya tak tulis sendiri, tapi dapat melalui email dan ubah sikit-sikit. hati terasa nak berkongsi apa yang bermanfaat bolehlah diambil iktibar. kebetulan sebelum ini saya ada ambil beberapa gambar langit di ukm yang mendung sebelum hujan turun dengan lebat membasahi bumi..



Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau
Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan !



Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)



Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?



"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)




Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)




Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

7 comments:

Faizal said...

btol tu yasin..aku satuju dgn entri ni..kenapa setiap kali hujan, setiap kali kita mengeluh..termasuk la aku..aku pun tsilap selama ni.. bila aku bca entri ni,bru aku sedar balik segala keluhan aku tu silap.. tp ada satu ja hujan yang ada xpa, xda lagi baik..kumpulan hujan..hahaha. meluat aku tgk sekoq2..mcm budak2 x sihat ja.

Sarfarizmal Saad said...

kumpulan hujan tu bukan mcm budak2 x sihat tp dah mcm kera-kera di hutan yg x prnh nmpk dunia bandar...

Hujan tu bukan rahmat tapi bala...

Kalau ada 10 lagi hujan mcm tu mmg Malaysia akan kena 'hujan bala Allah' yang sebenar...

Minta dijauhkan...


Ikhlas Mengkritik,

Sarfarizmal Saad
*sokong MU walaupun dah kalah.. huhu..

asasLP said...

hujan...memang rahmat Allah yang tak ternilai harganya...tp pernah tak kita terpikir bahawa kadang2 rahmat Allah tu benar-benar menguji kita...tapi pernah tak kita terpikir banyak lagi rahmat Allah yang kita tak syukuri...rahmat masa, rahmat rezeki dan macam2 lagi..pikir2 kan lah..

yasin said...

Alhamdulilah, setiap yg Allah(s.w.t) ciptakan walaupun sebutir habuk tidaklah sia-sia melainkan ada peranan dan tanggungjawab yg terpikul. oelh itu, hargai, nikmati, dan syukurilah kepadaNYA setiap apa yg kita perolehi..insya'Allah.

Anonymous said...

kadang2 bila hujan turun dirasakan seperti memahami hati ini... kesedihan yg menyelubungi diri di kala berseorangan di perantauan..
namun tekaan ku silap...Hujan itu Rahmat sebenarnya dari Yang Maha Esa...buat seluruh hambaNya di muka bumi ini yg tahu bersyukur.. dugaan yg datang adalah ujian buat hambaNya..untuk menjadi seorg hamba Allah yg kuat dan tidak mudah menyerah kalah
Moga Allah tidak sesekali putuskan rahmatNya ini.

fadzlin hasani said...

sin aku dah add blog hg ni

NUke_Rude said...

hah.. ibu zain!