15 November, 2008

siapa lagi Taff??





Saja hendak berkongsi satu cerita yang selalu terjadi dalam sebuah keluarga di sebuah kampung. Terdapat tiga adik beradik lelaki. kesemuanya dimasukkan ke asrama sejak kecil. hanya berjumpa ketika hujung minggu dan cuti sekolah yang panjang. waktu yang terluang itulah selalunya dihabiskan untuk bersama(bertumbuk,bergaduh,menangis dan ketawa).

Masing-masing aktif dalam bersukan dan bergiat secara serius dalam acara sukan yang diceburi kecuali si abangn (si A) . Mereka mempunyai adik bongsu perempuan yang amat dimanjakan, tetapi selalu juga adik bongsu ni menjadi mangsa dibelasah kerana suka mencelah tidak kena pada tempat..

kedua adik lelaki si A mempunyai hobi yang sama iaitu suka lawan membina badan dan bertanding sesama mereka.. dan si adik bongsu itulah yang akan menjadi hakim yang arif lagi adil bagi menentukan siapa jaguh bina badan dunia no 1. suatu pagi hujung minggu yang tenang, dengan air sungai yang semakin pasang, kedua-dua adik lelaki si A mula menjalankan aktiviti mereka (mengangkat besi dan batu2 besar) bagi membentuk badan. si A memerhati dari atas rumah sambil berkata dalam hati(tak boleh jadi ni, aku saja yang dok kalah).

Maka dipanggil Hakim yang bakal mengadili pertanding sebentar saja lagi untuk dibuat konspirasi. setelah puas, adik lelaki si A menbina badan maka dipanggil sang Hakim. maka berkata lah mereka " cepat Matun, bagitau sapa yang lagi Taff", tiba-tiba datang si A dan berkata "aku pun nak lawan sama, ingat badan aku tak Taff ka?". maka tergelaklah kedua adik si A dengan kuat..


(sekadar gambar hiasan)



si A berkata kita tengok dulu sapa nak menang"dengan senyuman yang sinis". ok Matun habaq sapa lagi taff.? maka ketiga mereka pun mengayakan badan masing-masing dengan pelbagai formation. berkerut dahi si hakim bagi menentukan pemenangnya..hemmm dengan yakinnya si hakim membuat keputusan dengan mengatakan Abang A lagi Taff. Maka apa lagi mengamuklah dua adik lelaki Si A. "hang bohong Na".

cepat tangkap dia(Matun) arah abangnya yang tengah kepada adik lelakinya. sesungguhnya adik bongsunya lagi bijak daripada kedua abangnya tadi, dengan tidak membuang masa dia mendapatkan suhaka politik dari kuasa besar iaitu ayahnya. maka dengan itu terselamatlah dia seperti biasa dari dibelasah oleh abang-abangnya..

hampa ni tak dok keja lain ka"tengking ayah mereka", tanpa membuang masa larilah ketiga-tiga mereka bertebaran ke luar rumah menyelamatkan diri sebelum apa-apa yang tidak di jangka berlaku..jom2 kita mandi sungai"si A memberi cadangan" jom, disahut serentak oleh kedua adik lelakinya. sebelum lari adik bongsu berkata kepada si A dari jauh "jangan lupa petang ni belanja aku makan ais kacang"

maka pecahlah tembelangnya dihadapan dkedua adik lelakinya. maka berkata lah salah seorang daripada adik lelakinya "aku tau dah. tak guna betul hang ni". dengan muka selamba dan tersengeh-sengeh si A mengajak mereka terus bergerak ke port mandi yang menjadi kebiasaan..






Sengaja saya bawakan kisah ini kerana ada beberapa aspek yang boleh dianalisi dari sudut politi:

Permainan politik berlaku dimana-mana. ia bermula dari sebuah institusi yang kecil iaitu keluarga kemudian akan menyerap masuk ke dalam masyarakat. proses sosialisasi politik ini berlaku di mana-mana sahaja. persekitaran dan budaya akan membentuk bagaimana seseorang itu bertindak dan melibatkan diri dalam aktiviti politik. konsep penaung-dinaung(patron-client)selalu berlaku di negara sedang membangun termasuk malaysia. oleh sebab itu budaya politik penaung -dinaung yang telam lama terpahat dalam budaya politik negara sedang membangun sukar dbuang atau dielakkan. orang yang dinaung memberikan ketaatan sosial dan politik kepada orang menaungnya. hubungan yang terbentuk bersifat timbal balik di mana kedua-belah pihak mendapat habuan masing-masing. seperti mana si A telah membuat konspirasi dengan adik bongsunya bagi memenangkannya, maka adiknya mendapat habuan AIS KACANG. Begitu juga dalam suasan politik dunia membangun pengikut yang mengundi dan memberi ketaatan kepada individu atau parti tertentu mendapat habuan sama ada dalam bentuk kontrak-kontrak besar dan sebagainya.

