04 March, 2009

sokong mansuh PPSMI




Memetik kata-kata Mohammad Sabu(dlm harakah. 3 MAC 09) ketika berucap di Dataran Hamas, Jasin, Melaka, "Orang seperti Prof Nik Safiah Karim dan orang seperti Sasterawan Negara A Samad Said yang sedang berada di hujung hayat mereka, sepatutnya tidak perlu lagi bersusah payah merempuh perjalanan jauh seperti yang sedang mereka lakukan sekarang. Apa sebenarnya yang mereka mahu lagi?

"Prof Nik Safiah bukannya hendak melawan Sharizat Jalil untuk jadi Ketua Wanita Umno. Sasterawan Negara A Samad Said pun bukannya hendak berkempen untuk menjadi menteri. Mereka tak perlu lagi kepada itu semua? Tetapi mereka terpaksa melakukan ini semata-mata kerana hendak memelihara bahasa Melayu, disebabkan oleh adanya pemimpin Melayu sendiri yang cuba hendak membunuh bahasa Melayu."

PPSMI sudah menjadi isu yang besar dalam negara pada ketika ini. Namum media arus perdana seolah-olah tidak menghiraukan perkara ini atau cuba menyembunyikan kepentingan perkara ini daripada rakyat.

Media arus perdana lebih ghairah menjadikan isu " laporan polis oleh pemuda UMNO berkaitan surat layang yang menghina sultan kedah di kedah dan isu2 yang tak releven sebagai focus utama dan cuba mengalih perhatian rakyat.

Namun usaha untuk memansuhkan PPSMI ini mendapat perhatian yang serius oleh kebanyakkan tokoh pendidikan,sasterawan negara, NGO2 dan juga parti-parti politik tanah air yang sayang dan mahu bahasa melayu terus wujud dan dipelihara agar generasi masa depan dapat menikmati nilai bahasa melayu arus dalam pendidikan. walaubagaimana pun masalah ini seolah-olah dipandang mudah oleh kerajaan.

Perkara pelik juga berlaku apabila PARTI PERKAUMAN UTAMA MELAYU yang seolah-olah kini cuba menjadi pengawal keabsahan institusi beraja Melayu, turut mendiamkan diri dalam perkara ini. Mereka begitu teruja dan melenting apabila ada surat layang yang dikatakan menghina sultan,(tetapi tak dikesan asal usulnya dan masih dalam sisatan polis, siapa penulisnya pun tidak dapat diketahui). Tetapi dalam perkara ini(PPSMI), yang turut melibatkan masa depan anak cucu mereka sendiri tidak diambil peduli.

setelah tulisan jawi dihakis dan dianak tirikan dalam kehidupan masyarakat melayu, kini bahasa melayu pula menjadi mangsa dek kerana kelemahan segolongan pembuat keputusan yang tidak rasional..

DIMANAKAH SLOGAN KERAMAT "TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
SIAPAKAH YANG CUBA MENGHILANGKAN MELAYU DI DUNIA??
FIKIRLAH SENDIRI....

8 comments:

Anonymous said...

salam...

skdr ingin menyatakan pdpt..

pada saya, PPSMI ini adalah satu usaha yg baik. kenapa saya berkata demikian adalah kerana seperti yang berlaku pada masa kini, mutu BI rakyat Malaysia, bukan sahaja orang Melayu, bahkan Cina & India juga adalah sangat lemah. masing-masing hanya mahu berpegang dengan bahasa ibunda (mother tongue) mereka. sedangkan yang kita perlu sekarang adalah keupayaan untuk bertutur BI dengan fasih bagi membolehkan kita mendapat tempat dalam sektor pekerjaan.

memang benar kita belum dapat melihat perubahan positif yang besar terhadap hasil penguatkuasaan PPSMI. it's a matter of time. dan juga practice. bahasa tidak boleh dipelajari melalui teori, sebaliknya hendaklah secara praktikal. PPSMI tidak sama sekali meminggirkan BM. zaman sekarang bukan lagi zaman dahulu, kita harus bersaing untuk hidup. untuk bersaing, kita perlu melengkapkan diri dengan pelbagai persediaan, salah satunya BI. saya malu melihat beberapa pensyarah yang penggunaan BInya adalah salah. ini jelas menunjukkan mutu BI kita lemah.

untuk melihat dari segi implementation, kita hendaklah melihat bukan hanya pada 1 pihak sahaja. kita tidak boleh menyalahkan kerajaan 100%, lihat juga di peringkat bawah. sebagai contoh, di sekolah, adakah pelajar benar2 mengambil manfaat daripada program Engish Day atau English Week? tidak..bukan kerana pelajar itu tidak mahu, tapi kerana guru2 sendiri tidak menggalakkan pelajar bertutur dalam BI. lihat juga pembawaan dari rumah, ada sesetengah keluarga yang tidak menggalakkan anak2 membaca buku dalam pelbagai bahasa dengan hanya membelikan & membiarkan anak2 belajar bahasa ibunda masing2. pelaksanaan harus datang dari semua pihak, dan bukan hanya 1 pihak. temuduga pun dalam BI. klu tidak boleh bertutur sebaiknya, bagaimana untuk kita mengeluarkan idea? cuba pula kita fikir dari aspek Melayu mahu tolong Melayu.

