10 September, 2009

Ilmu Tinggi tak guna

Assalamualaikum dan salam sejahtera. setelah sekian lama tak menaip di ruangan ini,hati ini terdetik untuk kembali berkongsi sesuatu. mungkin ada manfaat boleh dijadikan iktibar bersama.
sudah hampir 2 minggu berada di Ampang jaya,Alhamdulilah, terasa suatu suasana yang tidak dapat digambarkan di dalam bulan yang barakah ini apabila surau-surau dan masjid di sekitar Selangor ini sentiasa "HIDUP". hidup bukan bererti bernyawa, tetapi hidup dengan pelbagai aktiviti yang dapat menarik masyarakat sekitar untuk datang memenuhi segenap ruangan. sempat saya bersembang dengan seorang pakcik,menurutnya sejak Pakatan rakyat memerintah walaupun terdapat pelbagai halangan dan isu-isu yang melanda, tetapi Alhamdulilah Rumah-rumah Allah (swt)sentiasa padat dengan program seperti ceramah, kuliah, dan sebagainya tambahan pula dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

"ilmu tinggi tak guna" itulah antara ayat yang menarik perhatian saya sewaktu mendengar Tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh seorang ustaz dari N.9 di salah sebuah masjid di Ampang. Ilmu tinggi tak guna jika hati tak gentar pada Allah (swt). ramai orang yang belajar hingga ke peringkat tertinggi (phd dan sbgainya), namun tidak ada rasa takut kepada Pencipta Dunia ini. segala tindak-tanduk mereka bertuhankan Hawa nafsu semata-mata. maka dengan itu, dapat kita lihat pada hari ini bagaimana kecelaruan yang melanda kehidupan masyarakat hari ini. walaupun mempunyai pelbagai kepakaran dalam pelbagai bidang tetapi hidup dalam keadaan yang cukup jauh dari kehidupan yang berlandaskan prinsip-prinsip dan nilai sebagai seorang muslim. Gejala rasuah, pecah amanah, budaya hidup bebas, sikap pentingkan diri, dan sebagainya telah menjadi amalan kehidupan bagi kebanyakkan orang-orang yang mempunyai pendidikan tinggi. perkara ini dapat diamati apabila pelbagai isu, dan kes yang dibongkar yang boleh didapati daripada pelbagai sumber.

Tidak ada istilah ilmu dunia dan ilmu akhirat, yang ada semuanya adalah ilmu Allah (swt). sekiranya seseorang itu mempunyai kesedaran, maka ilmu yang dipelajarinya tidak kira apa bidang pun bukanlah untuk memenuhi hawa nafsunya semata-mata, tetapi ianya sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah (swt).

No comments: