28 September, 2008

Pesanan untuk diri



Takkala ramadhan semakin meninggalkan kita, saya masih merasa kekurangan terhadap diri sepanjang bulan yang mulia ini dalam beribadah kepadaNYA..Harapnya bulan tarbiah ini dapat menjadikan diri kita terus istikhamah dalam melaksanakan ibadah kepadaNYA dan menjauhi segala laranganNYA apabila kita menuju keluar dari medan tarbiah ini...Semoga kita dipertemukan lagi olehNYA akan Bulan yang penuh Barakah ini di masa hadapan..Insyallah.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Buat semua sahabat seperjuangan dan semua yang mengenali diri yang lemah ini..Saya juga ingin mengambil kesempatan di hari yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini , terlebih dahulu untuk memohon maaf atas segala salah dan silap . Semoga ukhuwwah fillah dikalangan kita terus bersemi tanpa sebarang ruam yang hanya mencacatkan hubungan persahabatan antara kita.

Tiada dinafi , terlalu sukar mengawal emosi dan terlalu payah membendung rasa tetapi jauh lebih sukar dan payah untuk memutus hubungan persahabatan yang telah kita bina bersama dalam perjuangan ini. Mudah – mudahan seketika nanti , akan tiba detik kita kembali bertaut kasih tanpa curiga .

2 comments:

MoHFiR said...

Yeop!!! Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Semoga Raya kali ini lebih byk memberi makna kepada ko berbanding raya sebelum ini.

Jaga diri yeop!!! papepun simpan no HP baru aku 0193920485. no maxis aku still ada lagi.

yasin said...

selamat hari raya daus.. hang pun sama jaga diri.insyallah