22 December, 2009

salam Maal Hijrah

Asslamualaikum dan salam sejahtera. saya terlebih dahulu memohon maaf kepada kawan-kawan yang sekali-sekala singgah di yasin side, tapi hanya melihat enty lama masih kelihatan dan tidak ada perubahan.

Alhamdulilah, dikesempatan ini yang jarang-jarang untuk saya mempunyai ruang untuk menyatakan sesuatu,ingin saya ucapkan salam Maal Hijrah 1431 H.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

02 November, 2009

Bingkai kehidupan

Petang tu cuaca Alhamdulilah baik.."bersihkan halaman depan dan belakang asrama,kemudian baru boleh pergi main bola.."
ketika mata liar memerhatikan budak-budak buat kerja, gelagat loqman manarik perhatian saya.
Budak comel, baru darjah satu..pandai cakap,tapi kadang-kadang malu-malu..

"loqman nyanyi lagu pa"? sya bertanya setelah lama memerhatikan gelagatnya yang begitu asyik menyanyi..loqman pun taktau.saja ja nyanyi.

best ka?i keep asking,and then he said, best. saya terus bertanya, sapa ajaq loqman? Ayah,katanya tegas..
wahh,pandainya loqman,saya memujinya. jom kita nyanyi sama-sama.
jom jawabnya bersemangat..

kenangan ketika bersama gerakan pelajar di universiti terus menerjah fikiran..
loqman mungkin masih kecil untuk memahami lirik lagu tersebut, tapi saya yakin anda pasti mampu untuk memahami dan menghayatinya..

mengharungi samudera kehidupan
kita ibarat para pengembara
hidup ini adalah perjuangan
tiada masa tuk berpangku tangan
setiap tetes peluh dan darah
tak akan sima ditelan masa
segores luka di jalan Allah
kan menjadi saksi perjuangan
Allahu ghayatuna
ar-rasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-jihadu sabiiluna
Al-mautu fisabililah
Asma Amaanina

Allah adalah tujuan kami
Rasululah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
jihad adalah jalan juang kami
mati di jalan Allah adalah
cita-cita kami tertinggi.


19 October, 2009

Retorik pemimpin UMNO




Gamat 1Malaysia dengan ucapan Najib Tun Razak yang berkobar-kobar sempena Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini. walaupun hanya sempat melihat ringkasan berita dan ulasan di dada-dada akhbar, saya tetap menganggap ianya 1 lagi RETORIK dan lakonan yang sering dilaung-laungkan pemimpin UMNO apabila tibanya perhimpunan tersebut. Kalau sebelum ini, perhimpunan itu penuh dengan laungan api perkauman, namun konsep 1Malaysia yang cuba diketengahkan di kalangan masyarakat majmuk di malaysia kini dilihat menenggelamkan sedikit aspek perkauman yang menjadi makanan ruji UMNO dalam perhimpunan pada kali ini.

Antara ucapan Najib Tun Razak yang menarik perhatian saya ialah dia hendak UMNO menjadi parti yang menjuari rakyat.."apa yang mereka inginkan hanyalah agar UMNO berubah.kita harus mendengar hasrat rakyat ini. kita akan berubah" (kosmo 16 0ct 09 m/s 4).

Bagaimana sebuah parti yang bergelumang dengan pemimpin yang terlibat dengan salah laku, rasuah dan sebagainya boleh berubah. mampukah mereka?? setelah melihat prentasi UMNO selama ini, Apakah kepentingan rakyat yang diutamakan atau kepentingan elit-elit UMNO..?

16 October, 2009

menjaga hati






MENJAGA HATI



“Telah bersabda rasulullah (s.a.w), sesungguhnya Allah (s.w.t) tidak melihat kepada tubuh badan kamu, tidak pula rupa paras kamu, tetapi Allah (s.w.t) melihat kepada hati kamu.”


Setiap manusia di sisi-NYA adalah sama kecuali yang bertakwa. Hati yang bersih akan melahirkan seorang insan yang bertaqwa. Justeru, Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah menerusi ayat 36 surah al-Israa maksudnya: "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya."
Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.
Baginda s.a.w. menganggapnya sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya, itulah hati manusia. (Maksud sebahagian hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Paling penting, setiap Muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena virus penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah pada hari kiamat.

Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup itu akan menikmati kebahagian seperti:
* Hidupnya hati adalah menjadi pokok pangkal hidupnya iman.
* Hidupnya hati adalah pokok pangkal hidupnya akhlaqul karimah.
* Hidupnya hati adalah pokok pangkal sebab dapatnya menerima hidayah Allah.
Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.
Ini ia dirakam menerusi ayat 88-89 surah as-Syu'araa yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera)." Iaitu sejahtera, bersih dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT.

Apa yang perlu mereka ketahui, ialah bahawa hati manusia terbahagi kepada tiga jenis, satu positif dan dua yang lain adalah negatif, ia terserah kepada manusia Muslim untuk memilih salah satu daripada tiga jenis hati: (a) hati yang sejahtera (daripada segala bentuk khurafat, syirik, bidaah, nifaq), (b) hati yang mati dan (c) hati yang sakit.

Hati yang sejahtera

Iaitu hati yang sejahtera daripada menuruti hawa nafsu serakah yang menyalahi perintah Allah SWT, tidak terjebak dalam perlakuan syirik kepada-Nya, tidak melakukan tindakan yang menyalahi ajaran Rasul-Nya. Ia adalah hati yang sentiasa tunduk kepada kehendak Allah, mencintai-Nya lebih daripada isi dunia, takut kepada seksaan-Nya, rindu untuk menemui-Nya, ikhlas kerana-Nya, mengasihi seseorang Muslim dan membencinya kerana-Nya, sentiasa sokong dan cenderung kepada hukum-hakam-Nya, terselamat daripada jangkitan virus penyakit hati. Inilah hati yang hidup sejahtera, lembut, sedia menerima nasihat.

Hati yang mati
Iaitu hati yang berlawanan dengan hati yang sejahtera 100 peratus, iaitu membiarkan untuk tidak terus mengabdikan sebagai hamba Allah, menuruti hawa nafsu, menyanggah hukum-hukum-Nya, membenci golongan yang menyeru kepada kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak mahu menerima nasihat yang baik malah melawannya, bersahabat dengan orang-orang jahat. Itulah hati yang mati dengan Islam.

Hati yang sakit

Iaitu hati yang tidak konsisten, adakalnya cenderung kepada kebaikan dengan mendengar nasihat penceramah dan pada masa sama cenderung kepada kejahatan, inilah hati sekejap baik sekejap jahat.

Apa yang perlu kita tahu tentang persoalan hati?
Menurut Mahmoud Syal, seorang pengkaji agama di laman web islamonline.net, tanda-tanda hati yang sejahtera adalah:

1. Sentiasa mengarah tuan punya diri untuk terus mengingati dan bertaubat kepada Allah.
2. Sentiasa mengingatkan tuannya untuk beribadat kepada Allah.
3. Rasa selesa, seronok dan kelazatan beribadat lebih daripada kelazatan makanan dan minuman.
4. Memberi tumpuan sedalam-dalamnya terhadap apa yang dibaca khususnya ketika melaksanakan solat.
5. Mengingatkan tuannya agar sentiasa menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, sama ada perbuatan, kenyataan dan tindakan.
6. Reda terhadap pelaksanaan perintah Allah dan bersedia untuk meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya.
7. Seronok menghabiskan masa untuk Allah dan gelisah apabila habis untuk selain-Nya.

