13 September, 2008

sebuah penantian








Takkala suasana politik yang semakin tegang dalam negara.saya tertanya-tanya adakah perubahan yang diwar-warkan itu akan berlaku. perkara ini telah lama menerjah ke benak fikiran..ramai orang yang masih dalam tanda tanya apakah ini adalah sesuatu yang akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.pihak yang memerintah sudah tentu tidak akan duduk diam untuk memerhatikan sahaja. sebab itu dalam masa yang terdekat ini mereka dah semakin gabra dan mula mengambil keputusan yang menimbulkan tanda tanya adakah wajar dibuat sedemian. yang paling terbaru adalah penggunaan ISA terhadap tiga individu yang dikatakan boleh mengancam keselamatan negara. Tiga orang iaitu masing-masing seorang penulis blog, wartawan dan ahli politik ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). perkara ini sentiasa berlaku kepada negara-negara sedang membangun. Demi mempertahankan pemerintahan walaupun tidak lagi mendapat keyakinan rakyat maka pihak pemerintah sanggup menggunakan kekerasan yang secara langsung mencemari nilai-nilai demokarasi.

kecelaruan yang menghantui BN semakin parah. Nahkodanya semakin terdesak bagi menyelamatkan kapalnya yang tidak lagi selamat untuk dinaiki. maka kelasi-kelasinya mengancam untuk berpindah kepada sebuah kapal titanic lain yang memberi harapan baru agar pelayaran sampai ke pada matlamatnya. lubang-lubang pada kapal tidak lagi dapat ditampung. semakin cuba dibaiki semakin luas lubang itu membesar. Hanya dua pilihan bagi penumpang dan kelasi kapal sama ada karam bersama ke dasar laut atau menyelamatkan diri dengan menaiki kapal baru. apabila wujud keadaan ini perkara-perkara yang berkaitan dengan moral tidak perlu diambil kira sama ada tindakan tersebut mengkianati nahkoda kapal tidak perlu difikirkan lagi, yang penting bagaimana hendak menyelamatkan diri kerana pada diri setiap kelasi dan penumpang kapal tersebut diletakkan harapan berjuta rakyat yang mengharapkan harapan baru.

namun secara dasarnya yang menentukan sama ada 16 september akan menjadi realiti ataupu tidak adalah sesuatu yang di luar kawalan manusia .Usahkan 16 sept , hanya esok sahaja , apakah yang bakal berlaku tidak siapa yang mengetahuinya. Kita mungkin boleh melabuhkan harapan itu dan ini . Tetapi apakah harapan itu benar - benar menjadi realiti ? ianya sangat bergantung kepada ketentuan Ilahi dan tiada siapa yang mampu merubah atau mahu membuat ketetapan selain dari apa yang yang telah ditetapkan oleh Allah di Luh Mahfuz.


Kerajaan ini boleh kekal dan boleh musnah dengan kehendak Allah swt. sebagaimana firman Allah swt :

قل اللهم مالك الملك تؤتى الملك من تشاء و تنزع الملك ممن تشاء و تعز من تشاء و تذل من تشاء بيدك الخير إنك على كل شئ قدير

Katakanlah : Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kerajaan , Engkau memberi kerajaan ( kuasa ) kepada siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menyentap kerajaan itu dari siapa pula yang Engkau kehendaki , dan Engkau memuliakan siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa yang Engkau kehendaki , di dalam genggamanMu lah segala kebaikan . Sesungguhnya Engkau Tuhan yang sangat berkuasa di atas segala suatu .

Surah Aali Imran . Ayat : 26


sememangnya perubahan adalah sesuatu yang dinanti-nantikan. hal ini kerana BN tidak lagi memberi harapan kepada rakyat bahkan menambah bebanan yang semakin hari semakin tidak terdaya untuk dipikul lagi oleh rakyat biasa. maka pakatan rakyat muncul untuk memberikan harapan baru untuk rakyat memperolehi hak yang sepatutnya dinikmati 50 tahun dahulu lagi..sama ada harapan itu dilaksanakan atau tidak, menjadi perkara yang kedua. sekirannya setelah berlaku perubahan tapi harapan tidak dilaksanakan maka rakyat harus menggunakan (power of the people) untuk merubah kerajaan yang baru..inilah nilai sistem demokrasi yang sepatutnya difahami oleh semua orang.(demokrasi adalah pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat untuk rakyat.bukanya untuk golongan elit tertentu..

"menanti perubahan untuk merubah keadaan"

No comments: