06 February, 2009

politik hina atau hinanya pelaku politik





"politik kotor Umno/BN semakin menjadi hina." ini antara intipati2 maklumat yang diadpati daripada sumber2 akhbar dan sebagainya..tak dpt dinafikan ia sudah berlaku, sedang berlaku dan terus berlaku. Demi mengukuhkan hegemoni yang sudah terhakis, pelaku-pelaku politik umno semakin terdesak sehingga menggunakan jalan yang tak diretui oleh rakyat bagi merampas kuasa.

politik hina atau hinanya pengamal politik. Ini adalah dua perkara yang berbeza. bagi pendapat saya politik tidak hina sekiranya mengikut landasan yang benar dan lurus. tetapi politik menjadi hina apabila hinanya pengamal politik. sebab itu rosaklah sistem,hancurlah maruah, lingkupalah masyarakat.

Apa yang beraku kepada kerajaan pakatan rakyat negeri Perak mendapat perhatian yang meluas sekarang. secara tidak langsung saya juga mengikutinya. Hina, Hina, Hina , itulah perkataan yang keluar dari mulut seorang penganalisis politik Dr Agus Yusoff sewaktu saya berjumpa membincang perihal latihan ilmiah saya yang masih belum selesai. Rasanya lebih daripada tiga kali perkataan hina keluar dari mulut beliau. walaupun kekangan waktu agak terhad namun saya cuba untuk bertanyakan pandangan beliau."tak perlu hairan, tapi saya pun bingung bila memikirkan suasana politik sekarang."itulah antara luahan darinya.

"Soal maruah, moral, jauh sekali akhlak tidak akan sama sekali dititikberatkan bg pengamal politik yang KOTOR. Apa saja sanggup dilakukan bg mendapatkan dan mengukuhkan kuasa..pandangan rakyat tidak di hormati jauh sekali diambik peduli.
keputusan yang di ambil oleh sultan Perak atas pertimbangan nyata mengecewakan sebhagian rakyat. kenapa tidak di bubarkan Dun,tidak semestinya jika diadakan pilihan raya semula pakatan rakyat boleh menang.tapi persaingan boleh berlaku. Itulah demokrasi. dan boleh memuaskan hati kesemua pihak.

Sumber malaysia kini menyatakan-DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM
Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan."

suasana politik akan sentiasa berubah, ada yang dapat diramalkan dan ada yang muncul dengan mengejudkan,tapi yang menerimanya rakyat..adakah malaysia menujuku ke arah politi baru yang lebih demokrasi atau mengundur ke arah keterbalikan demokrasi...

10 comments:

Anonymous said...

nak tanye pendapat saudara mengenai pakatan rakyat yang mengatakan akan mengambil alih parlimen? bukan kah kaedahnya sama? ahli politik lompat parti, sape majoriti menang. bukan kah sama dengan apa yang berlaku di perak??

Anonymous said...

Saya mohon untuk berbicara panjang...

Ingat saudara... Siapa yang mulakan permainan ini? apa cerita 16 September.. oppss 24 Sept opsss ada tarikh lain plak... Siapa yang pujuk Nasarudin masuk PKR? Fikir2kanla... Kenapa Anwar, Nizar, Nik Aziz kata itu hak dia untuk berubah. Dalam Harakah kata Nasarudin bukan lompat tetapi hijrah. Tetapi bila hijrah ke BN dikatakan rasuah, kena beli, kotor dsbnya?

Anda kena ingat.. PAS menang kat Kelantan menang dengan majoriti 1 undi. Tetapi BN x kacau sebab hormat hak pengundi. Tetapi sekarang pengundi atau rakyat tak hormat pada BN malah beriya2 supaya BN tumbang biarlah dengan cara mcm mana sekalipun. Supaya BN dapat tumbang... ITULA IDEA ANWAR. Jangan lupa ADUN yang kuar PR tu sebenarnya jadi BEBAS. x masuk BN tetapi sokong kerajaan BN. Sbb.. PR dah buang mereka.

Jangan salahkan BN... apa cerita surat ditandatangan tanpa tarikh? kenapa bekas ADUN PKR di berhentikan... Kenapa PR Perak beriya2 ingin mengosongkan kerusi tersebut? Sedangkan mereka masih ahli PKR dan ADUN yang sah. Mana demokrasi PR apabila memaksa ADUN sign surat letak jawatan tanpa tarikh. Bukankah itu satu bentuk ugutan?

Sebenarnya.. PAS ni ok tapi bila dh ikut telunjuk PKR dan DAP mmg dah sesat. PAS yang mendaulatkan Sultan tetapi akhirnya dengar kata Pak Syeikh tu terus jadi derhaka. Ingat, kuasa tubuh kerajaan negeri dan lantikan menteri besar tertakluk kepada Baginda Sultan. Anda belajar sains politik pun tau...