Tanda-tanda hati yang rosak

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Kaedah rawatan penyakit hati

a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya.
b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat.
d) Khusyuk dalam solat.
e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah.
f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya.
g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
h) Beriktikad dengan akidah yang betul.
i) Sentiasa melakukan muhasabah diri.
j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan.
m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah.
o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati.
p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan.
q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.


Oleh itu, kita sebagai seorang manusia yang doif, penumpang sementara di atas dunia ini, perlu mengenali hati dan memperbakinya ke arah jalan yang diredoi oleh Allah s.w.t.

17 September, 2009

Selamat hari Raya Aidil Fitri




Assalamualaikum. Di kesempatan ini, saya mengambil peluang mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin kepada anda semua yang mengenali diri yang lemah ini.
semoga ramadhan yang bakal berakhir beberapa hari saja lagi dapat mengubah diri kita ke satu tahap yang lebih baik. InsyaAllah.

p/s: sapa nk duit raya mai la umah. :-)

15 September, 2009

ISTILAH "AKIDAH UMNO"

SALAM RAMADHAN. tak kala pengaliran maklumat begitu pesat berkembang, kadang-kadang kita perlu berhati-hati dalam menilai dan menerima sesuatu maklumat tersebut. pandangan-pandangan golongan alim ulamak sepatutnya dijadikan kayu ukur dalam memahami sesuatu perkara. di sini, saya tertarik dengan pandagan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan berkaitan dengan parti yang kian nazak dan berada dalam keadaan yang cukup menyedihkan.


________________________________________________________________________________________________




Salah satu daripada pecahan amal mulia di bulan Ramadhan adalah beri’tikaf dan bertafakur. Ketika melakukan pelbagai muhasabah, maka saya ada terpandang satu ayat yang sedikit mencurigakan. Ia berbunyi begini:

Perdana Menteri berkata, “kita tidak akan membiarkan Umno dipermainkan dan akidah parti itu dipersoalkan mana-mana pihak. Jangan persoalkan akidah kita (Umno)” (Berita Harian 8 September 2009).

Melihatkan kenyataan ini, hati saya tertanya-tanya sama ada bolehkah manusia atau parti politik membuat akidah? PAS tidak pernah mencipta akidah. Islam ini bukan pandai-pandai PAS. Ia agama yang diturunkan kepada Nabi-Nabi oleh Allah Azzawajalla. Bermula dari Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa a.s., Isa a.s. dan Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Apa yang PAS lakukan ialah meniru bulat-bulat keputusan yang telah dibuat oleh Allah S.W.T. melalui kalimat syahadah dan tauhid Allah dalam segala segi. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Katakan: Dialah Allah, Yang Maha Esa
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu
Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan
Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.”
(Surah Al Ikhlash: Ayat 1 hingga 4).

Dizaman dahulu, orang merujuk akidah itu sebagai i’tikad. Ia berasal dari perkataan aqoda dan bermakna ikatan. Akad nikah adalah ikatan antara A + B. Begitu juga dengan akad jual beli.

Akidah adalah kesimpulan. Ia persoalan tali pengikat yang menyimpulkan hubungan kita dengan Allah S.W.T. Orang yang berpegang dengan akidah dinamakan sebagai orang yang mempunyai kesimpulan hidup yang kukuh. Dalam hal ini Nabi S.A.W. pernah bersabda yang membawa matan, “telah ku tinggalkan engkau dengan dua perkara iaitu Al-Quran dan hadith. Berpeganglah keduanya dengan tangan kamu sekuat-kuatnya atau gigitlah ia dengan gigi gerham/taring (jika dikhuatiri akan terlucut).” Kandungan yang terdapat dalam akidah ialah Islam + Iman. Ia bertujuan untuk selamat di akhirat. Bercakaplah sama ada mengenai pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, taraf hidup atau budaya murni – pada akhirnya, kesemuanya sekali mesti menuju kepada mencari hasanah di akhirat. Di sini, Umno buat akidah untuk apa?

Saya cukup hairan bahkan terkejut apabila Presiden Umno tanpa segan silu menggunakan perkataan ‘akidah Umno’. Sejak bila Umno mencipta akidah? Jika dia buat sekalipun maka sahlah bahawa akidah jenis ini adalah palsu. Ia tidak dinilai di akhirat kelak.

Kita perlu cermat untuk membezakan antara dasar atau perlembagaan parti dengan perkara akidah dalam agama. Saya ingat, ilmuan Islam lebih arif untuk menjelaskan perkara ini. Inilah puncanya yang selalu saya katakan bahawa pintu rundingan antara PAS dan Umno sudah tertutup rapat. Apa yang mungkin boleh Umno lakukan ialah menukar dasar daripada kebangsaan kepada dasar Islam. Dengan cara ini, barulah rakyat ada keyakinan bahawa Umno ini parti yang sudah mempunyai akidah Islam. Perubahan dasar ini adalah satu perkara yang sangat mustahak kerana hidup dalam segenap perkara termasuk dasar parti Islam perlu diselaras dengan akidah Islam. Dasar ini harus berasaskan akidah yang tepat dan diredhai oleh Allah S.W.T. saja akan menuju ke jalan Syurga. Sebaliknya mana-mana dasar atau parti atau pertubuhan yang tidak selaras dengan akidah Islam adalah ditolak. Perkara akidah ini bukan boleh dibuat oleh mana-mana manusia. Mana boleh manusia atau pertubuhan membuat akidah partinya yang sendiri.

Akidah Islam boleh terpancar dalam pelbagai lafaz doanya. Di dalam doa Iftitah misalnya, terkandung aspek penyerahan menyeluruh terhadap rabb seperti, “sembahyangku, hajiku, segala aktiviti hidupku dan matiku (nyawaku) kerana Allah Taala.”

Begitu juga doa dan zikir-zikir masyhur yang menjadi amalan rata-rata umat Islam. Misalnya, selepas sembahyang kita berwirid yang membawa maksud:

a) “Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, semua kerajaan milikNya dan bagiNya segala pujian, Dia menghidup dan mematikan (semua perkara), sedangkan Dia sentiasa hidup dan tidak mati, ditanganNya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas semua perkara.”

b) “Allah telah menjamin aku dan cukuplah Allah bagiku, Allah Maha Mendengar permohonan sesiapa yang bermohon (kepadaNya), tidak ada lagi selain Allah tempat meminta dan berhajat.”

c) “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada seorang lelaki (bapa), ibuku yang juga hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, berlaku ke atasku setiap ketentuanMu, terlaksana ke atasku setiap keputusanMu, aku mohon kepadaMu dengan (berkat) semua nama yang Engkau namakan kepada zatMu atau nama yang Engkau sebutkan di dalam kitabMu atau nama yang Engkau ajarkan kepada sesiapa sahaja dari kalangan makhlukMu atau nama yang Engkau rahsiakannya di dalam ilmu ghaib di sisiMu (aku mohon) agar Engkau menjadikan Al-Quran yang maha agung sebagai sumber ketenangan bagi hatiku, cahaya penglihatan mataku, menghapuskan perasaan dukacita dan sebagai penghalang kepada perasaan sedih dan gelisah.”

d) “Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata. Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”

Dari empat petikan maksud doa-doa di atas, sangat jelas konsep tauhid yang mengEsakan Allah. Dialah sumber kekuasaan, satu-satunya tempat ketaatan dan titik tumpuan dalam pengabdian makhluk. Ini bukan soal 1Malaysia kerana Islam mengajar kita bahawa tiada zat dan tiada Tuhan yang wajib dan boleh atau wajar disembah melainkan Allah Yang Maha Besar.

