19 November, 2008

Mana Pak Guard



Kes jenayah menjadi-jadi,UKM digesa tingkatkan keselamatan
Intan Abdullah
Wed | Nov 19, 08 | 7:56:57 am MYT


KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Kejadian kes kecurian semakin menjadi-jadi di dalam kampus. Terbaru, Harakahdaily dimaklumkan ianya berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi



Kejadian tersebut dilaporkan akhbar Kosmo! yang menyiarkan berita mengenai kehilangan komputer riba milik seorang pelajar selepas biliknya di Kolej Keris Mas dipecah masuk semasa beliau sedang berada di bilik air.

Sebelum ini, banyak kes jenayah yang dilaporkan berlaku di kampus berkenaan termasuklah rogol, orang minyak, kecurian motorsikal dan yang terbaru, kecurian komputer riba.


kolej keris mas




Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily menyifatkan kejadian jenayah lebih kepada kawalan keselamatan yang longgar di samping ciri fizikal kolej kediaman yang memudahkan penjenayah sama ada orang luar atau mahasiswa sendiri, untuk melakukan jenayah tersebut.

Menurut Setiausaha Kerja GMUKM, Hishamuddin Abdullah, isu keselamatan harta dan diri mahasiswa perlu ditangani segera memandangkan mahasiswa kini sedang bergelut dengan musim peperiksaan akhir semester.

Jelasnya, GMUKM menuntut pengembalian semula komputer riba milik seorang mahasiswa yang dirampas pada 4 Mac lalu telah berjaya walaupun diugut dan dipermainkan oleh pihak pentadbiran universiti iaitu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni sendiri.

Katanya, kes yang sama juga sudah banyak kes ini dilaporkan tetapi tiada tindakan penyelesaian diambil oleh pihak berkuasa.

GMUKM katanya, mencadangkan agar kawalan keselamatan dipertingkatkan lagi dan satu pos polis bergerak perlu diwujudkan di kampus bagi membantu pengawasan terhadap penjenayah di samping dapat memberi latihan secara tidak formal kepada kadet SUKSIS yang bersifat ala polis.

"Sepatutnya isu keselamatan mahasiswa perlu menjadi fokus utama pihak keselamatan dan bukannya isu gerakan mahasiswa kerana ia melibatkan tanggungjawab manakala persatuan mahasiswa yang dipegang oleh pihak Aspirasi sekarang ini perlu mengambil inisiatif dengan memberikan pendidikan pencegahan jenayah kepada mahasiswa�, ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Mahasiswa UKM.

"Kanun Jenayah kita telah memberi hukuman tegas ke atas jenayah curi ini tetapi malangnya, kerana ketiadaan kesedaran moral dan undang-undang, perlakuan ini dianggap biasa dan pejenayah ini lebih berani untuk mencuri hatta di siang hari,"katanya lagi.

Tambahnya lagi, kebajikan mahasiswa yang menjadi mangsa perlu dijaga oleh pihak berautoriti dalam bentuk pampasan mahupun kaunseling agar mereka terus bersemangat untuk belajar di kampus ini.

"Kesan daripada senario ini adalah pelajar siswi mengambil langkah menyewa rumah di luar kampus yang mana tindakan tersebut hakikatnya lebih merbahaya dan berisiko tinggi. "Apa yang perlu diperbetulkan di sini ialah sistem penyampaian aduan kolej yang tidak berkesan dan korupsi, bukannya mengambil langkah drastik keluar dari kolej dan menyewa di luar kampus,"tegasnya.


"kadang-kadang hati ini berasa sedih dengan pihak keselamatan ukm yang menjadi pak turut kepada pihak-pihak tertentu. mereka lebih cepat,tangkas dan berani untuk menBANTERAS gerakan mahasiswa yang menganjurkan aktiviti yang boleh membina pemikiran dan sahsiah pelajar. Tetapi mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan pelajar ukm, bahkan menganggap siswa yang tidak sehaluan dengan pihak pentadbiran sebagai MUSUH. Alahia PAK GUARD UKM, APA SUDAH JADI....Jangan jadi alat kepada pihak yang mengamalkan sentimen politik jumud dan pemikiran yang sempit..."

17 November, 2008

ISTIDRAJ






Apakah dia istidraj itu?


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."

(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja... Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.

Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.

Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayan giny a. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beri bada tpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.





Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.





Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.

Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beri bada t, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.

Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.

Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

16 November, 2008

10 manusia kejam






Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:


1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan
untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak
membaca seratus ayat.

3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua
rakaat.

4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi
salam dan mendoakan ahli kubur.

5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian
tidak sembahyang jemaah.

6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim,
tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing
tidak menanyakan nama kawannya itu.

8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu
dan kesopanan.

10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya
lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

15 November, 2008

siapa lagi Taff??





Saja hendak berkongsi satu cerita yang selalu terjadi dalam sebuah keluarga di sebuah kampung. Terdapat tiga adik beradik lelaki. kesemuanya dimasukkan ke asrama sejak kecil. hanya berjumpa ketika hujung minggu dan cuti sekolah yang panjang. waktu yang terluang itulah selalunya dihabiskan untuk bersama(bertumbuk,bergaduh,menangis dan ketawa).

Masing-masing aktif dalam bersukan dan bergiat secara serius dalam acara sukan yang diceburi kecuali si abangn (si A) . Mereka mempunyai adik bongsu perempuan yang amat dimanjakan, tetapi selalu juga adik bongsu ni menjadi mangsa dibelasah kerana suka mencelah tidak kena pada tempat..

kedua adik lelaki si A mempunyai hobi yang sama iaitu suka lawan membina badan dan bertanding sesama mereka.. dan si adik bongsu itulah yang akan menjadi hakim yang arif lagi adil bagi menentukan siapa jaguh bina badan dunia no 1. suatu pagi hujung minggu yang tenang, dengan air sungai yang semakin pasang, kedua-dua adik lelaki si A mula menjalankan aktiviti mereka (mengangkat besi dan batu2 besar) bagi membentuk badan. si A memerhati dari atas rumah sambil berkata dalam hati(tak boleh jadi ni, aku saja yang dok kalah).

Maka dipanggil Hakim yang bakal mengadili pertanding sebentar saja lagi untuk dibuat konspirasi. setelah puas, adik lelaki si A menbina badan maka dipanggil sang Hakim. maka berkata lah mereka " cepat Matun, bagitau sapa yang lagi Taff", tiba-tiba datang si A dan berkata "aku pun nak lawan sama, ingat badan aku tak Taff ka?". maka tergelaklah kedua adik si A dengan kuat..


(sekadar gambar hiasan)



si A berkata kita tengok dulu sapa nak menang"dengan senyuman yang sinis". ok Matun habaq sapa lagi taff.? maka ketiga mereka pun mengayakan badan masing-masing dengan pelbagai formation. berkerut dahi si hakim bagi menentukan pemenangnya..hemmm dengan yakinnya si hakim membuat keputusan dengan mengatakan Abang A lagi Taff. Maka apa lagi mengamuklah dua adik lelaki Si A. "hang bohong Na".

cepat tangkap dia(Matun) arah abangnya yang tengah kepada adik lelakinya. sesungguhnya adik bongsunya lagi bijak daripada kedua abangnya tadi, dengan tidak membuang masa dia mendapatkan suhaka politik dari kuasa besar iaitu ayahnya. maka dengan itu terselamatlah dia seperti biasa dari dibelasah oleh abang-abangnya..

hampa ni tak dok keja lain ka"tengking ayah mereka", tanpa membuang masa larilah ketiga-tiga mereka bertebaran ke luar rumah menyelamatkan diri sebelum apa-apa yang tidak di jangka berlaku..jom2 kita mandi sungai"si A memberi cadangan" jom, disahut serentak oleh kedua adik lelakinya. sebelum lari adik bongsu berkata kepada si A dari jauh "jangan lupa petang ni belanja aku makan ais kacang"

maka pecahlah tembelangnya dihadapan dkedua adik lelakinya. maka berkata lah salah seorang daripada adik lelakinya "aku tau dah. tak guna betul hang ni". dengan muka selamba dan tersengeh-sengeh si A mengajak mereka terus bergerak ke port mandi yang menjadi kebiasaan..






Sengaja saya bawakan kisah ini kerana ada beberapa aspek yang boleh dianalisi dari sudut politi:

Permainan politik berlaku dimana-mana. ia bermula dari sebuah institusi yang kecil iaitu keluarga kemudian akan menyerap masuk ke dalam masyarakat. proses sosialisasi politik ini berlaku di mana-mana sahaja. persekitaran dan budaya akan membentuk bagaimana seseorang itu bertindak dan melibatkan diri dalam aktiviti politik. konsep penaung-dinaung(patron-client)selalu berlaku di negara sedang membangun termasuk malaysia. oleh sebab itu budaya politik penaung -dinaung yang telam lama terpahat dalam budaya politik negara sedang membangun sukar dbuang atau dielakkan. orang yang dinaung memberikan ketaatan sosial dan politik kepada orang menaungnya. hubungan yang terbentuk bersifat timbal balik di mana kedua-belah pihak mendapat habuan masing-masing. seperti mana si A telah membuat konspirasi dengan adik bongsunya bagi memenangkannya, maka adiknya mendapat habuan AIS KACANG. Begitu juga dalam suasan politik dunia membangun pengikut yang mengundi dan memberi ketaatan kepada individu atau parti tertentu mendapat habuan sama ada dalam bentuk kontrak-kontrak besar dan sebagainya.

Perkara yang sama berlaku dalam dunia politik yang sebenar. parti-parti politik yang berasakan kaum dan etnik amat menuntut ketaatan politik dan sosial terhadap kaum etnik masing-masing. sebagai contoh digambarkan hanya parti tertentu sahaja yang akan dapat membela nasib dan menyelamatkan sesuatu kelompok etnik dari menjadi mangsa kaum yang lain. Maka Bentuk sistem politik demokrasi yang diamalkan adalah bersifat KOSMETIK sahaja. Tidak berlaku pengagihan kuasa secara saksama dan mengikut kehendak rakyat. Semuanya telah dirancang,yang memerintah memonopoli kesemua sumber ekonomi dan sistem undang-undang. Maka berlakulah persaingan yang tidak sihat dan tidak adil dikalangan parti-parti politik lain yang bertanding. Ciri-ciri demokrasi wujud seperti pilihan raya, perlembagaan, parti-parti pembangkang dan sebagainya lagi, namun sejauh mana proses demokrasi itu dijalankan akan menentukan sejauh mana tahap ketinggian pengamalan sistem demokrasi tersebut. wujud media,tapi media yang tidak bebas dan DICO-OPTED oleh pemerintah. jadi apa gunanya..

semi-demokrasi dan demokrasi-autoritarian antara istilah yang diberikan oleh kebanyakkan pengkaji sains politik kepada dunia ketiga atau kini negara-negara membangun. Budaya dan pemahaman yang berbeza mengenai sistem demokrasi yang diamalkan di Barat menyebabkan negara membangun seperti malaysia, Indonesia,Thailand dan negara Afrika melaksanakan sistem pemerintah demokrasi mengikut acuan masing-masing. Penumpuan lebih diberikan kepada bagaimana hendak mengukuhkan kedudukan dan memastikan sistem ekonomi berkembang. Berbeza di barat, pengamalan sistem demokrasi adalah bagaimana hendak memperkasakan penyertaan individu dalam proses politik. keaktifan masyarakat sivil dihormati dan diberi kebebasan tanpa sekatan untuk terlibat membantu pihak pemerintah membuat dasar-dasar untuk kepentingan rakyar.
Hak dan peranan rakyat dihormati oleh pihak pemerintah kerana mereka faham punca kuasa yang ada datang dari setiap individu atau rakyat terbanyak.

Namun tidak ada negara di dunia termasuk barat boleh mendabit dada dengan mengatakan mereka lah yang paling unggul dalam melaksanakan sistem politik demokrasi(AKU YANG PALING TAFF). Perbezaan budaya, pemahaman, persekitaran menyaksikan corak pemerintah demokrasi yang diamalkn adalah selaras dengan kehendak massa yang ada dalam sesebuah negara. Legtimasi dan keabsahan yang diperolehi daripada rakyat adalah penting tidak mengira apa sistem pemerintahan yang diamalkan. Demokrasi mungkin sesuai bagi sesetengah negara, tetapi bagi sesetengah negara sistem tersebut tidak sesuai diamalkan.

Dalam konteks pemerintah sekarang, Good Governance adalah yang paling utama bagi memastikan pemerintah menjalankan tanggungjawab secara amanah, telus ,jujur dan samarata kepada rakyat. Sistem politik Islam boleh diamalkan dalam mana-mana sistem pemerintahan asalkan yang paling utama didasarkan kepada Al Quran. Pencipta dunia ini menbekalkan akal fikiran bagi manusia memikirkan bagaimana untuk melaksanakan sistem pemerintah mengikut yang telah digariskan dalam Al Quran. Namun bilamana manusia hanya menggunakan akal fikirannya yang terbatas tanpa ada panduan Al Quran maka wujudlah pelbagai kerosakan sistem yang diamalkan. sekiranya mengamakan sistem demokrasi, wujud demokrasi yang pincang, sekirannya mengamalkan sistem sosialis, wujud sosialis yang korap. Pada hakikatnya setiap sistem yang dicipta adalah untuk kebaikan umum, namun apabila yang memerintah itu tidak ada iman,akhlak dan pengabdian diri kepada Allah(s.w.t) maka wujudlah rasuah,korap,pecah amanah,tidak telus dan menjerumuskan keseluruhan manusia yang berada dalam sistem itu menuju kepada kemurkaan Allah(s.w.t).

13 November, 2008

Transparent



KETELUSAN HANYA LAHIR DARI HATI YANG BERSIH..

31 October, 2008

pagi yang tenang





salam exam...

Hari demi hari yang berlalu menyaksikan kita semakin hampir menuju kepadaNYA. umur yang bertambanh setiap saat, setiap, minit, setiap jam, sebenarnya telah mengurangkan masa kita sedikt demi sedikit di dunia ini. Tanpa kita sedari adakah telah cukup persiapan dan bekalan yang hendak dibawa bertemu denganNYA, sedangkan kita kini berdepan dengan kebungkaman akhir zaman dan fitnah dunia yang dahsyat..

Pagi yang indah, sambil menyaksikan ketenangan air tasik kejut walau pun coklat, peluang yang datang tidak akan berulang lagi. apa yang dinikmati hari ini tidak akan sama dengan apa yang akan kita nikmati pada hari esok walupun kita berada di tempat yang sama..







Mengenal diri


sebagai seorang insan terutamannya yang beragama islam kita perlu tahu siapa diri kita yang sebenarnya. kita di wujudkan dalam dua situasi, yang pertama sebagai Juara, kerana daripada berjuta sperma, hanya kita yang berjaya meloloskan diri untuk lahir di muka bumi ini. dan yang kedua kita sebagai insan yang hina. Allah(S.W.t) cipta kita dari sejenis air Mani yang hina, tapi dimuliakan kita dengan Akal fikiran dan dibimbing dengan wahyuNYA. Jadi sebagai seorang Juara kita perlu ada keyakinan terhadap keupayaan yang telah dikurniakan oleh Allah(s.w.t), namun tidak sama sekali kita boleh berlagak sombong dan takarbur. sebab itu kita perlu dan sentiasa mengenal akan asal usul kejadian kita agar kita mensyukuri setiap nikmat yang dikuniakan. Sifat rendah diri, hormat menghormati,berlapang dada dan berfikir menggunakan world view islam adalah antara cara terbaik untuk kita mendekatkan diri denganNYA.

Matlamat hidup

sebagai khalifah kita akan dipertanggungjawabkan terhadap setiap amal perbuatan kita. Apabila diamanahkan title khalifah, kita juga bertanggungjawab terhadap bumi ini. adakah kita akan melihat sahaja bumi ini dirosakkan oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab..??disinilah peranan kita melaui kemampuan yang ada kita perlu jalankan.

Dalam konteks mahasiswa kita perlu jelas akan matlamat hidup. harus diniatkan apa sahaja jalan yang kita pilih mestilah kerana Allah(s.w.t). Apakah faktor utama kita ke universiti-keluarga, kawan atau tiada pilihan lain. maka disini perlu jelas. yang paling utama mestilah diniatkan mencari ilmu kerana Allah(s.w.t) bukan kerana manusia atau pun dunia yang sementara ini..Maka terbayanglah di fikiran mengapa saya sampai ke sini..dah tahun tiga, final year pun....

berbeza pendapat tidak bererti bermusuh

Percanggahan pendapat, ideologi dan tafsiran adalah perkara yang biasa dan lumrah dalam kehidupan. sikap tolenrasi sepatutnya di hayati dan diamalkan. menerima pandangan orang lain dan berlapang dada sekiranya tidak sehaluan dengan kita. Dengan itu barulah sesuatu individu dan masyarakat dapat berkembang ke arah yang lebih baik dan sempurnya. namun apabila diperhatikan dalam negara kita,ISA contohnya adalah sesuatu yang tidak menggambarkan sikap tolenrasi pihak kerajaan. orang yang tidak sehaluan dan sama ideologi tidak dihormati, bahkan dianggap musuh kerana kononnya boleh mengancam keselamatan negara..apakah masih Releven akta keselamatan yang menghakis hak individu diamalkan dalam konteks dunia yang semakin global dan kompleks..masih banyak mekanisme lain yang boleh diguna pakai sekirannya pihak kerajaan hendak sangat mengekalkan status quonya, bukannya dengan menyekat kebebasan individu tanpa perbicaraan.. Bertolenrasi adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam dan amat digalakan. menerima pandangan orang lain walau pun tak sehaluan dengan kita, berlapang dada, dan saling nasihat menasihati amat penting bagi sesebuah negara yang majmuk sifatnya. sebab itu Islam telah mengajurkan cara untuk hidup bernegara dan bermasyarakat yang selari dengan fitrah manusia mengikut Al quran dan Hadis.


sekadar gambar hiasan"sory epul n zarip"


kehancuran sistem manusia

Hakikat telah menunjukkan bagaimana manusia zaman sekarang yang telah diserapi dengan ideologi dan dokrin barat seperti Komunisme yang telah ranap, dan kini Kapitalisme sedang menuju ke arah yang sama. perbeza ideologi menyebabkan mereka berperang. Masing-masing mendakwa sistem mereka terbaik dan dapat mencapai "Good life" dan kebajikan Am. Namun,apabila manusia tidak mengambil apa yang diperturunkan OlehNYA maka, sejauhmana pun sistem itu dicipta dan berkembang, pada hakikatnya ia menuju kepada kehancuran dan diheret bersama di dalamnya manusia-manusia yang lalai dan rugi akibat perbuatan mereka sendiri. .

30 October, 2008

bila langit mendung





entry kali ini saya tak tulis sendiri, tapi dapat melalui email dan ubah sikit-sikit. hati terasa nak berkongsi apa yang bermanfaat bolehlah diambil iktibar. kebetulan sebelum ini saya ada ambil beberapa gambar langit di ukm yang mendung sebelum hujan turun dengan lebat membasahi bumi..



Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau
Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan !



Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)



Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?



"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)




Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)




Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

22 October, 2008

tahniah pro M upsi




Pilihan raya kampus upsi telah menyaksikan suatu perubahan politik semasa apabila pro mahasiswa kembali memberi saingan dan tekanan kepada Aspirasi. keputusan rasmi yang diperoleh dari sumber mahasiswa upsi menyatakan Pro Mahasiswa 8, Aspirasi 13.Antara kawasan yang dimenangi oleh calon Pro Mahasiswa ialah kerusi Umum sebanyak 3 kerusi, Fakulti Sains dan Teknologi, FSSK, FSKPM, dan FSM. Saya mengucapkan tahniah dan Syabas kepada Pro M UPSI kerana berjaya mengurangkan majority 2/3 Aspirasi daripada menawan kampus perguruan itu.Iaitu satu pencapaian bersejarah walaupun seperti pilihan raya yang sebelum ini pihak HEP memberi tekanan yang hebat kepada Pro M.