There's no harm in trying. furthermore, the competition out there is extremely tougher than what we think. being in the university is where we develop non-bias thinking... reference books mostly are in english.. if we don't understand, how are we going to get the real meaning of an idea? we can't depend on others to tell us the meanings all the time.. in the working sector, people will take advantage upon our weaknesses.

it's just a point of view of mine. no heart feelings. Salam.

yasin said...

salam

terima kasih krn sudi bg pandangan..
memang tidak dapat dinafikan pada satu sudut, kewujudan ppsmi adalah satu polisi dan usaha baik daripada phk kerajaan.

namun kebanyakan drpd polisi dan dasar yang dibentuk menghadapi masalah pada waktu pelaksanaannya. perkara ini kerana, tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa tidak ada usaha bersungguh2 untk melaksanakannya..sebagai contoh apb PAK LAH dgn hasratnya yg murni hendak menghapuskan rasuah. lalu dibentuk pelbagai dasar dan mekanisme untuk membanteras rasuah. namun pada hakikatnya pelaksanaannya tidak menyeluruh..begitu juga dgn ppsmi.

selain, itu dasar2 yg dibentuk dan dilaksanakan tidak mengambil kira kesan@impaknya terhadap pihak2 yg lain. pelaksanaan ppsmi mungkin memberi manfaat kepada masyarakat yg sudah kondusif dgn BI terutamanya di bandar. tapi bg masyarakat yg tinggal di kawasan luar bandar, yg mana kehidupan harian tidak dibentuk @ dalam suasana yg melibatkn panggunaan bahasa inggeris akan menghadapi kesukaran.maka hasil daripada pelaksanaan ppsmi setakat ini telah memaparkan betapa banyaknya pelajar2 terutamanya di luar bandar ketinggalan dan tercicir dalam pendidikan.

perkara penting yg perlu diberi perhatian adalah "bahasa ilmu". sepatutnya ilmu yg hendak dipelajari perlu diajar dlm bahasa yg difahami@bahasa ibunda. Bahasa melayu adalah bahasa kebanggsaan. bahkan menjadi bahasa perantaraan yang utama di Asia Tenggara satu ketika dahulu.. ilmu2 sama ada dari tanah Arab, China dan India di alih bahasa ke bahasa melayu untuk dipelajari oleh para pelajar pada ketika itu.

jika kita teliti tamadun barat, segala ilmu yg diambil dari tamadun2 lain termasuk dari tamadun islam di tukar ke dalam bahasa mereka. hal ini kerana untuk mengajar dan belajar ilmu, hanya mudah dipelajari dan difahami sekiranya diajar dalam bahasa harian.




selain itu. termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa pengantar dalam bidang pendidikan. pelaksanaan ppsmi ini secara tidak langsung akan menyebabkan penggunaan bahasa melayu secara beransur-ansur akan terhakis dalam diri masyarakat malaysia. tulisan jawi adalah contoh yg terbaik. bgmna pada masa sekarang ia tidak lg menjadi keutamaan bahkan ada yg langsung tidak mengetahuinya. ini turut berpunca daripada tindakan phk kerajaan yg tidak perihatin terhadap bahasa melayu..betapa perit, susah dan cabaran yg terpaksan dihadapi oleh tokoh2 terdahulu bg memartabatkan bahasa melayu, tetapi hanya kerana pemikiran sempit phk pembuat keputusan yg pentingkan sekumpulan manusia dan meminggirkan sekumpulan yg lain, maka hasilnya bahasa kebangsaan yg byk sejarah dan kepentingan ini diabaikan. bahkan memberi kesan kepada generasi yang akan datang.

sekian

Anonymous said...

Salam

Maafkan saya ingin memberikan pandangan peribadi di sini. Setelah membaca "counter" saudara di atas, saya mendapati, saudara seorang yang tidak berfikiran terbuka dalam menangani isu yang dibangkitkan. Malah saudara juga berfikiran sempit dalam melontarkan ide-ide saudara dan mengemukakan bukti2 yang tidak rasional dalam melihat perkembangan isu semasa.