Jika mahu bercakap soal perpaduan dan penyatuan, maka inilah titik penyatuan dasar yang saya selalu sebutkan. Ertinya, jika Umno kononnya ikhlas untuk melakukan kerjasama demi kepentingan masa depan Islam dan ummah di negara ini, maka Umno perlu bersedia terlebih dahulu untuk mengubah dari dasar kebangsaan kepada dasar Islam.

Jika betullah nak jaga Islam, PAS lah partinya yang menjadi pilihan kerana dasar PAS sejak awal lagi ialah Al-Quran dan Hadith. Ini berlaku sejak penubuhannya di Pulau Pinang pada tahun 1951 lagi. Ini berikutan alim ulama’ dalam Umno keluar dari Umno untuk menubuhkan PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno yang berfahaman kebangsaan. Dengan latar belakang ini semua orang harus masuk PAS untuk bersama dengan PAS. Tidak timbul soal PAS dipelawa untuk bersama dalam Kerajaan Perpaduan demi kononnya untuk masa depan Islam dan ummah di negara ini. Ini bukan isu.

Kelantan sudah hidup hampir 20 tahun di bawah dasar Islam dan kami tidak mempunyai apa-apa masalah. Bahkan secara hikmah dan istiqamah, kami telah secara berperingkat-peringkat sedang menukar pemikiran rakyat (brainwash) daripada menjadi pak turut kepada cara hidup mat saleh secara membabi buta kepada menjadi pak turut kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Saya sesungguhnya tidak faham dengan pendirian Umno yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama menolak Islam. Pada saya, Islam jenis ini setaraf dengan penduduk setinggan yang menduduki sesuatu tempat secara haram. Jika rumah setinggan didirikan di atas bahu jalan atau tanah-tanah kerajaan yang lain maka pihak kerajaan ada hak untuk meroboh, menghalau atau mengenakan denda. Sikap pemimpin Umno boleh kita analogikan seperti kes setinggan ini. Kita kena faham bahawa kita menumpang bumi Allah dan sedang menggunakan segala kemudahan yang Allah sediakan. Jadi, sepanjang masa dalam hidup kita, kita telah termakan budi dan berhutang budi. Jika kita sedar yang kita menumpang bumi Tuhan, maka kita kenalah patuh kepada undang-undang dan peraturan Pemiliknya.

Jadi jelaslah bahawa dalam hidup kita ini, hanya terdapat satu sahaja akidah iaitu akidah Islam. Jika ada juga akidah lain yang didakwa oleh sesiapa, maka sahlah ia adalah akidah bertaraf setinggan. Percubaan Umno yang membangkitkan rundingan mengenai masa depan Islam dan ummah di negara ini adalah cerita lama. Umumnya, rata-rata pemimpin PAS, sudah tidak lagi berminat dengan gimik-gimik kabur yang seumpama ini. Hanya orang PAS yang tidak mahir dengan gelagat lawan sahaja boleh keliru dengan permainan yang sedemikian. Pada saya, apa yang ada di hadapan cukup jelas. Sambil menegur dan berdakwah untuk saling ingat-mengingati dalam bulan Ramadhan yang sangat mulia ini, saya perlu memberitahu bahawa kami sedang melangkah dan akan terus melangkah. Kami menuju bulan purnama.


Nik Abdul Aziz Nik Mat
Menteri Besar Kelantan.


Bertarikh: 20 Ramadhan 1430 / 10 September 2009.

14 September, 2009

insan teristimewa

Assalamualaikum dan salam ramadhan karim.
sedar tak sedar, bulan yg mulia ini kian berlalu pergi.
semoga kita mendapat keampunan daripada Allah (swt)di dalam bulan yang diberkati ini.
saya nk berkongsi sebuah lagu yang mengingatkan kita tentang insan teristimewa buat semua.
sentiasa la berdoa bt insan bernama "ibu". tanpanya siapa la kita.



10 September, 2009

Ilmu Tinggi tak guna

Assalamualaikum dan salam sejahtera. setelah sekian lama tak menaip di ruangan ini,hati ini terdetik untuk kembali berkongsi sesuatu. mungkin ada manfaat boleh dijadikan iktibar bersama.
sudah hampir 2 minggu berada di Ampang jaya,Alhamdulilah, terasa suatu suasana yang tidak dapat digambarkan di dalam bulan yang barakah ini apabila surau-surau dan masjid di sekitar Selangor ini sentiasa "HIDUP". hidup bukan bererti bernyawa, tetapi hidup dengan pelbagai aktiviti yang dapat menarik masyarakat sekitar untuk datang memenuhi segenap ruangan. sempat saya bersembang dengan seorang pakcik,menurutnya sejak Pakatan rakyat memerintah walaupun terdapat pelbagai halangan dan isu-isu yang melanda, tetapi Alhamdulilah Rumah-rumah Allah (swt)sentiasa padat dengan program seperti ceramah, kuliah, dan sebagainya tambahan pula dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

"ilmu tinggi tak guna" itulah antara ayat yang menarik perhatian saya sewaktu mendengar Tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh seorang ustaz dari N.9 di salah sebuah masjid di Ampang. Ilmu tinggi tak guna jika hati tak gentar pada Allah (swt). ramai orang yang belajar hingga ke peringkat tertinggi (phd dan sbgainya), namun tidak ada rasa takut kepada Pencipta Dunia ini. segala tindak-tanduk mereka bertuhankan Hawa nafsu semata-mata. maka dengan itu, dapat kita lihat pada hari ini bagaimana kecelaruan yang melanda kehidupan masyarakat hari ini. walaupun mempunyai pelbagai kepakaran dalam pelbagai bidang tetapi hidup dalam keadaan yang cukup jauh dari kehidupan yang berlandaskan prinsip-prinsip dan nilai sebagai seorang muslim. Gejala rasuah, pecah amanah, budaya hidup bebas, sikap pentingkan diri, dan sebagainya telah menjadi amalan kehidupan bagi kebanyakkan orang-orang yang mempunyai pendidikan tinggi. perkara ini dapat diamati apabila pelbagai isu, dan kes yang dibongkar yang boleh didapati daripada pelbagai sumber.

Tidak ada istilah ilmu dunia dan ilmu akhirat, yang ada semuanya adalah ilmu Allah (swt). sekiranya seseorang itu mempunyai kesedaran, maka ilmu yang dipelajarinya tidak kira apa bidang pun bukanlah untuk memenuhi hawa nafsunya semata-mata, tetapi ianya sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah (swt).

Perkara Besar Sedang Menanti

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a berkata: Saya pernah dengar Rasulullah S.A.W bersabda :

Sesungguhnya anak Adam itu sentiasa dalam lalai tentang apa yang dijadikan Allah baginya. Sesungguhnya ketika ia dicipta oleh Tuhan, berkata Tuhan kepada Malaikat : Catitkanlah rezekinya! Catitkanlah jalan hidupnya! Catitkanlah ajalnya! Catitkanlah sama ada kesudahannya celaka atau bahagia! Sesudah menjalankan tugas, Malaikat itu pun kembali.

Kemudian ditugaskan dua Malaikat pula untuk menuliskan semua kebajikan dan kejahatan orang itu seumur hidupnya. Apabila ia menemui ajalnya (mati) kedua Malaikat tadi pun berangkat kembali.

Lalu ditugaskan oleh Allah Malakul-maut (Izrail) untuk mengambil nyawanya. Setelah selesai dikuburkan, rohnya dikembalikan ke jasad. Ketika itu tibalah dua Malaikat lain (Munkar dan Nakir) untuk menyoalnya. Setelah selesai disoal, keduanya pun kembalilah.

Apabila tiba saat (Hari Kiamat) masing-masing Malaikat yang menulis kebajikan dan yang menulis kejahatan itu turun semula dengan sebuah buku catitan, lalu buku catitan itu digantungkan di leher orang itu, yang satu sebagai pemimpin dan yang satu lagi sebagai penyaksi.

Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda lagi : Sesungguhnya suatu perkara besar sedang menanti kamu di hari muka, yang mana kamu tiada tertanggung olehnya, maka hendaklah kamu memohon pertolongan Allah yang Maha Agung.

Hadis ini dicatit oleh Al-Hafih As-Sayuthi rahimahullah di dalam kitabnya Syarhus-Shudur, yang menurutnya telah dikeluarkan oleh Ibnu Abid-Dunya dan Abu Nu’aim.

(azharidrus.com)

09 September, 2009

umno tersepit akibat isu perkauman

Harakahdaily
Tue | Sep 08, 09 | 11:38:01 am MYT
KUALA LUMPUR, 8 Sept: PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepi




Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.

Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.

Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.

Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina".

Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.

Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.

"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.

Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.

"Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau.

Apabila aktivis-aktivis Umno di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, Umno sekali lagi tersepit.

"Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.

"PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin.

Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka.

"Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka," kata Salahudin.

02 June, 2009

hari-hari di ukm

Alhamdulillah. Segala puji hanya kepada Allah (s.w.t) yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Setelah sekian lama tidak menulis di ruangan ini. Tapi dengan keizinan daripadaNYA, saya masih di beri peluang dan ruang untuk mencoret sedikit perkongsian dengan pengunjung yasin side..

"hari-hari di ukm" hanya tajuk kecil yang tidak berupaya untuk merungkaikan segala kenangan sepanjang saya berada di ukm. enty kali ini hanya nak berkongsi pemandangan2 indah di ukm yang sempat saya rakam untuk tatapan pengunjun yasin side..



gambaq ni dirakam pada kelas terakhir saya "Politik Asia Tenggara" bersama Prog Madya Dr Agus Yusoff..ukm di ptg hari..





menuju ke censelori





depan pusat pengajian sejarah,politik dan startegi- lenggang kerana student balik bercuti......




sila belok kiri untuk pusat pengajian sejarah,politik dan strategi..




bangunan yang menempatkan khazanah ilmu, perpustakaan Tun Sri Lanang (ptsl) pemandangan dari belakang..hari hujan, jadi ayak bertukaq warna...




PTSL dari bahagian depan..



jalan sehala..jgn silap jalan, nanti pakgad saman.....






haa, ni stadium ukm. banyak kenangan ni kat sini.hehehe




fakulti sains sosial kemanusiaan (fssk)..view from kolej ibu zain



masjid ukm. sama la, gambaq ni pun diambil dari perbukitan kolej ibu zain.


masjid ukm dari bahagain dalam..syok dok kt masjid.. selalu kita dengaq kwn2 selalu kata jom lepak maple. tapi apa salahnya kn klw kita kata kat kwn2 jom lepak masjid.


pokok ini byk bg manfaat kpd org2 yg main bola ptg2 @ t.ghri (klw ada), sbb pokok ni antara pokok yg tetap berdiri tegak sama ada hujan @ panas melindungi org yg berlindung di bawahnya. kita selalu saja tgk pokok, tapi ada x kita tgk sambil berfikir,betapa hebatnya Allah (s.w.t) menciptakan makhluk yg bernama pokok. jd lepas ni fikirkan lah..


Ini sebahagian gambar yang sempat saya kongsi dengan pengunjung yasin side..byk lg. tapi mungkin lain kali, kalau masih mempunyai peluang dan ruang...

29 May, 2009

indahnya ukhuwwah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

08 May, 2009

hebat polis beraksi



bersih,cekap dan telus dlm menjaga keselamatan negara/elit/BN/Umno...

Artikel nombor: 10

(1)Perkara Untuk Fasal-fasal (2), (3) and (4) -

* (a) setiap rakyat punya hak pada kebebasan bersuara dan menulis;
* (b) semua rakyat punya hak untuk berhimpun dengan aman tanpa bersenjata;
* (c) semua rakyat punya hak untuk menubuhkan pertubuhan-pertubuhan.

krisis politik yg berlaku di perak semakin rumit. kini kerajaan dgn keupayaan yg ada, menggunakan aparatus-aparatus negara seperti polis dan phk keselamatan bg mengukuhkan hegemoni yg sudah tercalar.Cuba mendapatkan kepatuhan daripada rakyat dengan menggunakan kekerasan (fizikal)serta menimbulkan "budaya takut" di kalangan rakyat. Namun peristiwa yg berlaku di perak di ketahui umum dan menambahkan krisis keyakinan rakyat terhadap BN terutamanya di kalangan kaum bukan Melayu.

rakyat adalah hakim..memerhati, menilai, dan menjatuhkan hukum dlm pilihan raya...(that was democracy!?).

29 April, 2009

Khas buat Prof Madya Ghazali Mayudin




Assalamualaikaum dan salam sejahtera.

Sebagai seorang pelajar sains politik ukm, adalah tidak sah kalau kita tidak mengenali seorang tenaga pengajar yang banyak menyumbang tenaga dan buah fikiran bagi kemajuan jabatan sains politik ukm dan menyumbang khidmadnya bukan sahaja kepada pihak Universiti tetapi juga kepada masyarakat melalui ilmu yang ada padanya. Sebagai "orang lama" dalam program sains politik ukm, prof. madya ghazali atau lebih mesra dengan panggilan GM amat saya hormati.

walaupun hanya sempat berguru denganya untuk beberapa subjek major politik, tetapi segala jasanya akan tetapi di hati. semester ini merupakan tahun last GM bertugas sebagai pensyarah sains politik ukm setelah lebih 30 tahun menyumbang bakti.
saya masih ingat pada tahun pertama pengajian untuk subjek pengantar sains politik, tajuk "pilihan raya di malaysia" adalah first essei yang saya kena buat. sewaktu hari pembentangan hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana gemuruhnya hati ini. hahaha..walau apa pun, terima kasih GM.

-kepada semua yang mengenali beliau, silalah ke Majlis Perpisahan Prof Madya Ghazali Mayudin akan diadakan pada hari Isnin 5HB Mei 2009,bertempat di Bilik Mesyuarat Paras 6,Pusat Pengajian Sejarah,Politik & Strategi (PPSPS) ukm,pada Jam 4 Petang.-
bersama kita meraikan prof.madya Ghazali Mayudin.






sewaktu bengkel kecemerlangan di port dikson- kami hampir menjuarai segala acara yang dipertandingkan..hampir.haha



ahli-ahli kumplan atuk n opah..dari kanan kamariah,shafiqa,atok GM,OPAH SALEHA,dan farhana. hazrina n pejan tak kelihatan sbb menunggu diseberang sana.....







Terima Kasih GM.

18 April, 2009

ketuanan Melayu atau ketuanan Islam





Hanya Islam mampu menemukan seluruh kaum dan mengiktiraf kepelbagaian bangsa.

13 April, 2009

Kekuatan akidah halang keruntuhan akhlak




Oleh : Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam masyarakat? Ya, memang berlaku, bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat Islam keseluruhannya.

Pada hari ini, kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat mencedera dan membunuh mereka. Berlakunya gejala pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan sehingga melahirkan anak luar nikah, remaja dirosakkan oleh bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat batuk dan sebagainya, bahkan kita sudah mendengar ada kanak-kanak sekolah yang mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu membakar rumah guru dan sekolah, bukanlah suatu yang pelik pada hari ini.

Di manakah silapnya apabila pemuda pemudi menjadi rosak akhlaknya? Banyak jawapan yang boleh diberikan. Semua jawapan tersebut berkaitan di antara satu sama lain dan bantu membantu ke arah kerosakan akhlak remaja hari ini.