STUDENT POWER..inilah selogan KERAMAT yang harus dihayati oleh setiap individu YANG bergelar mahasiswa.. mereka sepatutnya tahu akan tanggungjawab dan peranan masing-masing bukannya bersikap pasif dan berdiam diri..setiap oarang harus menyemak kembali lipatan sejarah bagaimana golongan mahasiswa di negara jiran menjadi pemangkin kepada masyarakat, berada di barisan hadapan menentang ketidakadilan, kezaliman, dan diskriminasi yang berlaku dalam sesebuah negara. Hal ini kerana, mahasiswa adalah golongan yang berilmu dan dipandang tinggi oleh masyarakat. sedar akan tanggungjawab adalah perkara penting, bukan sekadar belajar, sebaliknya ilmu yang dipelajari harus dipraktikan dan disumbangkan kepada masyarakat dan negara.
siapa kata datang ke universiti hanya untuk belajar semata-mata.(fikirlah sendiri apa yg boleh anda lakukan lagi)Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Gunakanlah peluang yang masih dikurniakan oleh Allah(s.w.t) untuk menyatakan yang hak dan dan menentang kebatilan. Adakah masih ada esok untuk kita..??hanya Allah (s.w.t) yang lebih mengetahui...

18 October, 2008

HIMPUNAN MAHASISWA





HIMPUNAN MAHASISWA MENUNTUT PILIHAN RAYA KAMPUS YANG BERSIH SERTA PENYERAHAN MEMOREDOM KEPADA MENTERI PENGAJIAN TINGGI SEMPENA KARNIVAR KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN DI UKM


Tarikh 17 oktober 2008 akan termaktub dalam sejarah ukm kerana mahasiswa dari seluruh ipta/s di Malaysia turun menyertai himpunan secara aman bagi menyatakan ketidakpuashatian terhadap perjalanan pilihan raya kampus yang sebelum ini yang telah dicemari dengan ketidakcekapan, penipuan, diskriminasi, ugutan, penindasan dan bermacam-macam lagi terhadap golongan pelajar yang PROMAHASISWA.

Ribuan pelajar yang menghadiri karnivar kerjaya menjadi saksi kepada sikap pihak pegawai keselamatan, dan pihak kementerian Penggajian Tinggi bagi menghadapi situasi yang berlaku lebih kurang sejam lebih itu bermula jam 4 petang dan berakhir secara aman dipenghujungnya. Kata-kata dan tindakan berbaur ancaman, dan ugutan dilemparkan kepada golongan mahasiswa yang mengadakan himpunan tersebut oleh pihak-pihak tertentu.





Apa salahnya berdemontrasi secara aman. Tiadak ada vandalisme, tidak ada dewan yang terbakar atau dimusnahkan tidak ada yang cedera, sebaliknya hanya luahan rasa, dan penyerahan memorendom yang cuba disampaikan secara langsung kepada Menteri Pengajian Tinggi agar mengambil serius hal ini. Berdemontrasi adalah salah satu ciri penting yang memaparkan tahap pengamalan demokrasi dalam sesebuah negara yang demokratik seperti Malaysia. Semakin terbuka luas peluang bersuara rakyat menyatakan pandangan, semakin tinggi tahap demokrasi yang diamalkan. Ada pandangan yang sempit mengatakan demontrasi atau himpunan adalah salah, bukan budaya kita. Itulah pemikiran yang membelenggu masyarakat kini terutamanya mahasiswa yang lena dan leka dek diperangkap keselesaan sehingga tidak sedar yang HAKnya telah dicabul oleh golongan-golongan tertentu. Berdemontrasi ada caranya, boleh dilakukan secara aman. Pihak pentadbiran tidak perlu takut sekiranya mereka membiarkan para pelajar bersaing di atas padang yang sama rata.

Walaupun terdapat unsur-unsur provokasi oleh pihak-pihak tertentu, tapi memorendom berjaya disampaikan oleh waki-wakil PROMAHASISWA kepada Menteri Penggajian Tinggi. Dinyatakan oleh speker di dalam perhimpunan tersebut yang dato' Seri Khaled Nordin akan menyemak memorendom tersebut dan memberi maklum balas secepat mungkin. Di harapkan beliau mengotakan janji dan memberi penekanan yang serius terhadap tuntutan mahasiswa bukannya bersikaf sambil lewa dan lepas tangan seperti sebelum ini.








Kedengaran suara-suara sumbang yang mengatakan ( dekat sini pun nak buat kacaw), apabila terdengar perkara sedemikian saya teringat akan kisah seorang filasuf tua di kota Athens, yunani pada abad ke-4 yang dijatuhi hukuman mati oleh hakim kerana tidak mengaku Dewa Olyampus sebagai tuhannya. orang tu itu juga dianggap sebagai perosak pemikiran rakyat terutamanya pemuda. Orang tua tersebut ialah Socrates. Sebelum dia dijatuhi hukuman mati dengan cara meminum racun, filasuf tua itu berkata kepada hakim dan pengikutnya- Yang Arif Tuan Hakim, aku hanyalah spesis lalat pengganggu yang diberikan kepada negara oleh tuhan.

Berkata beliau selanjutnya bahawa bukankah negara memerlukan seekor lalat seperti itu? Kerana negara ibarat seekor sapi besar yang lembab pergerakkannya disebabkan saiznya yang besar. Oleh itu, penternak memerlukan pengganggu agar pergerakkan sapi itu tidak statik. Sayangnya sang hakim tidak peduli dengan hujah itu dan Socrates dihukum mati..

Berdasarkan kisah itu, masyarakat dan negara, termasuk juga setiap keluarga memerlukan individu seperti disebut Socrates, sebagai lalat pengganggu yang kerjanya menggeletek dan terus menggeletek agar masyarakat itu cerdas dan bijak. Begitu juga dalam konteks dunia mahasiswa, perlunya wujut individu-individu sedemikian agar mahsisiswa tidak dilebalkan sebagai lesu dan tidak bermaya serta tidak berperanan dalam masyarakat. Bayangkanlah sesebuah masyarakat atau negara atau organisasi yang tidak mempunyai orang seperti Socrates pasti akan berada dalam kondisi yang lemah, beku, tampak tidak cergas dan sukar berdaya maju. Namun pada hakikatnya itulah yang berlaku dalam masyarakat kita. Ibarat air sungai, jika dibiarkan bertakung, lama-lama akan busuk. Sungai yang baik ialah sungai yang airnya sentiasa mengalir.

Dalam Islam tugas itu disebut: amar maaruf wa nahi mungkar. Melarang orang berbuat mungkar dan mengajak berbuat maaruf. Melarang bererti menegur, mengkritik kejelekan individu, kelompok, tidak berkecuali sama ada terhadap raja, pemerintah,atau pentadbiran universiti.

Berdasarkan peristiwa yang telah berlaku, anda sebagai seorang pemerhati perlu wujudkan persoalan kenapa perkara ini berlaku?mengapa kumpulan ini berani berhadapan dengan risiko hanya semata-mata hendak mendapatkan hak dan suara mereka? Jawapan yang berada dibenak fikiran masing-masing mestilah berbeza. Untuk menganalisis perkara ini, konflik kelas yang di perkenalkan oleh Karl Mark boleh diambil sebagai pendekatan. Antara ciri utama teori ini adalah wujud dua golongan yang menindas dan yang ditindas. Dalam situasi ini, terdapat dua golongan iaitu golongan mahasiswa yang menganggap telah ditindas dan diskriminasikan. Manakala pihak pentadbiran universiti dan KPT adalah kelas yang menindas melalui peraturan, dasar dan tindakan terutamanya dalam pilihan raya kampus. Inilah antara sebab mengapa perkara ini berlaku. Apabila wujud perkara ini, maka kelas yang ditindas secara automatiknya akan wujud kesedaran kelas dalam diri setiap individu tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Bangkit memperjuangkan dan mendapatkan hak mereka. Golongan PROMAHASIWA bergerak atas kepentingan bersama untuk memperjuangkan nasib mereka.

Namun perjuangkan mereka bukanlah melalui pendekatan Radikal(Revolusi) seperti yang disarankan oleh Karl Mark dalam Komunis Manifesto. Sebaliknya secara aman dan demokratik, berhimpun secara aman untuk menyuarakan pandangan, ketidakpuashatian dan kritikan. Pihak berwajib seharusnya melihat ini sebagai suatu yang positif ke arah pembentukan generasi yang berdaya saing dan produktif melalui partipitasi mereka dalam aktiviti seperti ini. Alangkah ruginya para pelajar yang bersikap APATI sahaja apabila menyedari hakikat keadaan yang berlaku. Mereka terus lesu dan dibelenggu dengan dokrin menurut arahan sahaja oleh golongan tertentu menyaksikan pemikiran mereka tidak berkembang, sebaliknya dijadikan alat oleh pihak atasan untuk mengekalkan status quo.






As-Syahid Sayyid Quthb menulis sebuah syair dari balik jeruji penjara dengan judul Akhi. Syair ini menggambarkan keimanan yang teguh dalam dada dan gelora perjuangan dakwahnya yang tak kunjung padam. Semoga kita dikurniakan kekuatan seperti ini INSY’ALLAH.


Saudaraku, engkau merdeka meskipun berada di balik geruji penjara
Saudaraku, engkau merdeka meski pun ditangkap dan dibelenggu
Bila engkau berpegang teguh kepada Allah
Maka tipu daya musuh tidak membahayakanmu
Wahai saudaraku, pasukan kegelapan akan binasa
Dan fajar baru akan menyingsing di alam semesta
Lepaskan kerinduan jiwamu
Engkau akan melihat fajar dari jauh telah menyinar
Saudaraku, engkau jangan jemu berjuang
Engkau lemparkan senjata dari kedua pundakmu
Siapakah yang akan mengubati luka-luka korban
Dan meninggikan kembali panji-panji jihad.?

28 September, 2008

Pesanan untuk diri



Takkala ramadhan semakin meninggalkan kita, saya masih merasa kekurangan terhadap diri sepanjang bulan yang mulia ini dalam beribadah kepadaNYA..Harapnya bulan tarbiah ini dapat menjadikan diri kita terus istikhamah dalam melaksanakan ibadah kepadaNYA dan menjauhi segala laranganNYA apabila kita menuju keluar dari medan tarbiah ini...Semoga kita dipertemukan lagi olehNYA akan Bulan yang penuh Barakah ini di masa hadapan..Insyallah.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Buat semua sahabat seperjuangan dan semua yang mengenali diri yang lemah ini..Saya juga ingin mengambil kesempatan di hari yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini , terlebih dahulu untuk memohon maaf atas segala salah dan silap . Semoga ukhuwwah fillah dikalangan kita terus bersemi tanpa sebarang ruam yang hanya mencacatkan hubungan persahabatan antara kita.