Saudara tidak boleh menyamakan keadaan dahulu dan sekarang dalam pengaplikasian Bahasa Melayu. Benar, Bahasa Melayu merupakan lingua franca dan digunakan secara meluas suatu ketika dahulu, namun zaman kini berubah. Juga mentaliti dan kecemerlangan globalisasi.

Mahu atau tidak, bahasa Melayu BUKAN di antara bahasa yang mampu "membawa" kita ke mana-mana. Bukanlah saya menidakkan keupayaan bahasa kebangsaan sendiri, namun, saya melihat dari aspek kerelevanan ia waktu kini dan masa hadapan.

Anon di atas mempunyai point yg cukup dengan mengatakan bahasa Inggeris kini essential dalam memperlihatkan kemajuan. Either we like it or not, interviews, presentations, even to indicate arguments, itu semua dalam bahasa Inggeris. Tindakan saudara utk menidakkan bahasa ini di atas ground bahawa BM PERNAH menjadi bahasa perantaraan yang utama di Asia Tenggara satu ketika dahulu, langsung tidak relevan dan tidak menggambarkan saudara seorang yang kritikal dalam melihat isu ini secara pandangan akademik. saudara dilihat lebih memberatkan pada satu pihak semata-mata. Ini bukanlah apa yg kita gagaskan ke arah Wawasan 2020.

Tidak sala utk saudara melihat cabaran yg dihadapi tokoh2 terdahulu dlm memperjuangkan keagungan bahasa kita. namun, saya pasti sekiranya tokoh2 tersebut masih ada juga berpendapat bahawa, evolusi bahasa memungkinkan kita utk mempelajari bahasa lain.

Tidak terhakis imej Melayu itu sekiranya mempelajari bahasa Inggeris. Bentuk pemikiran saudara ini langsung seakan menolak seratus peratus penggunaan Bahasa Inggeris. Pengimplementasian ini tidak bermakna bahasa ibunda dilupakan. Rapuhnya iman dan dan pegangan saudara sekiranya berasakan mempelajari bahasa Inggeris boleh menyebabkan kehakisan bahasa Ibunda.

Don't die, before you even trying, bangsaku.

keprihatinan saudara dlm melihat bahasa Inggeris ini menjadi kekangan buat masyarakat luar bandar juga tidak berasas. ape bukti saudara bahawa masyarakat luar bandar seperti saya sendri, tidak mampu utk mengikuti bahasa Inggeris? di mana ada kemahuan di situ ada jalan. luaskanlah pandangan saudara. jgn sering mencari lompangan dalam mengemukakan isu. pelajar kini bukan seperti zaman saya atau saudara. mereka didedahkan dengan kemajuan IT yg jauh lebih kondusif tidak kira di bandar atau luar bandar. Malah saban tahun, pencapaian pelajar2 peringkat UPSR,PMR, SPM malah STPM juga memperlihatkan dominasi pelajar2 dari luar bandar yang lebih ternyata didedahkan dengan kemajuan.

akhir kalam, harap saudara bertimbang rasa dalam mengemukakan pandangan saudara. tidak salah untuk berada pada landasan tertentu, namun, adalah lebih baek, sekiranya orang yang berilmiah seperi saudara bersikap lebih kritikal dan non-bias. sekian

yasin said...

salam. terima kasih kepada pemerhati non-bias.

saya hormati setiap pandangan yg diberikan. saya juga akui kelemahan saya dalam memberi pandangan. anda mungkin lebih kritikal dari saya. tahniah..namun, maaf lah untuk dikatakan secara tersiratnya saya melihat pelaksanaan ppsmi ini adalah satu agenda politik BN. saya tidak menolak pelaksanaan ppsmi, tapi setelah melihat kesan yg berlaku hasil daripada pelaksanaan ppsmi ini, maka ia seharusnya ditolak dan dibantah. banyak kesan buruk daripada yang baik. jadi adakah hanya hendak selaras dengan arus semasa kita perlu korbankan bahasa kita.

yg menjadi isu dalam ppsmi adalah pelaksanaan bahasa inggeris dalam matapelajaran matematik dan sains. mengapa Bahasa Melayu tidak diberikan peluang untuk berkembang sebagai ilmu terutama ilmu sains dan teknologi.