Asas pendidikan remaja adalah di rumah. Sekiranya di rumahnya sendiri mereka tidak mendapat asas pendidikan, maka apabila berada di luar rumah sudah tentu payah untuk membentuk peribadi Muslim yang sejati kerana godaan dan pancaroba di luar sana seperti pergaulan dengan rakan-rakan yang jahat, pergaulan bebas, hiburan yang melalaikan dan sebagainya adalah lebih hebat dan mencabar. Hanya mereka yang mempunyai asas pendidikan Islam dan diwarnai oleh akhlak yang murni yang berpeluang untuk selamat, namun bukan sedikit yang tercicir di pertengahan jalan.

Oleh itu, ajaran Islam telah menentukan cara untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, yang akan menumbuhkan tunas-tunas Islam, yang mampu tumbuh menjalar dan membesar dengan sempurna, tidak mampu dihalang dan dicantas oleh gejala maksiat yang bersimpang siur, kiri dan kanan, akan lahirlah pemuda-pemuda dan generasi sebagaimana firman Allah (maksudnya): Mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, maka kami (Allah) menambahkan kepada mereka dengan hidayah. (Al-Kahfi: 13)

Untuk melahirkan rumah tangga Islam yang sejati, di dalamnya terpancar kecantikan ajaran Islam, maka asas perkahwinan mestilah dibina di atas cita-cita Islam, bukan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu. Biarlah pasangan yang mahu berkahwin itu berniat daripada perkahwinan mereka untuk melahirkan zuriat keturunan yang baik yang akan meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. yang akan dibanggakan oleh Nabi s.a.w. di hadapan para nabi dan rasul yang lain, bukan sahaja kerana jumlahnya yang ramai tetapi juga kerana mereka patuh dan tunduk kepada ajaran Allah SWT.

Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka yang berkeinginan mendirikan rumah tangga mestilah membuat pilihan pasangan masing-masing melalui kaca mata Islam, bukannya melalui kaca mata nafsu dan bisikan syaitan.

Di dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa seseorang perempuan yang dipilih untuk dijadikan isteri berdasarkan empat sifat: kerana kekayaannya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Sekiranya semua sifat tersebut tidak ada pada diri seseorang perempuan itu kecuali agamanya, maka sifat beragamanya yang mesti menjadi pilihan.

Pada hari ini, kaum lelaki yang ingin berkahwin dan ibu yang hendak mengahwinkan anak perempuan mereka tidak lagi memberi perhatian terhadap sifat beragama dan berakhlak. Perempuan yang mahu dikahwini itu mungkin dikenali di pusat membeli-belah atau di perhentian bas, di tepi pantai atau di dalam surat khabar melalui iklan mencari jodoh. Mereka menjadikan artis, penyanyi dan pelakon sebagai contoh isteri solehah sedangkan artis itulah perosak utama muda-mudi Islam pada hari ini kerana pakaian dan fesyen mereka menjadi ikutan di kota-kota dan pedalaman.

Sementara ibu bapa pula menerima sahaja lamaran untuk meminang anak gadis mereka tanpa menyelidiki sama ada teruna itu sembahyang, puasa menutup aurat atau tidak. Kita bimbang sekiranya anak gadis kita yang asalnya beragama, menutup aurat, sembahyang dan berakhlak mulia, apabila jatuh ke tangan lelaki yang tidak setia kepada agamanya akan membawa fitnah kepada anak gadis kita.

Islam juga mewajibkan ibu bapa mendidik anak dengan pendidikan Islam, mengajar mereka mengenal Tuhan sekalian alam iaitu Allah SWT, mengajar mereka perangai yang baik, akhlak dan kesopanan, mengajar mereka batas-batas halal dan haram dan bersikap tegas kepada anak-anak sekiranya ada timbul bibit-bibit untuk cenderung kepada kejahatan sebelum nasi menjadi bubur.

Firman Allah (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada azab api neraka, bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar lagi bengis, mereka tidak melanggar perintah Allah ke atas mereka dan mereka lakukan apa yang disuruh. (At-Tahrim: 6)

Allah Taala memerintahkan supaya setiap orang Islam berusaha menyelamatkan diri masing-masing dan ahli keluarga daripada azab api neraka. Bagaimanakah caranya? Caranya ialah dengan beramal menurut ajaran Islam. Suami hendaklah memastikan isteri masing-masing patuh kepada ajaran Islam pada perbuatan, percakapan, berpakaian dan melakasakan apa yang diwajibkan oleh Allah Taala dan meninggalkan apa yang dilarang.

Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan tingkah laku anak-anak mereka. Menjadi kewajipan untuk bertanya ke manakah mereka keluar, dengan siapa, bila akan pulang dan pelbagai soalan berkaitan. Jangan membiarkan anak-anak melakukan apa yang mereka suka walaupun melanggar batas agama.

Betapa ramai anak-anak yang tidak bersembahyang kerana berkawan 24 jam, pulang ke rumah untuk tidur dan makan. Betapa ramai anak-anak yang terjebak dengan ketagihan dadah dan ganja, pil khayal dan ubat batuk kerana terpengaruh dengan kawan-kawan. Pada asalnya cuma untuk cuba-cuba tetapi apabila sudah ketagih tidak lagi pulang ke rumah siang dan malam.

Anak-anak gadis sudah pandai berkawan dengan lelaki walaupun masih bersekolah menengah. Anak gadis diarak ke hulu ke hilir dengan motosikal oleh lelaki yang bukan suaminya, sudah menjadi perkara biasa di dalam masyarakat. Ibu bapa tidak lagi mampu berbuat apa-apa, sekadar memerhatikan sahaja gelagat anak muda mereka.

Anak pinak adalah harta penting yang dikurniakan oleh Allah. Jika seseorang itu bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari sesuap nasi sedangkan rezeki esok hari belum dapat dipastikan lagi, mengapakah kita mensia-siakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah yang berupa anak sedangkan anak itu sendiri akan menjadi pesaka yang amat berharga apabila mati kelak, sekiranya anak itu menjadi anak yang soleh.

Sabda Nabi s.a.w. (maksudnya): Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Marilah sama-sama kita kembali kepada ajaran Islam di dalam membina rumah tangga. Suami yang baik dijadikan untuk isteri yang baik, akan melahirkan pula anak-anak yang soleh, yang akan menjadi harta yang tidak ada galang ganti, bermanfaat semasa hidup dan sesudah mati. Itulah benteng yang yang paling kukuh untuk menghadapi kerosakan akhlak muda mudi masa ini.


(sumber:idhamlim.blogspot.com/)

kemenangan PR bukti rakyat tolak politik sogokan

06 April, 2009

Institut Hasan Al Banna

31 March, 2009

kematangan berpolitik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

suasana politik malaysia sejak kebelakangan ini semakin panas dengan pelbagai isu, kes dan ragam ahli dan parti politik,namun bagi saya, perkara ini memaparkan bahawa rayat malaysia kini berada pada satu proses yg menuju ke arah kematangan berpolitik.