Tiada dinafi , terlalu sukar mengawal emosi dan terlalu payah membendung rasa tetapi jauh lebih sukar dan payah untuk memutus hubungan persahabatan yang telah kita bina bersama dalam perjuangan ini. Mudah – mudahan seketika nanti , akan tiba detik kita kembali bertaut kasih tanpa curiga .

17 September, 2008

Salam Nuzul Al Quran

16 September, 2008

akhirnya





segala yang tersimpan di dalam hati ini telah ku luahkan. kepada Allah (s.w.t) yang Esa aku berserah agar di tunjuk jalan yang benar..

13 September, 2008

sebuah penantian








Takkala suasana politik yang semakin tegang dalam negara.saya tertanya-tanya adakah perubahan yang diwar-warkan itu akan berlaku. perkara ini telah lama menerjah ke benak fikiran..ramai orang yang masih dalam tanda tanya apakah ini adalah sesuatu yang akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.pihak yang memerintah sudah tentu tidak akan duduk diam untuk memerhatikan sahaja. sebab itu dalam masa yang terdekat ini mereka dah semakin gabra dan mula mengambil keputusan yang menimbulkan tanda tanya adakah wajar dibuat sedemian. yang paling terbaru adalah penggunaan ISA terhadap tiga individu yang dikatakan boleh mengancam keselamatan negara. Tiga orang iaitu masing-masing seorang penulis blog, wartawan dan ahli politik ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). perkara ini sentiasa berlaku kepada negara-negara sedang membangun. Demi mempertahankan pemerintahan walaupun tidak lagi mendapat keyakinan rakyat maka pihak pemerintah sanggup menggunakan kekerasan yang secara langsung mencemari nilai-nilai demokarasi.

kecelaruan yang menghantui BN semakin parah. Nahkodanya semakin terdesak bagi menyelamatkan kapalnya yang tidak lagi selamat untuk dinaiki. maka kelasi-kelasinya mengancam untuk berpindah kepada sebuah kapal titanic lain yang memberi harapan baru agar pelayaran sampai ke pada matlamatnya. lubang-lubang pada kapal tidak lagi dapat ditampung. semakin cuba dibaiki semakin luas lubang itu membesar. Hanya dua pilihan bagi penumpang dan kelasi kapal sama ada karam bersama ke dasar laut atau menyelamatkan diri dengan menaiki kapal baru. apabila wujud keadaan ini perkara-perkara yang berkaitan dengan moral tidak perlu diambil kira sama ada tindakan tersebut mengkianati nahkoda kapal tidak perlu difikirkan lagi, yang penting bagaimana hendak menyelamatkan diri kerana pada diri setiap kelasi dan penumpang kapal tersebut diletakkan harapan berjuta rakyat yang mengharapkan harapan baru.

namun secara dasarnya yang menentukan sama ada 16 september akan menjadi realiti ataupu tidak adalah sesuatu yang di luar kawalan manusia .Usahkan 16 sept , hanya esok sahaja , apakah yang bakal berlaku tidak siapa yang mengetahuinya. Kita mungkin boleh melabuhkan harapan itu dan ini . Tetapi apakah harapan itu benar - benar menjadi realiti ? ianya sangat bergantung kepada ketentuan Ilahi dan tiada siapa yang mampu merubah atau mahu membuat ketetapan selain dari apa yang yang telah ditetapkan oleh Allah di Luh Mahfuz.


Kerajaan ini boleh kekal dan boleh musnah dengan kehendak Allah swt. sebagaimana firman Allah swt :

قل اللهم مالك الملك تؤتى الملك من تشاء و تنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شئ قدير

Katakanlah : Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kerajaan , Engkau memberi kerajaan ( kuasa ) kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menyentap kerajaan itu dari siapa pula yang Engkau kehendaki , dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki , di dalam genggamanMu lah segala kebaikan . Sesungguhnya Engkau Tuhan yang sangat berkuasa di atas segala suatu .

Surah Aali Imran . Ayat : 26


sememangnya perubahan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan. hal ini kerana BN tidak lagi memberi harapan kepada rakyat bahkan menambah bebanan yang semakin hari semakin tidak terdaya untuk dipikul lagi oleh rakyat biasa. maka pakatan rakyat muncul untuk memberikan harapan baru untuk rakyat memperolehi hak yang sepatutnya dinikmati 50 tahun dahulu lagi..sama ada harapan itu dilaksanakan atau tidak, menjadi perkara yang kedua. sekirannya setelah berlaku perubahan tapi harapan tidak dilaksanakan maka rakyat harus menggunakan (power of the people) untuk merubah kerajaan yang baru..inilah nilai sistem demokrasi yang sepatutnya difahami oleh semua orang.(demokrasi adalah pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat untuk rakyat.bukanya untuk golongan elit tertentu..

"menanti perubahan untuk merubah keadaan"

10 September, 2008

Nasib Seorang Perantau






Ketika dalam perantauan, dia terlihat seorang wanita yang amat cantik. Untuk menarik dan mendapatkan perhatian wanita itu, pemuda itu bertekad untuk memenuhu apa jua kehendak. Apa jua yang diinginkan oleh wanita itu, pemuda itu tangkas mengisi keinginan.

Lalu berjayalah pemuda itu memikat wanita itu lantas bernikahlah kedua orang tersebut. Maka berhiburlah wanita itu dalam dakapan pemuda itu, berkubang dalam lumpur nafsu amarahnya. Namun pemuda itu tidak puas juga. Keinginannya untuk memenuhi setiap kehendak wanita itu yang kini isterinya tidak lentur malah semakin meningkat.

Hari berlalu menjadi minggu. Minggu ke bulan, bulan ke tahun hingga tidak sedar pemuda itu betapa usianya dimakan masa. Setelah sekian lama di perantauan, tersentaplah pemuda itu bila dia di panggil pulang. Maka pulanglah pemuda itu sebatang kara dengan tangan yang kosong seperti mana dia mula merantau begitu jugalah keadaanya bila pulang.

Sebatang kara dan tiada apa yang digendung buat bekalan apatah lagi buah tangan. Terpinga-pinga keseluruhan dirinya menggigil ketakutan sehingga tiada dapat berkata-kata dan air matanya bercurahan. Hanya lahir kesal yang amat sangat....

Begitulah keadaan kita yang pulang ke rahmat Allah(s.w.t) dengan tiada apa bekalan buat diri. Apa yang hendak dipersembahkan ke hadrat Ilahi?
Kebesaran Allah(s.w.t) tidak terjejas sedikit pun tanpa pemberian dari mahklukNYA. Hanya mahklukNYA yang rugi...

Rugi kerana perantau itu sibuk dengan kecantikan dunia. Keinginan dunia itu dipenuhi hingga lupa akan tujuan sebenar dia merantau. Taksub dia dengan dunia yang diibarat Allah(s.w.t) sebagaimana firmanNYA yang bermaksud,

”Dan ( ingatlah bahawa ) kehidupan dunia ini(meliputi segala kesenangan dan kemewahannya jika dinilai dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benar hidup; kalaulah mereka mengetahui( hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat ).”

Surah Al’ Ankabut (64)

09 September, 2008

manufacturing consent






Manufacturing consent adalah sebuah istilah yang di berikan oleh seorang sarjana Amerika tentang bagaimana minda golongan massa atau rakyat dibentuk supaya berbentuk ke arah satu aliran sahaja. Pemikiran yang di manufacturing juga berbentuk satu hala. Pemikiran sebegini sememangnya dikehendaki oleh golongan penguasa dan pemerintah yang ingin terus memerintah dengan menggula-gulakan rakyat. Perancangan yag rapi telah disusun sejak kanak-kanak di sekolah rendah dan juga tidak terlepas para pelajar di peringkat pengajian tinggi/universiti. Masyarakat secara tidak sedar dipaksa untuk menerima dan mengiakan ia sahaja apa yang diterimanya. Media-media utama tidak menyampaikan maklumat secara telus. Mereka cuba mengawal pemikiran rakyat menurut acuan pemerintah dan rakyat tidak boleh berfikir jauh dari kerangka yang telah dibentuk.

Sekolah dan universiti bagi pemerintah, memainkan peranan yang penting untuk mengembang keadaan seperti ini. Menekankan perlu wujud individu yang baik dalam sistem. BAIK dalam erti kata lain tidak terlibat dengan politik dan menentang kerajaan sekiranya tidak berpuas hati. BAIK di sini juga redo dan menerima segala penyelewengan dan kelemahan kerajaan tanpa banyak soal. Inilah yang telah dibentuk sejak sekian lama dalam masyarakat melayu bahkan ianya menjadi suatu budaya. Tekana-tekanan dibuat agar rakyat akur terhadap norma-norma yang telah dibentuk oleh pihak REJIM PEMERINTAH. Mereka tidak mahu rakyat mempersoalkan tentang kuasa pemerintah. Bagi MEREKA, kalaw hendak jadi jurutera jadilah yang BAIK. Jangan bertentangan dengan pihak pemerintah. Sebab itulah diwujudkan segala macam akta yang menyekat pergerakkan contohnya Auku. Menurut ketua program sains politik ukm Auku tidak releven dan patut di buang. Universiti bukannya tempat untuk MENTERNAK pelajar tapi tempat melahirkan para pelajar membina skill yang tinggi, bebas dari segala sekatan yang boleh membantutkan tahap pemikiran.

Sekirannya dahulu zaman negara yang mempunyai kekuatan tentera dianggap akan menguasai dunia tetapi di apabila masuk era millinium maklumat pula mula menjadi senjata. Sesiapa yang mempunyai maklumat akan mula menguasai pihak yang lain. Tetapi dalam ledakan maklumat yang semakin tidak dapat dibendung adakah maklumat yang kita terima itu dapat membantu meningkatkan tahap pemikiran atau sebaliknya.
Emanuel kant berkata bukan semua yang kita patut tahu. Ada sesuatu yang disembunyikan. Apa yang orang ramai patut tahu tidak dibenarkan tahu. Berita-berita yang selalu digambarkan di arus media massa membuatkan kita rasa seperti maklumat berada di hujung jari. Tapi sebenarnya banyak maklumat yang telah ditapis dan disorok dari kita.