Perkara yang sama berlaku dalam dunia politik yang sebenar. parti-parti politik yang berasakan kaum dan etnik amat menuntut ketaatan politik dan sosial terhadap kaum etnik masing-masing. sebagai contoh digambarkan hanya parti tertentu sahaja yang akan dapat membela nasib dan menyelamatkan sesuatu kelompok etnik dari menjadi mangsa kaum yang lain. Maka Bentuk sistem politik demokrasi yang diamalkan adalah bersifat KOSMETIK sahaja. Tidak berlaku pengagihan kuasa secara saksama dan mengikut kehendak rakyat. Semuanya telah dirancang,yang memerintah memonopoli kesemua sumber ekonomi dan sistem undang-undang. Maka berlakulah persaingan yang tidak sihat dan tidak adil dikalangan parti-parti politik lain yang bertanding. Ciri-ciri demokrasi wujud seperti pilihan raya, perlembagaan, parti-parti pembangkang dan sebagainya lagi, namun sejauh mana proses demokrasi itu dijalankan akan menentukan sejauh mana tahap ketinggian pengamalan sistem demokrasi tersebut. wujud media,tapi media yang tidak bebas dan DICO-OPTED oleh pemerintah. jadi apa gunanya..

semi-demokrasi dan demokrasi-autoritarian antara istilah yang diberikan oleh kebanyakkan pengkaji sains politik kepada dunia ketiga atau kini negara-negara membangun. Budaya dan pemahaman yang berbeza mengenai sistem demokrasi yang diamalkan di Barat menyebabkan negara membangun seperti malaysia, Indonesia,Thailand dan negara Afrika melaksanakan sistem pemerintah demokrasi mengikut acuan masing-masing. Penumpuan lebih diberikan kepada bagaimana hendak mengukuhkan kedudukan dan memastikan sistem ekonomi berkembang. Berbeza di barat, pengamalan sistem demokrasi adalah bagaimana hendak memperkasakan penyertaan individu dalam proses politik. keaktifan masyarakat sivil dihormati dan diberi kebebasan tanpa sekatan untuk terlibat membantu pihak pemerintah membuat dasar-dasar untuk kepentingan rakyar.
Hak dan peranan rakyat dihormati oleh pihak pemerintah kerana mereka faham punca kuasa yang ada datang dari setiap individu atau rakyat terbanyak.

Namun tidak ada negara di dunia termasuk barat boleh mendabit dada dengan mengatakan mereka lah yang paling unggul dalam melaksanakan sistem politik demokrasi(AKU YANG PALING TAFF). Perbezaan budaya, pemahaman, persekitaran menyaksikan corak pemerintah demokrasi yang diamalkn adalah selaras dengan kehendak massa yang ada dalam sesebuah negara. Legtimasi dan keabsahan yang diperolehi daripada rakyat adalah penting tidak mengira apa sistem pemerintahan yang diamalkan. Demokrasi mungkin sesuai bagi sesetengah negara, tetapi bagi sesetengah negara sistem tersebut tidak sesuai diamalkan.

Dalam konteks pemerintah sekarang, Good Governance adalah yang paling utama bagi memastikan pemerintah menjalankan tanggungjawab secara amanah, telus ,jujur dan samarata kepada rakyat. Sistem politik Islam boleh diamalkan dalam mana-mana sistem pemerintahan asalkan yang paling utama didasarkan kepada Al Quran. Pencipta dunia ini menbekalkan akal fikiran bagi manusia memikirkan bagaimana untuk melaksanakan sistem pemerintah mengikut yang telah digariskan dalam Al Quran. Namun bilamana manusia hanya menggunakan akal fikirannya yang terbatas tanpa ada panduan Al Quran maka wujudlah pelbagai kerosakan sistem yang diamalkan. sekiranya mengamakan sistem demokrasi, wujud demokrasi yang pincang, sekirannya mengamalkan sistem sosialis, wujud sosialis yang korap. Pada hakikatnya setiap sistem yang dicipta adalah untuk kebaikan umum, namun apabila yang memerintah itu tidak ada iman,akhlak dan pengabdian diri kepada Allah(s.w.t) maka wujudlah rasuah,korap,pecah amanah,tidak telus dan menjerumuskan keseluruhan manusia yang berada dalam sistem itu menuju kepada kemurkaan Allah(s.w.t).

1 comment:

affanazami said...

this is maybe the most interesting n creative post ever!