Dalam konteks kematangan politik ini bergantung kepada sejauh mana individu melibatkan diri dalam politik dan berusaha untuk mendapatkan maklumat yg benar agar ia tidak terkeluar dari landasan. kalau dulu orang hanya mengiakan sahaja berita dr media perdana,menteri-menteri bercakap dan ahli-ahli politik berpidato, namun kini dgn perkembangan teknologi maklumat masyarakat kini lebih bersikap skeptikal dan kritical dalam menerima sesuatu maklumat dan berita.

perkara ini secara tidak langsung meletakkan masyarakat malaysia (walaupun bukan secara keseluruhannya) dalam suatu proses ke arah demokrasi yang lebih matang berbanding dahulu.

sejak berlaku krisis di perak,perhimpuanan Agong Umno, dan kini pilihan raya kecil di dua bukit dan satu batang menunjukkan kesinambungan suasana politik yg ada kaitan diantara satu dengan yg lain. masyarakat beria-ia ingin tahu. maka pelbagai hujah dikemukan bagi menyokong dan mempertahankan pandangan masing-masing. ketika bersembang dgn Dr Ahmad nidzam Sulaiman baru-baru ini, dia menyatakan bahawa pakcik tua di kampung kini pun sudah pandai mengeluarkan bab yg terdapat dalam perlembagaan(perak) bagi menyatakan hujah ketika ditanya tentang situasi di perak.

oleh itu, bagi pakatan rakyat kemenangan di pilihan raya kecil ini terutamanya bukit gantang amat penting kerana akan menunjukkan satu resolusi rakyat perak yg menolak rejim yg ada sekarang. namun bg BN kemenangan ini amat diperlukan bg mengembalikan maruah yg telah dicalarkan pada pru 08,prk permatang pauh, dan prk kuala t'ganu..kemenangan ini juga amat ditagih bagi menunjukkan penerimaan rakyat terhadap pimpinan baru UMNO.

Namun sejak hari penamaan calon ketiga-tiga prk yg masih lagi hangat, kelihatan jentera PR lebih menunjukkan kemantapan dan kesepaduan dan menghadapi prk ini. hari penamaan calon terutamanya di bukit gantang telah menunjukkan para penyokong PR membanjiri kawasan penamaan telah mengatasi jumlah penyokong BN. situasi ini telah memaparkan dua keadaan yg berbeza.

segalanya akan terjawab pada hari membung undi pada 7 april ini.


kepada Pak lah diucapkan selamat berihat.






(suasana riang -ria penamaan calon di Bukit Gantang)



"bukan aku kata, depa yg kata"




Reaksi ahli-ahli dan pemuda harapan bangsa(umno) apb Khairy Jamaludin diumumkan sebagai ketua pemuda UMNO.

hemmmmm..

20 March, 2009

Hebatnya Polis Beraksi











Himpunan 100 ribu rakyat menentang PPSMI

Tanggal 7 mac 2009 akn menjadi sebahagian daripada sejarah gerakan sivil masyrakat malaysia selepas himpunan Bersih dan beberapa lagi himpunan rakyat yang mempunyai kesedaran akan terhadap apa yang diperjuangkan.. sekali lagi kuala lumpur menjadi lokasi tumpuan dan saksi kepada seluruh masyarakat sama ada di malaysia dan seluruh dunia terhadap situasi yang telah berlaku dalam himpunan 100 ribu rakyat menentang ppsmi.


penipuan dan manipulasi media arus perdana

seperti biasa, media arus perdana yang menjadi agen @ alat pihak pemerintah memanipulasi situasi yang telah berlaku ketika himpunan tersebut berlangung..dinyatakan bahawa sekitar 5 ribu orang sahaja yang menghadiri himpunan tersebut, dan pihak keselamatan TERPAKSA melepaskan gas pemedih mata dan menyembur water canon bagi mengawal peserta yang menghadiri perhimpunan itu..saya apabila membaca akhbar pagi ini ada rasa nk ketawa, dan ada rasa kecewa serta marah terhadap pihak keselamatan yang menggunakan kekerasan terhadap peserta himpunan.
nak ketawa sebab, media massa seolah-olah masih hendak menipu rakyat dengan menyatakan hanya 5 ribu yang hadir. pada masa yang sama marah dan kecewa dengan tindakan kekerasan yang digunakan oleh pihak keselamatan, seolah-olah menggambarkan peserta himpunan bertindak ganas.. siapa yang ganas sebenarnya???
Tapi seluruh negara bahkan dunia dengan kemajuan internet dan teknologi maklumat menjadi saluran dan saksi terhadap jumlah peserta yang sebenar dan keadaan yang berlaku.


cakap tak serupa bikin

kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini menperlihatkan kesediaan pihak keselamatan (polis) untk memberi lampu hijau dan kawalan keselamatan kepada peserta himpunan.
"kusangkakan panas hingga ke petang rupa2nya hujan di tengahhari" atau dengan istilah yang lebih sedap "harapkan pagar, pagar makan padi". hahaha.
Begitulah perangai dan tindakan yang ditunjukkan oleh pihak keselamatan(alat rejim pemerintah) terhadap rakyat.. Tindakan kekerasan digunakan terhadap peserta himpunan yang dipaksa menempuh gas pemedih mata dan water canon sebelaum sampai ke istana negara.
Hanya kumpulan terawal yang dilaporkan berjaya sampai ke istana negara untuk bersama-sama menyatakan sokongan kepada sasterawan negara Datok A,Samad Said dan pemimpin-pemimpin ppsmi lain yang berjaya menyerahkan memorendom kepada Yang Dipertua Agong. Manakala sebahagia besar peserta himpunan yang lain berjaya disekat oleh FRU dan polis daripada sampai ke istana negara dan terpaksa berhimpun semula di masjid negara.
Tindakan zalim pihak keselamatan menggambarkan bahawa pemerintah yang ada sekarang secara langsung bertindak zalim dan tidak adil kepada rakyat dalam isu ppsmi ini. Maka sekirannya anda juga menyokong tindakan zalim pihak kerajaan dan pihak keselamatan maka anda termasuklah juga sebahagaian daripada golongan yang zalim. mengapa saya sanggup berkata seperti ini. ini kerana tindakan zalim yang dilakukan terhadap orang tua-tua, wanita dan kanak-kanak adalah tidak berperikemanusiaan. ramai yang menangung kesakitan, keperitan dan kepedihan hasil tindakan pihak FRU dan polis. orang2 tua tersandar di bawah2 pokok dan di kaki2 lima mencari perlindungan dan menyelamatkan diri daripada tindakan zalim pihak keselamatan.
kedatangan peserta himpunan hanya ingin menyatakan sokongan kepada penyerahan anti ppsmi bukan bermusuh dengan pihak keselamatan.



himpunan 100 ribu rakyat anti ppsmi tamparan hebat buat kerajaan

sokongan yang besar jumlahnya ini telah menggambarkan bahawa rakyat sememangnya membantah PPSMi. Rakyat telah menyatakan isyarat kepada pihak kementerian pendidikan dan pihak kerajaan bahawa perlunya ppsmi di mansuhkan. Jelas rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama,bangsa, warna kulit turun bersama-sama berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap ppsmi dan menjaga bahasa ibunda.
Walaupun yang datang mempunyai pelbagai latar belakang, tapi warna putih yang menjadi tema himpunan tersebut dengan satu niat iaitu menjaga bahasa kebangsaan/ibunda telah menyatukan semua pihak.
Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan hegemoni BN kian terhakis dan berada dalam keadaan yang cukup parah.

Memetik kata-kata saterawan negara Datok A.Samad Said "guna undi jika dasar ppsmi masih dikekalkan" ya, saya menyokong sepenuhnya kenyataan itu. undi adalah hak rakyat. undi menjadi penentu kepada keberlangsungan sesebuah pemerintahan. jadi jika kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui undi, tetapi berlaku tidak adil dan tidak mahu menurut kehendak rakyat maka ajar mereka juga dengan undi dalam pilihan raya yang akan datang.



mahasiswa turut membantah ppsmi

Ribuan mahasiswa juga tidak ketinggalan untuk membanjiri ibu kota bagi menyatakan bantahan terhadap ppsmi.. perarakan yang bermula di sogo untuk ke istana negara telah disambut dengan gas pemedih mata dan water canon oleh pihak keselamatan di pertengahan jalan. walaubagaimana pun golongan mahasiswa tetap bersemangat dengan laungan "student power" dan "hidup rakyat" dan bersama-sama merasai NIKMAT dalam perhimpunan tersebut.

terima kasih polis. terima kasih FRU, terima kasih kerajaan.






TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA

salam... semasa saya membelek artikel-artikel lalu dalam blog ustaz nasrudin tantawi,(http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com)satu artikel yang dah lama diposting oleh beliau menarik perhatian saya.

setelah dibaca dan diamati, maka saya berfikir ada baiknya saya turut berkongsi artikel ini dengan sahabat-sahabat sekelian yang sudi singgah di blog "yasin side".
artikel dibawah ini adalah email yang dikirim oleh seorang sahabat beliau yang perihatin akan nasib umat Islam zaman sekarang. walau pun isu ini agak lama tapi isu ini sentiasa menghantui umat Islam daripada dahulu sehingga la kini..

semoga daripada tulisan ini dapat kita berfikir secara mendalam dan mengambil iktibar.

-------------------------------------------------------------------------------------

TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA .

Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun di perantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain.

Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan. Namun ia hanya acara biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa... tiada yang luar biasa.

Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good, ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya.

Mengapakah seorang menteri yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang, tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke arah memandulkan politik Rais Yatim?

Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk "Stop ‘Arabising’ Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu". Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi.

Antara budaya Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.

Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu.

Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung saya masih pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya.

Namun yang pasti, apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa orang anak kampung yang reti Bahasa Arab.

Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak. Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid.

Aduh... gelisah saya sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yang dibunuh 'orang kahwin' malam itu.

RAKYAT KETAGIH HIBURAN

Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland, rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah senja.

Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine masing-masing.

Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya terpinggir.

Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'. Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.

Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa, suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan. Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan.

Bagai penagih yang keluar masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan. Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.

Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon iklan yang naik saham!

Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai yang 'membeli' Tuhan?

Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu, persoalannya yang manakah yang laku?

Adakah Islam semakin laku? Adakah Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak berkesan. Iklan laku, barang tak laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.

APAKAH SEMUA INI?

Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis tadi berdoa?

Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat, Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki?

Saya masih ingat bagaimana salah sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk bulatan dan... AL-FATIHAH!

Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!

Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad, Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam konsert tersebut?

Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam? Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.

Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar dan berasap.

Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.

Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman, adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran.

Dosa itu adalah apa yang mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa. Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.

Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar hiburan kita sekarang adalah dosa.

Maka dengan adanya kosmetik Islam tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa berumrah itu.

Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan. Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.
Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam pengajarannya ialah: MEMBUANG RASA BERDOSA KETIKA MASIH MELAKUKAN DOSA ADALAH SEBESAR-BESAR DOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah akhir zaman.

“…Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”. (Surah Zumar: 9)

18 March, 2009

diskusi masa depan politik perak dan malaysia




marilah kita beramai-ramai menghadirikan diri ke surau An-nur bandar baru bangi untuk mendengar dan memahami kupasan isu semasa yang hebat melanda politik tanah air. Ayuh lah bersama memeriahkan majlis. semoga kita memperolehi ilmu yang bermanfaat.
InsyaAllah.

17 March, 2009

konsert Amal Manis v

11 March, 2009

Al mu'allim

05 March, 2009

sifat cemburu untuk lelaki

04 March, 2009

sokong mansuh PPSMI




Memetik kata-kata Mohammad Sabu(dlm harakah. 3 MAC 09) ketika berucap di Dataran Hamas, Jasin, Melaka, "Orang seperti Prof Nik Safiah Karim dan orang seperti Sasterawan Negara A Samad Said yang sedang berada di hujung hayat mereka, sepatutnya tidak perlu lagi bersusah payah merempuh perjalanan jauh seperti yang sedang mereka lakukan sekarang. Apa sebenarnya yang mereka mahu lagi?

"Prof Nik Safiah bukannya hendak melawan Sharizat Jalil untuk jadi Ketua Wanita Umno. Sasterawan Negara A Samad Said pun bukannya hendak berkempen untuk menjadi menteri. Mereka tak perlu lagi kepada itu semua? Tetapi mereka terpaksa melakukan ini semata-mata kerana hendak memelihara bahasa Melayu, disebabkan oleh adanya pemimpin Melayu sendiri yang cuba hendak membunuh bahasa Melayu."

PPSMI sudah menjadi isu yang besar dalam negara pada ketika ini. Namum media arus perdana seolah-olah tidak menghiraukan perkara ini atau cuba menyembunyikan kepentingan perkara ini daripada rakyat.

Media arus perdana lebih ghairah menjadikan isu " laporan polis oleh pemuda UMNO berkaitan surat layang yang menghina sultan kedah di kedah dan isu2 yang tak releven sebagai focus utama dan cuba mengalih perhatian rakyat.

Namun usaha untuk memansuhkan PPSMI ini mendapat perhatian yang serius oleh kebanyakkan tokoh pendidikan,sasterawan negara, NGO2 dan juga parti-parti politik tanah air yang sayang dan mahu bahasa melayu terus wujud dan dipelihara agar generasi masa depan dapat menikmati nilai bahasa melayu arus dalam pendidikan. walaubagaimana pun masalah ini seolah-olah dipandang mudah oleh kerajaan.

Perkara pelik juga berlaku apabila PARTI PERKAUMAN UTAMA MELAYU yang seolah-olah kini cuba menjadi pengawal keabsahan institusi beraja Melayu, turut mendiamkan diri dalam perkara ini. Mereka begitu teruja dan melenting apabila ada surat layang yang dikatakan menghina sultan,(tetapi tak dikesan asal usulnya dan masih dalam sisatan polis, siapa penulisnya pun tidak dapat diketahui). Tetapi dalam perkara ini(PPSMI), yang turut melibatkan masa depan anak cucu mereka sendiri tidak diambil peduli.

setelah tulisan jawi dihakis dan dianak tirikan dalam kehidupan masyarakat melayu, kini bahasa melayu pula menjadi mangsa dek kerana kelemahan segolongan pembuat keputusan yang tidak rasional..

DIMANAKAH SLOGAN KERAMAT "TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
SIAPAKAH YANG CUBA MENGHILANGKAN MELAYU DI DUNIA??
FIKIRLAH SENDIRI....

27 February, 2009

BUKAN PEMIMPIN RAKYAT

Bila pemimpin tidak tahu diri, umat binasa rosaklah negeri.”

Kepercayaan jangan disia-siakan
Kekuasaan jangan disalahgunakan
Kebebasan jangan berlantaskan angan

Adat memegang kepercayaan orang, jangan sekali main belakang;
Adat memegang kekuasaan, jangan sekali merosakbinasakan;
Adat memegang kebebasan, jangan sekali lupa batasan







Trajedi dan kegagalan negara dan pemimpin berlaku berulang kali kerana kesilapan-kesilapan yang lalu. Malangnya manusia tidak mudah belajar drpnya...

pemimpin rakyat adalah bkn kerna pangkat,bkn kerna harta,bkn kerna dunia. tapi kerna RAKYAT SEBAB dia juga datang dari rakyat..