Media arus perdana memainkan perana yang cukup penting dalam manufacturing concent. “newpaper editors are men who sperate the wheat from chaff, and then print the chaff.” Apa yang hendak digambarkan di sini adalah dalam konteks media Malaysia bagaimana editor-editor media boleh diibaratkan sebagai orang yang bertanggungjawab memisahkan gandum daripada kulit, kemudiannya mencetak kulit untuk tatapan umum. Persoalan yang timbul di sini ialah bukannya orang tidak tahu tetapi orang yang sepatutnya tahu tidak dibenarkan tahu. Berita-berita dimanipulasi oleh editor-editor tertentu. Namun bagi orang-orang tinggi tahap kesedarannya, mereka akan cuba mendapatkan maklumat alternatif. Maka editor-editor tersebut mendapat cabaran tentang maklumat yang disembunyikan.

Pembuatan dasar, proses kuasa dan banyak lagi disembunyikan. Masyarakat terbentuk kepada dua golongan sama ada masyarakat yang tidak ingin tahu ataupun masyarakat yang tidak dimaklumkan atau pun MEREKA tidak mahu masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku. Orang-orang berkuasa boleh memutar belitkan keadaan dan tidak mahu rakyat bersatu. Sebab itu sejak akhir-akhir ini isu perkaum, isu hak-hak orang melayu selalu dipertontonkan. Digambarkan seolah-olah kaum melayu teruk ditekan oleh kaum lain,seolah-olah hak orang melayu sedang terhakis,tetapi MEREKA tidak sedar siapa sebenarnya yang menghakis hak orang melayu. Semua ini dimainkan oleh media untuk memanucfacturing pemikiran rakyat.

Kerajaan melakukan segala-segalanya seperti digambarkan oleh media arus perdana adalah untuk kepentingan orang ramai. Tetapi sebenarnya ada benda yang tersembunyi. Kalau di Barat mereka mendabit dada mengatakan mereka BEBAS tetapi walaupun bebas, minda mereka telah dikawal oleh golongan pemerintah supaya tidak melebihi had yang ditetapkan. Walaubagaimana pun situasi di Negara maju dan Negara sedang membangun seperti malaysia adalah jauh berbeza. Kalau di Amerika debat secara terbuka adalah perkara biasa, tapi di Malaysia ia adala sesuatu yang luar biasa. Di sini lah wujud bagaimana budaya manufacturing concent telah dibentuk oleh pemerintah . Yang menentang adalah dikatakan atau cuba untuk keluar dari kepongpong dan tidak rasional, communis dan juga pengganas. Lama kelamaan kepatuhan terhadap apa yang diterima sudah menjadi budaya, tapi yang menentang menjadi asing.

Di Negara sedang membangun, media mencengkam dan menghegemoni pemikiran rakyat. Fakta ditulis tapi penghuraian terhadap fakta tidak jelas atau dengan kata lain tidak mahu orang ramai tahu kerana takut kelemahan terbongkar. Itulah yag selalu berlaku terutamanya apabila melaporkan keadaan pilihan raya. Pihak pembangkang digambarkan penuh dengan keburukan dan diselubungi 1 juta 1 kecacatan tapi yang berlakunya sebaliknya. Akibatnya hilanglah lima negeri. Tektik dan teknik yang sama masih lagi digunakan untuk pilihan raya permatang pauh dan perkara yang sama juga berlaku, BN KALAH.

21 August, 2008

lslam Liberal Acuan Barat

Memasung Islam

Mazhab Islam Liberal hadir sesungguhnya dengan maksud untuk memutarbalikkan kebenaran Islam, menabur keraguan untuk mendangkalkan keyakinan umat, dan berusaha untuk menjauhkan mereka. Bahkan, sampai batas tertentu, mazhab ini berusaha memurtadkan mereka untuk kemudian mendorong mereka agar memeluk keyakinan baru (demokrasi, sekularisme, sinkretisme, humanisme).


Demokrasi merupakan wacana paling dominan yang sekaligus melahirkan sejumlah pemikiran asas (derivation) seperti kebebasan berpendapat dan berfikir, persamaan kedudukan agama, kesetaraan jantina, pergaulan antara budaya dan peradaban, dan seterusnya. Membetulkan kerosakan idea demokrasi ini akan menjadi akar penyelesaian bagi persoalan-persolan lain. sebabnya, idea ini menjadi pintu masuk dan prasyarat berdirinya idea-idea asasnya. Kurzman sendiri mengungkap, “The first trope of liberal Islam holds that the shari`a requires democracy, and the second trope holds that the shari`a allows democracy.”

Demokrasi merupakan kata yang memiliki bayangan (connotation) istilah yang khas. Ia sengaja dipergunakan bagi gambaran untuk menyebut sistem pemerintahan tertentu, yang dibangunkan berdasarkan asas: rakyat merupakan sumber kekuasaan. Dengan itu, rakyat diberi hak untuk membuat undang-undang dan sistem sesuka dan semahu hatinya, tanpa memerhatikan pertimbangan lain. Demokrasi menegaskan bahawa rakyat mempunyai kedaulatan dalam segala aspek, antara lain memberikan hak kepada orang yang ditunjuknya sebagai wakil dalam masalah pemerintahan, baik lelaki mahupun wanita, Muslim mahupun non-Muslim; juga memberikan kebebasan dalam berakidah, berpendapat, kepemilikan, dan berperilaku. Inilah makna-makna dari istilah (term) demokrasi. Ketika kata demokrasi disebut, maka bayangan makna-makna itulah yang terkandung di dalamnya.

Makna-makna ini tentu sangat berbeza dan bertentangan secara diametral dengan hukum-hukum Islam. Bahkan, demokrasi itu sendiri merupakan idea mustahil (absurd) yang tidak pernah ada kenyataannya. Bukankah mustahil menuntut seluruh rakyat berkumpul di satu tempat secara terus-menerus untuk memberikan pendapat, pertimbangan dan usulan dalam berbagai urusan, kemudian mengambil suatu keputusan?

Plato sendiri menilai betapa mustahilnya idea ini. Pemerintahan demokrasi dianggap sebagai bentuk pemerintahan yang tak sempurna, penuh dengan keragaman dan kekacauan, yang secara alamiah akan menjadi tirani. Jika rakyat diizinkan untuk membuat keputusan secara kolektif, mereka pasti hanya akan membesar-besarkan kepentingan mereka sendiri.

Akibat politiknya, hal itu tidak lebih dari sekadar pembahagi terendah dari ketamakan individu dan keinginan untuk mendapatkan keamanan peribadi. Inilah fenomena yang terjadi dan dapat kita saksikan di seluruh negara yang menjalankan demokrasi.

Parti-parti berkuasa dalam sistem demokrasi telah menjadi “Tuhan” bagi rakyatnya. Mereka menentukan halal dan haramnya suatu perkara semahu mereka.

Padahal, Islam telah menetapkan bahawa pemutus halal-haram, baik-buruk, salah-benar, terpuji-tercela hanyalah Allah semata sebagai Musyari’. Kaum Muslim tidak dibenarkan berpendapat dan berperilaku liberal. Mereka justeru harus tunduk pada apa yang ditetapkan oleh syariat. Mereka tidak boleh menggantikan hukum-hukum hudûd dengan hukum lain berdasarkan pertimbangan akal; menggantikan sistem khilafah dengan sitem demokrasi atau kerajaan; meletakkan kekuasaan tertinggi negara ditangan seorang wanita, sekalipun ia Muslimah; dll.

Allah s.w.t. berfirman:

Tidaklah patut bagi laki-laki Mukmin dan tidak (pula) bagi wanita Mukmin, jika Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Siapa sahaja yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguh dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata. (QS al-Ahzab [33]: 36).

Rasulullah saw.juga bersabda, yang ertinya,

“Siapa sahaja yang menghuraikan al-Quran dengan akal fikirannya sendiri, meskipun benar, maka sesungguhnya dia telah berbuat kesalahan. (HR Ahmad).

Berbagai kesimpulan pemikiran mahupun hukum yang masuk dalam Mazhab Islam Liberal, jika dicermati, tidak cukup adil dalam melakukan approach atas teks-teks ayat Quran, Sunnah, serta pendapat-pendapat para imam mujtahid dan para ulama ushul fekah. Teks-teks Al Quran dan Sunnah, misalnya, diperlakukan selayaknya teks-teks lain yang dapat didekati dengan pendekatan hermeunetika. Sementara itu, pendapat para imam mujtahid terdahulu pun dikesankan seolah-olah sebagai tafsir belaka atas teks-teks syariat yang dipengaruhi oleh sosio-culturalnya.

Adakah wajar jika sejumlah kaedah baku yang telah establish dan disepakati para mujtahid acapkali didekonstruksi demi mengembangkan wacana pemikiran tertentu. Adakah wajar pula kemudian jika muncul logikal yang aneh. Misalnya, mengapa alur logikal “tidak dijumpai perintah: dirikanlah negara Islam” dalam Al Quran, tidak diberlakukan bagi demokrasi? Pernahkah kita menjumpai perintah “dirikan dan tegakkan demokrasi” dalam teks-teks agama (Islam)?

Intinya adalah: mengapa ketika berbicara tentang negara Islam kita dituntut untuk berfikir substantive dan “haram”, sementara ketika berbicara tentang demokrasi kita dipaksa untuk berfikir literalistik/tekstualistik? Padahal, jika kita menggunakan logik berfikir yang sama (baca:substantive), bukankah substansi demokrasi - yakni kedaulatan rakyat - kontradiktif dengan konsep Islam yang hanya mengenal kedaulatan Tuhan? Dengan logik berfikir yang sama pula, bukankah sistem Islam, sebagaimana sistem demokrasi, tidak akan pernah boleh ditegakkan kecuali di dalam sebuah institusi negara? Dengan kata lain, bukankah sistem Islam hanya dapat ditegakkan di dalam struktur negara Islam, sebagaimana sistem demokrasi hanya dapat ditegakkan di dalam struktur negara sekular?

Berkaca Pada Sejarah

Sebagaimana kita ketahui, legislasi hukum Islam (at-tasyrî’ al-Islami) telah berlangsung bersama di tengah-tengah Muslim sejak masa Rasulullah hingga Mustafa Kamal menghancurkan kekhilafahan Islam di Istanbul pada tahun 1924.