Semua bahasa sesuai untuk bidang matematik dan sains, malah kalau kita lihat kekuatan bahasa Inggeris sendiri bukan pada sains dan teknologi. Tetapi kekuatannya adalah pada sasteranya. Itulah kekuatan sebenarnya bahasa Inggeris. Sains dan teknologi tidak pentingkan sangat bahasa apa yang digunakan. Sebaik-baiknya dalam bahasa yang kita fahami. Bahasa Melayu juga sesuai seperti bahasa Inggeris. Kedua-duanya sesuai. Sama sahaja tidak ada lebihnya. Dengan syarat kita terus bangunkan bahasa Melayu dengan perkembangan ilmu seperti yang kita lakukan sebelum ini. Kita buat istilah, buat sainstifik dalam bahasa Melayu. Asalkan kita boleh mengajar dalam bahasa Melayu dan tidak akan timbul masalah.

saya tidak kisah digelar berfikiran sempit jika sesuatu yg penting untuk masyarakat malaysia dapat diperjuang dan dikekalkan untuk generasi akan datang, asalkan kita jgn menjadi seorang yg taat dengan kejahilan di depan mata. saya juga mengharap kpd sahabt non-bias jgn melihat isu ini dari sudut perancangan sahaja tapi dari sudut pelaksanaan. atas kertas memang sempurna, tapi bla sampai untuk dilaksanakan baruah kita tahu dimana lompang dan cacatnya.

sepatutnya dilakukan kaji selidik sejauhmana masyarakat malaysia bersedia untuk menerima dasar ini. bukan melaksanakan tanpa mendapat mendapat persetujuan majoriti masyarakat. harus diketahui adakah masyarakat sudah bersedia ke arah itu.

menarik untuk kita fikirkan kata-kata seorang sasterawan negara A.Samad Said:

" Apakah yang dilakukan oleh elita kuasa Melayu ini untuk menguatkan bahasa Melayu? Apa yang saya nampak mereka semakin menguncupkan bahasa dan menghala kepada penazak bahasa dan akhirnya akan menjadi penazak bahasa. Yang salah terbukti elita kuasa Melayu ini kerana tidak berusaha melestarikan bahasa Melayu. Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini.pemimpin Umno jangan semudahnya menguncup, menazak dan kemudian menguburkan bahasa ibunda saya".

Anonymous said...

salam

welcome... comment sy hny skdr utk b'kongsi pndgn.. pemerhati non-bias mungkin ada pndgn sendiri, begitu juga dgn anda & sy... thanx.. apa2 pn, sy ttp m'hormati pndgn anda & keberanian serta kesungguhan anda mempertahankan argument...

salam..

Anonymous said...

emmm percambahan pendapat yg baik..

Anonymous said...

cakap terus je.
bknnya xknl satu sama lain.

MoHFiR - Mohd Firdaus said...

Saya lebih setuju PPSMI di teruskan berbanding di hapuskan... Kerana:

1. Bukankah ini satu kebaikkan untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris (Bahasa Global).

2. Di universiti sendiri, seperti buku rujukan dan maklumat dari internet. Terma-terma dalam sains, matematik, IT, Kejuruteraan dan Perubatan menggunakan terma Bahasa Inggeris.

Contoh ayat 1: I'm using Joystick
di BMkan: Saya menggunakan Kayu Ria

Contoh ayat 2: The Server need to open the port for Client
di BMkan: Pelayan perlu membuka lubang untuk Pelanggan

Oleh itu, banyakla bahasa melayu di celup dari bahasa inggeris. bila "lubang" tidak sesuai maka "Port" juga boleh diterima sebagai suatu terma dalam Bahasa Melayu. untuk disesuaikan...

3. Belajar Bahasa Inggeris tidak bererti kita meminggirkan bahasa ibunda kita sendiri. Memang benar Bahasa Rasmi adalah Bahasa Melayu. Tetapi tidak salah mempelajari sesuatu ilmu dalam bahasa yang berlainan jika ia memberi manfaat kepada bangsa dan negara kita sendiri.

isu ini bukanla isu besar. lagipun ia tak akan dikekalkan sampai bila2. Idea ini disebabkan bangsa kita MALAS untuk belajar. Lihat bangsa lain. Kenapa Kaum India dan Cina boleh fasih berbahasa Melayu malah fasih berbahasa Inggeris? Malah lebih berjaya daipada bangsa kita sendiri. Kenapa tidak untuk bangsa kita sendiri?

Ingin ke luar negara pun... hanya Bahasa Inggeris sahaja yang anda boleh guna. Jika anda belajar di Universiti di luar negara skalipun anda perlu menguasai Bahasa Inggeris.

Saya tidak berbangga dengan Bahasa Inggeris. Tetapi saya percaya ilmu itu luas. Selain saya menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sedikit Bahasa Arab... saya juga ingin mempelajari bahasa asing lain seperti Cina dan Tamil.

Tapi adakah pejuang bahasa itu sendiri belajar bahasa selain bahasa Melayu? Jika benar kenapa kita terlalu hipokrit?