Duduk tegak elok tabiat
Sebarang kerja dengan muafakat
Sebarang laku menuruti adat

Dijadikan pemimpin besar manafaat
Negeri sentosa sempurna umat
Orang suka jauh dan dekat
Rahmatnya ada dunia dan akhirat
Dijadikan tua ianya tepat
Kerana hidupnya bersama umat
Memimpin negeri membawa berkat
Tuahnya banyak maruah terangkat


25 February, 2009

kadang-kala

kadang-kala kita lupa,
kadang-kala kita alpa,
kadang-kala kita selesa,
dgn nikmat yang sementara,
tak kala hati merintih mengeluh susah,
ingatlah saudara-saudara kita di
palastein,di Afqanistan, di Iraq, di Aceh, dan
di setiap pelusuk dunia yg dihimpit dgn kesusahan, kekejaman,
kaum-kaum yang zalim, kaum yang ,melampau..

kadang-kala, gembira, suka, ketawa,tapi
ingat saudara2 kita sedih, kecewa, merana,
dik kekejaman musuh-musuh islam, tali barut islam,
kadang-kala, kita lupa di mana peranan kita,
di mana suadara2 kita,
saudara kitakah itu?

kadang-kala......











DOA INI DISAMPAIKAN IMAM MASJIDIL HARAM MEKAH: SHAIKH MUHAMMAD AL-MOHAISANY, YG KETIKA SELESAI MEMBACAKAN DOA TERSEBUT DENGAN DI-AMINKAN OLEH JUTAAN JAMAAH, KEMUDIAN SHAIKH TSB DITANGKAP & DITAHAN ...

adakah selepas mendengar rintihan doa ini, hati kita tersentuh atau tidak wujud apa2 perasaan..jgn lah hati2 kita ditutup pintu olehNYA..ingatlah kepada Allah(s.w.t) jua kita bergantung.


(AMIN YA ALLAH, AMIN YA RAHMAN, AMIN YA RAHIM)

18 February, 2009

Hidup


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

14 February, 2009

bantah program Musawah anjuran Sisters In Islam (SIS)

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Lajnah Dakwah dan Pembelaan Dewan Pemuda PAS Pusat membantah program Musawah anjuran Sisters In Islam (SIS) di hotel Prince, Bukit Bintang pada 13 hingga 18 Februari 2009.


Pengerusinya, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, program Musawah tersebut dirasmikan Penasihat Khas Perdana Menteri, Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.

Menurut beliau, antara topik yang akan dibincangkan berhubung kesemarataan Islam, gender, poligami, faraid dan sebagainya yang menyentuh isu-isu sensitif berkaitan dengan Islam.

Katanya, SIS tidak berhak untuk mempromosi tentang Islam yang tulen disebabkan kedangkalan mereka serta berlatarbelakangkan profesional.

Beliau menegaskan Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Program Musawah itu membincangkan nilai-nilai Islam liberal 'New Muktazilah' oleh ulama gerakan Islam yang merupakan antara bentuk penyamaran baru musuh untuk mengelirukan fikiran umat Islam turut dipromosikan oleh TV3.

Antara penceramah yang terlibat Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd.

Riduan berkata topik yang sering dibincangkan tentang moral tidak boleh diperundangkan dan dosa-dosa peribadi bukanlah satu jenayah.

"Ini antara tunjang pemikiran Islam liberal yang kita lihat di negara umat Islam dan telah tersebar di Indonesia dan Pakistan," tegasnya.

Beliau melihat itu adalah fahaman musuh-musuh Islam sebab itu negara Indonesia gerakan itu ditaja oleh NGO Barat seperti Asia Foundation Corand dan di Indonesia menggunakan televisyen swasta termasuk majalah dan akhbar untuk mempromosikan fahaman Islam liberal.

Lajnah Dakwah dan Pembelaan Pemuda PAS Pusat menyeru kepada NGO Islam dan NGO yang memperjuangkan pemerkasaan Melayu untuk tampil membantah bersama-sama.

Katanya, jika mereka boleh berarak di jalan raya dalam isu mempertahankan Kesultanan Melayu konon ada pendurhakaan di Perak kenapa dalam isu Islam mereka tidak boleh membantah.

"Saya cabar mereka untuk tampil menentang program mempromosikan Islam liberal kerana ini juga merupakan agenda untuk meruntuhkan jati diri orang Melayu," tegasnya.

Beliau turut menyelar sikap Umno yang dengan sengaja membiarkan fahaman itu menular dalam masyarakat.

"Saya berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi mengambil tindakan dan perlu melihat bahawa Islam liberal sebagai sebahagian ajaran sesat di negara ini dan seluruh dunia," tegasnya.

08 February, 2009

Hak rakyat dicabul

STAND UP

assalamualaikum dan salam sejahtera. saya tertarik dgn sebuah lagu sewaktu hadir ke malam SAVE GAZA di stadium sekysen 15 bangi semalam. dah lama tercari-cari siapa tuan punya suara yg mengalunkan lagu tersebut.rupa-rupanya MU'ADZ. SO enjoy dan hayati la kalau anda juga berminat.


07 February, 2009

SURAT TUAN GURU HJ NIK ABD AZIZ NIK MAT KEPADA RAJA-RAJA


RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.

Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009


sumber-peghelih la

06 February, 2009

politik hina atau hinanya pelaku politik





"politik kotor Umno/BN semakin menjadi hina." ini antara intipati2 maklumat yang diadpati daripada sumber2 akhbar dan sebagainya..tak dpt dinafikan ia sudah berlaku, sedang berlaku dan terus berlaku. Demi mengukuhkan hegemoni yang sudah terhakis, pelaku-pelaku politik umno semakin terdesak sehingga menggunakan jalan yang tak diretui oleh rakyat bagi merampas kuasa.

politik hina atau hinanya pengamal politik. Ini adalah dua perkara yang berbeza. bagi pendapat saya politik tidak hina sekiranya mengikut landasan yang benar dan lurus. tetapi politik menjadi hina apabila hinanya pengamal politik. sebab itu rosaklah sistem,hancurlah maruah, lingkupalah masyarakat.

Apa yang beraku kepada kerajaan pakatan rakyat negeri Perak mendapat perhatian yang meluas sekarang. secara tidak langsung saya juga mengikutinya. Hina, Hina, Hina , itulah perkataan yang keluar dari mulut seorang penganalisis politik Dr Agus Yusoff sewaktu saya berjumpa membincang perihal latihan ilmiah saya yang masih belum selesai. Rasanya lebih daripada tiga kali perkataan hina keluar dari mulut beliau. walaupun kekangan waktu agak terhad namun saya cuba untuk bertanyakan pandangan beliau."tak perlu hairan, tapi saya pun bingung bila memikirkan suasana politik sekarang."itulah antara luahan darinya.

"Soal maruah, moral, jauh sekali akhlak tidak akan sama sekali dititikberatkan bg pengamal politik yang KOTOR. Apa saja sanggup dilakukan bg mendapatkan dan mengukuhkan kuasa..pandangan rakyat tidak di hormati jauh sekali diambik peduli.
keputusan yang di ambil oleh sultan Perak atas pertimbangan nyata mengecewakan sebhagian rakyat. kenapa tidak di bubarkan Dun,tidak semestinya jika diadakan pilihan raya semula pakatan rakyat boleh menang.tapi persaingan boleh berlaku. Itulah demokrasi. dan boleh memuaskan hati kesemua pihak.

Sumber malaysia kini menyatakan-DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM
Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan."

suasana politik akan sentiasa berubah, ada yang dapat diramalkan dan ada yang muncul dengan mengejudkan,tapi yang menerimanya rakyat..adakah malaysia menujuku ke arah politi baru yang lebih demokrasi atau mengundur ke arah keterbalikan demokrasi...

05 February, 2009

wacana mahasiswa

02 February, 2009

cahaya ilmu


Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini

28 January, 2009

Wasiat kedua iman Hasan Al banna




"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.
Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.

[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.
Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.
Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.
Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.
Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.
Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.
Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.
Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.
Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.
Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan

Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.
Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.
Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.
Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita.

SUMBER: (HARAKAH)