Dalam kurun yang amat panjang itu, tidak seorang terpelajarpun ada yang pernah mengatakan bahawa kaum Muslim pernah “meminjam” hukum-hukum lain untuk menutupi kekurangan - apalagi mengganti - hukum Islam. Para fuqaha Islam di masa lalu, selama berabad-abad lamanya, telah mampu meng-istinbâth (menggali) berbagai hukum Islam sebagai penyelesaian atas berbagai masalah melalui sumber-sumber hukum Islam. Sebaliknya, saat ini, di tengah kemunduran taraf berfikir umat Islam serta imperialisasi pemikiran dan cultural Barat terhadap mereka, umat Islam menjadi bingung, tidak tahu jalan menuju kemajuan yang sahih.

Masalah ini menjadi semakin berbahaya dengan berkembangnya wacana Islam Liberal di tengah mereka. Setiap individu dengan sangat mudah dapat menyatakan: hukum ini dan itu adalah tidak bertentangan dengan Islam; pemikiran ini dan itu adalah bersumber dari Islam. Pada akhirnya mereka, tidak terpanggil untuk menggali lebih jauh tsaqâfah Islam dan menjadi pembela nilai-nilainya dengan teguh. Jadi, menurut mereka, setiap orang berhak menyatakan pemahamannya (liberalisasi pemikiran) atas nilai-nilai Islam.

Padahal sesungguhnya, liberalisasi pemikiran Islam ini tidak lain merupakan usaha untuk mempermainkan nas-nas syariat, melakukan interpretasi yang salah terhadapnya, menundukkan kesimpulan hukum pada akal fikiran, serta membina semula atau merekonstruksinya agar sesuai dengan berbagai pemikiran dan cita-rasa Barat.

Khatimah

Melekatkan Islam dengan Liberalisme jelas sama sekali tidak menjunjung Islam, malah sebaliknya. Islam diturunkan sama sekali bukan sebagai pengekor, sebab ia berasal dari Allah, Pencipta langit dan bumi. Islam seharusnya hanya tercermin melalui Allah dan Rasulullah saw sahaja; bukan melalui pemikiran liberal Fatima Mernissi, Arkoun, Charles Kurzman, Abdurrahman Wahid, atau Nurcholis Madjid dll.

Hendaknya setiap Muslim berhati-hati terhadap gagasan Islam Liberal serta praktik-praktik interpretasi dan permainan terminologi. Hal itu merupakan cara yang paling buruk, berbahaya, dan boleh menggelincirkan seorang Muslim dari agamanya; tanpa sedar atau di luar keinginannya. Alih-alih memajukan umat, justeru hal ini akan mengukuhkan dan mempertahankan imperialisme Barat atas umat, baik secara pemikiran, ideologi, politik, mahupun ekonomi.

Allahu a’lam bisshawab..

Artikel dari laman Bukan Islam Liberal

18 August, 2008

cerita dari anak nelayan






SEMALAM,
Anak nelayan itu bercerita
Tentang LAUT nan pemurah
Mendermakan pari
Menghulurkan kerisi
Menghadiahkan tenggiri


HARI INI,
Anak nelayan itu BERHARAP
AGAR LAUT terus berbudi
Menghantar rezeki
Untuk mengisi ruang hari


ESOK,
Anak nelayan itu bercerita
Tentang LAUT yang BONGKAK
Menyembunyikan udang
Di celah-celah himpunan batu menyorok sotong
Di celah-celah tumbuhan laut
Melarikan ketam
Di celah-celah gulungan ombak
Membiarkan nelayan pulang
Dengan tangan KOSONG.




(Dewan Masyarakat Jan 2006.pekan pahang.)

05 August, 2008

senyumlah

16 July, 2008

lelaki yang dinaungi awan




...Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:

a. Pemimpin yang adil.
b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

.....

Diceritakan bahawa seorang pemuda jatuh hati kepada seorang dara. Mereka sebenarnya adalah berjiran. Ketika hari mulai pagi, gadis itu berangkat ke sebuah desa, nun jauh... seorang diri. Ia berangkat ke sana atas perintah keluarganya untuk suatu keperluan. Tak disangka, langkahnya diikuti pemuda jirannya. Dekat sudah jarak mereka berdua. Dalam dada si pemuda telah menggumpal gelora harapan. Ia rayu gadis itu, ia pujuk agar menuruti kehendaknya. Tetapi gadis itu petah menjawab: “Saya takut kepada Allah.”
Kalimat pendek itu menjebak perasaan si pemuda. Ia berkata, “Kau takut kepada Allah? Duhai... mengapa aku tidak takut?” tanyanya kepada hatinya sendiri. Langkah pemuda itu terhenti seketika. Ia patah balik dan pulang ke rumahnya. Di tengah perjalanan, ia merasakan haus yang amat sangat, sementara langit panas membakar. Hampir saja ia pengsan. Saat itulah ia bertemu seorang soleh dari bangsa Israil.

Di hadapan orang soleh itu ia menceritakan kehausannya. Orang soleh itu berkata, “Mari kita berdoa, semoga Allah melindungi kita dengan naungan awannya hingga sampai ke desa.”

“Berdoa....? Saya tidak mempunyai amal soleh apapun. Tetapi... kita memang perlu naungan. Berdoalah tuan, saya akan mengamini.”

Orang soleh itu segera memanjatkan doa, dan si pemuda mengamini dengan penuh pengharapan. Tiba-tiba awan datang di atas kepala mereka, menaungi perjalanannya hingga sampai ke desa. Ketika pemuda itu masuk ke rumahnya, hilanglah awan yang menaungi itu. Orang soleh itu menatap si pemuda. Dia melihat bahawa pemuda itu memiliki suatu amal baik, maka ia bertanya, “Ceritakan kepadaku, apa yang pernah kau lakukan?”

Dengan jujur ia bercerita mengenai perbuatannya yang hampir saja ia lakukan kalaulah tidak ingat terhadap ancaman Allah. Mendengar itu orang soleh berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaubat itu, sentiasa berada di sisi Allah, dalam suatu kedudukan yang tiada seorang pun di dalam kedudukan itu. Dan di akhirat, ia akan dimasukkan ke dalam syurga dan dikahwinkan dengan bidadari-bidadari yang kecantikannya tak dapat dibayangkan”.

......

13 July, 2008

Bentuk Eksploitasi Dan Manipulasi Kelas Sosial

Konsep kelas adalah merupakan satu kumpulan masyarakat yang besar yang terikat dalamnya bersama-sama satu perhubungan ekonomi yang tertentu di dalam satu bentuk cara pengeluaran. Setiap kelas mempunyai kuasa, status dan ganjaran yang berbeza-beza. Kumpulan kelas di sini merujuk kepada kelas sosial yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Perhubungan yang terjalin di antara kelas-kelas sosial adalah bersifat eksploitasi, penindasan dan juga mempergunakan. Kelas yang kuat akan mempunyai banyak kepentingan atau kelebihan ke atas kelas yang lemah. Di sini wujud dominasi kelas yang kuat terhadap yang lemah.

Perhubungan sosial dalam masyarakat atau negara ditentukan melalui sifat kelas dan ciri perjuangannya. Ciri perjuangan tersebut samada pada zaman feudal “golongan tuan tanah dengan hamba” atau pada zaman kapitalis “golongan pemodal dan buruh”. Teori kelas ini juga turut dikenali sebagai teori Marxis yang menganggap teori pluralis tentang persaingan kumpulan berkepentingan sebagai satu topeng yang menyembunyikan satu realiti yang membahagikan masyarakat kepada kelas-kelas yang bertentangan (Ghazali Mayudin 2006).

Sepanjang sejarah manusia, masyarakat keseluruhannya memiliki dan mengawal alat-alat pengeluaran. Golongan ini menindas golongan yang tidak memiliki alat pengeluaran. Oleh sebab itu, timbulnya konflik antara penindas dan yang ditindas. Mengikut Karl Marx (dalam Syed Ahmad Hussein 1994), sejarah manusia adalah sejarah manipulasi atau penindasan satu kelas ke kelas yang lain. Pertentangan ini dikenali sebagai “class struggle” atau pertentangan kelas. Pertentangan kelas sosial ini telah berlaku sejak zaman feudal lagi. Semasa zaman feudal golongan yang memiliki alat-alat pengeluaran yang utama iaitu tanah. Mereka juga dikenali sebagai tuan tanah. Manakala golongan yang ditindas terdiri daripada golongan rakyat biasa dan hamba. Golongan rakyat dan hamba dipaksa bekerja dan dibayar upah yang sekadar untuk meneruskan hidup. Manakala golongan pemilik tanah yang mendapat segala hasil daripada alat pengeluaran (tanah) yag diusahakan oleh rakyat biasa dan hamba.

Berdasarkan keadaan tersebut, telah berlaku eksploitasi dan penindasan terhadap satu ke kelas yang lain. Ketika di zaman pertengahan (midevil), pemikiran rakyat masih dalam kongkongan pihak gereja, golongan bangsawan dan raja. Hubungan yang wujud di antara mereka bersifat eksploitasi. Di zaman feudal, kajian yang dibuat oleh Gullick (1958), memperlihatkan betapa berkuasa raja yang memerintah iaitu ruler ke atas rakyat yang diperintah ruled. Manakala manipulasi atau eksploitasi di zaman kapitalis adalah diantara pemodal (bourjuis) dan pekerja (proletariat). Di sini wujud satu bentuk perhubungan yang bercirikan eksploitasi dan permusuhan di antara dua kelas yang berbeza. Pendekatan dan pertentangan kelas pada ketika itu dipengaruhi oleh Karl Marx yang mana hanya melihat masyarakat hanya terbahagi kepada dua kelas iaitu bourjis dan kelas proletariat. Menurut Syed Ahmad Hussein (1994: 134), zaman Karl Marx merupakan zaman kemuncak penindasan ekonomi kapitalisme dan penderitaan golongan pekerja. Karl Marx sendiri tidak mempunyai kerja dan pendapatan yang tetap. Hidupnya dalam kemiskinan, tiga daripada empat anaknya mati kerana kekurangan makanan dan ubat. Keadaan ini adalah faktor yang mempengaruhi perjuangan Karl Marx untuk membela golongan miskin dan tertindas yang terdiri daripada kelas pekerja. Oleh sebab itu, Karl Marx menumpukan tenaga inteleknya kepada soal ini.

Perkara yang sama kini berlaku di Malaysia apabila boleh dikatakan wujud dua bentuk kelas yang saling bertentangan kehendak dan sifatnya. Kelas yang pertama ialah kelas pemerintah “ elit” dan kelas kedua kelas yang diperintah “rakyat”. Tidak kiralah sama ada kelas yang diperintah itu menduduki kelas pertengahan, kelas bawahan, dan kelas professional, ia termasuk dalam kelas yang diperintah. Tindakan atau dasar kerajaan yang di ambil misalnya dengan menaikkan harga bahan bakar kepada suatu jumlah yang tidak munasabah dan menyebabkan golongan yang diperintah tertindas merupakan satu bentuk eksploitasi moden yang dilakukan oleh golongan pemerintah lantaran mempunyai kuasa dan mengawal sumber pengeluaran.


Kajian terhadap politik Malaysia lebih bersifat perkauman dan ras terutamanya dari perspektif percaturan kuasa di antara Melayu dengan bukan Melayu. Terdapat kritikan terhadap kajian yang berbentuk demikian adalah pendekatan berbentuk mudah atau linear sifatnya (tidak berubah). Hubungan Melayu dengan bukan Melayu perlu dillihat dari sudut pusingan atau bersifat dialektif. Hanya kajian dari pendekatan ini sahaja, maka hakikat politik Malaysia dapat difahami dengan lebih menyeluruh atau holistik. Pendekatan baru ini juga dikenali dengan pendekatan kelas.

Pendekatan kelas amat dipengaruhi oleh Karl Marx yang mana melihat masyarakat terbahagi kepada dua (pemodal dan pekerja). Hubungan diantara dua kelas tersebut bersifat eksploitasi dan permusuhan. Golongan pemodal mengeksploitasi golongan pekerja. Golongan pemodal adalah juga golongan yang kaya dan berkuasa. Hakikat ini juga berlaku dalam sejarah kehidupan manusia dari hingga sekarang. Di zaman feudal, kajian yang dibuat oleh Gullick (1958), memperlihatkan betapa berkuasanya raja yang memerintah (ruler) keatas rakyat yang diperintah (ruled). Hubungan ini adalah berbentuk eksploitasi dan memperalatkan. Kepatuhan rakyat kepada raja diperkukuhkan lagi dengan pelbagai bentuk perintah sanction yang bersifat jelas seperti hukuman yang dikenakan dan juga simbolik seperti dalam konsep daulat. Di peringkat daerah, hubungan yang sama juga wujud diantara pembesar dan juga pengikut. Begitu juga di peringkat kampung antara elit tempatan dan, tuan tanah dan petani. Hal ini bertepatan dengan apa yang diperkenalkan oleh Karl Marx (eksploitasi). Selain itu, kajian yang dibuat oleh Syed Hussain Ali ke atas masyarakat Melayu juga membenarkan hakikat ini.

Namun kajian yang menggunakan pendekatan kelas di kalangan masyarakat Cina dan India belum diusahakan dengan bentuk yang gigih di Malaysia. Kepatuhan rakyat terhadap raja dalam masyarakat feudal bukan semata-mata digerakkan oleh unsur yang bersifat eksploitasi umpamanya hukuman yang berbentuk fizikal tetapi kepatuhan rakyat juga digerakkan oleh nilai simbolis yang melihat raja memiliki kuasa ghaib atau laur biasa. Namun wujud juga pandangan hidup yang sebegitu (kepatuhan kepada raja) bukan sahaja berdasarkan oleh rasa takut tetapi juga perasaan hormat yang tinggi. Apa yang disebut oleh Max Weber sebagai sifat yang menghormati (deference).

Menurut Gramsci, menjelaskan betapa pentingnya ideologi pemerintah dalam menentukan sturuktur ekonomi yang bukan semata-mata dipaksa oleh rakyat tetapi diakui dan diterima (Ghazali Mayudin et.al 2006). Dalam membezakan sesuatu kelas, Max Weber mempunyai pandangan yang berbeza dengan Karl Marx. Menurut Max Weber yang membezakan sesuatu kelas dengan kelas yang lain bukan sahaja berdasarkan faktor material tetapi juga bukan material. Berpandukan kepada angkubah tersebut, Syed Hussain Ali mengkategorikan elit politik BN, dalam UMNO, MCA dan MIC sebagai tergolong dalam satu kelas yang sama dan tersendiri.

Namun Golongan elit inilah yang memerah dan menguasai segala hasil kekayaan Negara. Rakyat bawahan hanya menikmati segelintir kecil daripada hasil Negara yang berjumlah berbilion ringgit. Wujud satu jurang kelas yang dalam atau jauh di antara golongan elit pemerintah dengan rakyat bawahan tidak mengira sama ada melayu, cina dan india. Golongan elit pemerintah hanya turun mendekati rakyat apabila tibanya musim pilihanraya di mana nasib dan kedudukan mereka sebenarnya ditentukan oleh golongan kelas bawahan atau golongan yang diperintah. Namun ketidakmatangan golongan yang diperintah terutamanya yang berada di luar bandar menyebabkan elit Umno, Mic dan Mca terus berkuasa dengan menggunakan konsep permuafakatan. Padahal berdasarkan situasi politik semasa selepas pilihan raya umum ke 12, konsep permuafakatan yang digunapakai oleh para pengkaji tidak lagi relevan untuk dianalisis terhadap parti BN yang mana menyaksikan berlaku perpecahan dari segi pentadbiran sama ada dalam UMNO, MIC dan MCA. Teori permuafakatan mungkin relevan jika digunakan untuk menganalisis gabungan pakatan rakyat yang berjaya menawan lima buah negeri selepas pilihan raya umun ke 12 tahun 2008.

23 June, 2008

bibik-bibik kehancuran sistem kapitalis


Sempena pelancaran Bangi Bandar Ilmu semalam, aku sempat mengikuti ceramah perdana yg disampaikan oleh tuan guru Presiden Pas...dimulakan dengan kisah bagaimana Allah(s.w.t) memilih Mekah yg kering kontang sebagai kota sebagai tempat bermulanya sinar islam, kemudianya sampai kepada bagaimana agama islam memuliakan manusia bukan dengan kekayaan dan sumber2 yg ada atas muka bumi. Tetapi manusia di muliakan dengan iman, ilmu dan akhlak..pembangunan diri manusialah yang paling utama berbanding dengan pembangunan fizikal yg amat dititik beratkan oleh tamadun barat...

Beliau menambah tidak ada guna manusia itu berilmu tapi tidak berakhlak,habis rosak sistem2 kehidupan sekiranya ditakbir oleh manusia yg sedemikian.Namun tidak ada guna juga jika manusia itu berakhlak tapi tidak berilmu.apa yg dapat dilakukan? sebab itulah islam membawa satu jalan penyelesaian yg cukup sempurna kepada masalah yg dihadapi oleh umat manusia.BERIMAN, BERILMU DAN BERAKHLAK.

Sistem yg dicipta oleh manusia tidak akan bertahan lama..Sejarah menunjukkan bagaimana sistem sosialis @ komunis yg di anggap ketika dahulu sebagai satu kuasa besar dunia yg dapat menjaga kebajikan semua telah hancur dan rebah..Di mana soviet union?negara2 komunis telah berpecah dan mengambil haluan masing2. China dan Cuba misalnya kini lebih ke arah pasaran terbuka...walaubagaimana pun teori dan sistem yg cuba dicipta atas alasan untuk kesejahteraan umum jika tidak berlandaskan Alquran dan Sunnah akan hancur..

Begitu juga yg berlaku pada sistem kapitalis pada ketika ini. Bibik-bibik kehancuran mula terpancar apabila berlakunya pengurangan sumber makanan dunia, keganasan, pembunuhan, pertenglikahan, negara kaya semakin kaya, yg miskin semakin miskin serta perang yg tidak berkesudahan memaparkan kegagalan sistem demokrasi / kapitalis yg diaggap sebagai sistem pentadbiran dan ekonomi terbaik..

Pada hakikatnya teknologi dan ilmu2 yg ada pada tamadun barat telah diambil daripada tamadun islam….ilmu2 tersebut sama ada dari aspek pentadbiran, ekonomi, astronomi, sains dan berbagai2 lg hanya diambil dari aspek duniawi sahaja oleh barat..ROH ilmu tersebut telah dibuang..Oleh sebab itu wujudlah sejata pemusnah iaitu manusia itu sendiri yg memusnahkan muka bumi ini..ROH @ ahklak dalam sesuatu ilmu tersebut dibuang mengakibatkan manusia tidak lagi mempunyai tatacara@ akhlak untuk meneruskan kehidupan..Seorang pemimpin akan menggunakan kuasa untuk mengekalkan kuasa dengan menzalimi rakyat akibat tidak takut kepada tuhan..Dia merasakan dirinya tuhan sebagai mana Firaun membodohkan rakyatnya untuk mengikut perintahnya..sebab itu pentingnya ilmu yg disertakan dengan ROHnya agar manusia itu tahu hakikat kejadiannya..

kena Tag



Alhamdulilah,habis sudah exam sem 3..dikesempatan ruang masih diberikan oleh tuan punya dunia, aku nak mengisi ruang kosong persoalan yg ditanya setelah DITAG……HEmmm


[1] Berapa lama anda dah sertai usrah?
rasanya tak ada la lama sangat..pertama kalinya ketika berada di al-madrasah ad-diniah al islamiah(MADI) kg jejawi Dalam..sek agama rakyat.dari ting 1 sampai la ting 4 ja.usrah ketika itu adalh kebiasaan..lepas 2 ke sek men syeh Hassan dr ting 5 sampai 6 ats dah tak ikut usrah..pas 2, msk ukm kembali ikut usrah,tapi tak la konsisten...


[2] Bagaimana anda boleh menyertai usrah?

Kalaw wktu di sek MADI dulu dah memang satu rutin.dari situ dah mula tahu apa itu usrah dah kelebihan2 nya..Alhamdulilah,Allah(s.w.t) melembutkan hati ini kepada pencarian ilmu..


[3] Kenapa anda menyertai usrah?
sudah tentu kerana ilmu yg dihidangkan selain merapatkan hbgan silaturahim antara sahabat2.


[4] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah
1-gembira

2-kadang2 berbelah bagi(hnya tuan pnya diri yg thu knpa.hehe)

3-puas


[5] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah
byk sebenarnya klw nk dibicarkan tentang kelebihan yg diperolh klw ikut usrah..aku nk tulis yg penting saja.hehe.antaranya tentulah ilmu yg tak kita dapat ketika belajar di dlm kelas, sama ada dunia dan akhirat..selain itu yg paling penting ialah ia boleh melembutkan dan merendahkan hati..kita hnya hambaNYa yg akn dihitung segala amalan pd hri pembalasan kelak.oleh itu apalah sangat yg ada dgn diri kita yg pada hakikatnya hnyalah pinjaman..


Peraturan tag:
untuk peraturan tag ini,aku nk ubah.hehe(jgn marah na)..1-tak perlu tag sapa..yg paling penting,cukuplah kita ketahui sekiranya sesuatu yg kita lakukan atau apa saja seprti usrah ini dapat mengubah diri ke arah yg lebih baik dari sebelumnya..

Sekian.wasalam...

22 June, 2008

kedah julang Piala FA





KEDAH mempertahankan kejuaraan Piala FA apabila menewaskan Selangor 3-2 pada perlawanan akhir penuh dramatik di Stadium Shah Alam malam tadi untuk muncul pasukan pertama mempertahankan kejuaraan sejak Kuala Lumpur pada 1993 dan 1994.

Ia adalah trofi kedua dimenangi skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah itu musim ini selepas mempertahankan Piala Liga Super, sekali gus menghampiri matlamat mengulangi kejayaan treble yang dicatat musim lalu.


Majulah sukan Negeri Pakatan Rakyat....Bravooo

21 June, 2008

1924



Semua hukum dan peraturan Allah dan Rasul-Nya yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Hadith mesti dilaksanakan dalam semua urusan kehidupan, samada urusan ibadat, politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya : “maka janganlah kamu takut kepada manusia, dan takutlah kepadaku, janganlah kamu menjual beli ayat-ayat Allah dengan dengan harga yang murah, dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka merekalah orang-orang yang kafir" (Al-Maidah: 44)

Dapat difahami dari ayat ini bahawa orang-orang yang beriman rela menghukum dengan hukum Allah dan Rasul-Nya dan menerima hukum itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Tiada perasaan ketidakpuasan hati atau tidak bersetuju dengan hukuman tersebut dan jauh sekali dari menukar hukum Allah itu dengan hukuman ciptaan makhluk yang hina. Oleh sebab itu, melaksanakan hukum-hukum atau undang-undang Allah merupakan suatu kewajipan dan tanggungjawab yang besar yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan seharian.

12 June, 2008

lawan tetap lawan sampai harga turun

06 June, 2008

HADIAH BUAT RAKYAT






Sempena kemenangan kerajaan BN pada piliha raya umum ke 12, pelbagai kejutan telah diberikan kepada rakyat. Yang paling terbaru ialah hadiah kenaikan harga minyak petrol sebanyak RM0.78 sen dan diesel RM 1.00, tertinggi dalam sejarah Negara. Kenaikan harga minyak di pasaran dunia dijadikan sebab utama mengapa kerajaan BN menaikkan harga minyak. Selain itu alasan kerajaan tidak lagi dapat menanggug subsidi minyak turut menjadikan alasan kenaikan harga minyak pada 5/6/08.

Menurut mereka rakyat perlu berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan..Menjadi suatu persoalan disini apakah sebenarnya peranan kerajaan yang dipilih oleh rakyat jika tidak dapat menbantu dan memberi kesejahteraan serta keselesaan kepada rakyat.. Jika dirujuk kembali kepada takrif sebenar sebuah kerajaan demokrasi,peranan kerajaan adalah terhad dan hanya sebagai alat penyelarasan kepada kehendak rakyat..Tetapi di sini wujud percanggahan apabila tindakan yang diambil oleh kerajaan ini membebankan sama sekali rakyat di pelbagai lapisan masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah.

4/6/08 aku bertolak dari pudu ke Muar untuk meghadiri kawat tamat latihan di pulapor Muar. Semua jalan di k.L menjadi sesak disebabkan orang ramai berpusu-pusu mengambil peluang terakhir mengisi minyak subsidi. Perkara ini berlaku di seluruh Negara apabila berita mengenai kenaikan harga minyak mula tersebar..keesokan harinya di stesyen bas muar kedengaran rungutan daripada orang ramai mengenai kenaikan harga minyak yang mendadak. Secara autometiknya barangan-barangan yang lain turut akan mengalami kenaikan walau pun pihak kerajaan mendakwa tidak boleh menaikkan harga barangan sesuka hati. Tetapi berdasarkan pengalaman kenaikan minyak yang lepas, keadaan seperti ini akan berlaku bahkan lebih dahsyat lagi pada kali ini.Gabenor bank Negara mengumunkan andaian awal bahawa pada tahun 2008 kadar inflasi akan meningkat sebanyak 4.2 peratus. Ini akan mendatangkan masalah kepada Negara dan masyarakat..

Aku mengambil teksi untuk sampai ke pulapor muar tempat berlangsungnya kawat tamat latihan. Ketika dalam perjalanan setelah sekian lama membisu,pemandu yang sudah berumur lanjut itu bersuara “paklah sudah gila”. Tak sepatutnya menaikan harga minyak begitu tinggi..paklah takpa la bukan dia bayar duit minyak, naik kereta, kapal terbang free.sama la dengan dia punya menteri-menteri. Yang teruk orang kerja macam pakcik la. Macam mana nak hidup dan cari makan macam ni.?? Aku saja mencela, inilah hadiah kerajaan BN buat rakyat..Pembangkang tawarkan turunkan harga minyak, tapi orang Johor mau juga kerajaan yang suka bagi barang naik….(BN). Tapi relex ja dia kata kalaw paklah naikkan harga minyak sebelum pilihan raya, confom Johor pun boleh kat pakatan rakyat..hahaha.(dia ketawa)

Berdasarkan teori konflik kelas yang diperkenalkan oleh karl Mark, penindasan yang dilakukan oleh pihak yang menguasai alat-alat pengeluaran ekonomi terhadap golongan bawahan akan menyebabkan berlakunya revolusi..Berdasarkan teori tersebut penilaian boleh dibuat sejauh mana keadaan penindasan ekonomi yang berlaku di Malaysia. Adakah akan berlaku revolusi menjatuhkan penguasa ekonomi(kerajaan) melalui kekerasan? Tidak mungkin berlaku revolusi di Malaysia, namun boleh dikatakan revolusi yang berlaku dalam keadaan yang berbeza iaitu melalui pilihan raya. Faktor kesempitan dan tekanan hidup yang tinggi menjadi salah satu penyebab rakyat menolak BN dan 5 buah negeri jatuh kepda pakatan rakyat dalam pilihan raya umum yang ke 12. Inil boleh dikatakan satu bentuk baru revolusi di Malaysia akibat daripada tekanan ekonomi.

Berdasarkan keadaan semasa yang semakin membebankan, menindas golongan yang tidak berkemampuan serta masyarakat hidup dalam keadaan yang tidak selesa di tambah dengan kadar jenayah yang semakin meningkat, revolusi menukar kerajaan mungkin akan berlaku pada pilihan raya akan datang ataupun dalam masa yang terdekat ini..Hanya Allah (s.w.t) yang lebih mengetahu segalanya….

03 June, 2008

ikhtibar dari 3 kisah





Kisah Kedua

Di satu pusat latihan Ikhwan bagi melatih sukarelawan- sukarelawan yang ingin berjihad di Palestin pada tahun 1947, seorang ahli Ikhwan, yang merupakan seorang petani, datang untuk mendaftar dan membawa bersamanya seekor lembu. Ahli Ikhwan yang bertugas di pusat pendaftaran amat terkejut, dan bertanya, “Saya faham yang anda ingin menyertai angkatan mujahidin, tetapi kenapa anda membawa lembu bersama?” Dia menjawab, “Tidakkah Allah memerintahkan kita untuk berjihad di jalanNya dengan nyawa dan juga harta benda? Lembu ini sahajalah harta yang saya ada!”.

Kisah Ketiga

Akhi Hafizh merupakan seorang tukang kayu. Pada suatu hari, dia diminta oleh Monsieur Saulant, seorang Pegawai Tinggi Terusan Suez yang berasal dari Perancis, untuk membaiki perabot di rumahnya. Pemuda itu menyebut kos membaiki sebanyak 130 qirsy. Monsieur berkata, ”Itu terlalu mahal. Penjahat kamu mengambil upah melebihi hakmu!” Dengan tenang, Hafizh menjawab, ”Saya tak akan mengambil upah melebihi hakku. Kalau tak percaya tanya saja orang bawahan Anda. Kalau ternyata tuduhanmu benar saya bersedia bekerja tanpa dibayar. Namun, jika saya yang benar, anda bayar upah sebanyak yang saya minta, tanpa harus ditambah.” Ternyata, menurut orang bawahan, Hafizh berhak atas upah 200 qirsy. Maka, dia pun menyuruh Hafizh memulakan pekerjaannya. ”Baik, tetapi anda telah menghinaku. Maka, anda harus minta maaf dan mencabut kata-kata itu,” kata Hafizh. ”Minta maaf padamu? Kamu ingat kamu siapa? Seandainya Raja Fuad pun, saya tak akan minta maaf,” jawab si Perancis dengan bongkak. ”Kalau saya tak meminta maaf, apa yang boleh kamu lakukan?”
”Mudah saja. Saya laporkan anda ke kedutaan dan konsulat anda. Saya juga boleh laporkan ke media massa Perancis. kemudian saya umumkan juga di jalan-jalan dan kedutaan-kedutaan asing yang lain. Saya akan berjuang mendapatkan hakku dengan apa cara pun,” katanya tegas. Monsieur Saulant terkejut mendengar jawaban tukang kayu itu. ”Seolah-olah saya sedang bicara dengan seorang diplomat, bukan tukang kayu.” Akhirnya dia meminta maaf dan menarik balik tuduhannya. Apabila selesai Monsieur membayar lebih, 150 qirsy. Tetapi, Hafizh tidak mahu menerima tambahan. Dia mengembalikan 20 qirsy. ”Saya tidak mahu ambil apa yang bukan hakku, supaya tidak jadi penjahat!” Monsieur kehairanan. ”Mengapa tidak semua buruh Arab sepertimu. Kamu keluarga Muhammad, ya?”

”Monsieur Saulant, ketahuilah semua muslim adalah keluarga Muhammad. Namun, kebanyakan mereka telah bergaul akrab dan meniru monsieur-monsieur seperti kamu, akibatnya rosaklah akhlak mereka.”