Anda tau kenapa Sultan x nak bubarkan DUN? Sebab dia tau mungkin kalo bubar PR pasti akan menang lagi. Ingat sebelum ni PR menang kira kebajikan org perak terjaga tetapi tanah rakyat plak dijaja kepada org cina. PR Perak majoriti DAP yang kalo boleh nak mansuhkan hak bumiputra!!! DAP x sama MCA dan Gerakan yang mengiktiraf Hak Bumiputra. Seperti termaktub masa penubuhan Persekutuan tanah melayu. Sebenarnya nak elakkan daripada TANAH PERAK di gadai kepada orang Cina. Kenapa kampung baru cina diberi 999 tahun tetapi kampung tersusun diberi 99 tahun? Anda x rasa malu ker Perak sultannya melayu tetapi tanah byk diberikan kepada cina. Perak x sama dengan Penang. Lama kelamaan melayu pupus dan cina ramai... akhirnya jadi seperti penang atau singapore.

Apa2 pun... ini adalah pengajaran kepada PR jangan nak tubuhkan kerajaan dari 'pintu belakang' Jangan fikir rakyat semua sokong PR... lihatla lepas Abdullah turun... dan Ingat selagi PAS bersengkokol dengan DAP dan PKR selagi tu PAS akan menerima bala dari 2-2 parti ni.

Walaupun BN menang dengan cara begini.

Anonymous said...

*Walaupun BN menang dengan cara macam ini tetapi BN masih tau undang2 dan perkenan Sultan. BN tubuhkan kerajaan bukan kerana rampas tetapi dimperkenan oleh DYMM Sultan sendiri. Jadi tiada isu BN nak rampas. BN sendiri x kisah kalau Sultan minta pilihanraya dibuat sebab perbubaran dun perlu dapat perkenan sultan... bukan mcm EX MB Nizar buat. Melebihi kuasa Sultan.

Dalam hal ini... Sama2la kita renungkan. Siapa yang mulakan dulu???

BudakSainsPolitik said...

Saya setuju dengan kenyataan anonymous ni. Sebabnya:

1. PAS bila dengan DAP memang dpt byk bala dari kebaikkan.

2. BN x rampas kuasa tetapi berkuasa di Perak sbb ada majoriti yg cukup dan ia diperkenan oleh Sultan. Jangan derhaka sultan. Kalau sultan boleh di derhaka apa tah lagi dengan Allah S.W.T...hmm!!!

3. Bubar Dun bukan satu solusi yang baik. Sebab duit rakyat byk habis kat situ. lebih baik duit tu digunakan untuk pulihkan ekonomi negara.

4. Perak byk DAP --- Aku mmg x suka DAP. Sehina2 BN rampas (bak kata PR) Perak... lagi HINA bagi aku bersengkokol dengan DAP yang Malaysia Malaysian serta nak hapus hak Melayu!!!

MoHFiR - Mohd Firdaus said...

Salam Bro...

just nak beritahu... Aku pun tak suka DAP.

sampai bila2 aku tak akan suka DAP. PR Perak jatuh pun sbb DAP. Majoriti melayu x suka DAP. Tetapi sedih bila ORANG MELAYU SOKONG DAP berbanding MCA, MIC dan GERAKAN yang iktiraf hak melayu seperti termaktub dalam perlembagaan.

Apa2 pun tulisan ko memang menarik tetapi saya rasa keterlaluan bila pasal HINA. Fikirla HINA atau tidak Anwar nak rampas kerajaan Malaysia. Sampai ke Taiwan untuk pujuk ahli parlimen BN. Apa kata kita mintak Anwar dedahkan nama mereka yang nak masuk PR.

yasin said...

salam kpd semua yg sudi mengeluarkan pendapat. secara jujur saya tak ingin mengeruhkan keadaan dlm kita berbahas dan berbincng kerana perlu diingatkan bhwa sejauhmana kita bertegang urat tak akan memberi apa2 faedah melainkan kita ingin mengubah diri ke arah yg lebih baik..

memang klw nk berbhs berbagai isu kita keluarkan mengatakan ini betul itu salah dan sebagainya. perlu dingatkan bahawa perbezaan ideologi menjadi satu lumrah dan perlua ada keadah terbaik bgi mengatasinya.

bg menjawab semua peroalan yg ditimbulkan mengenai isu2 yg ditimbulakan , saya hendak menginkatkan bhw politik perkauman telah mendasari pemikiran setiap indivdu dimalysia, dan yg menjadi tunjang kpd tercetusnya perkara ini ialah intiti kaum yang terdapat dlm masyarakt malaysia. BN sama ada UMNO dan MIC secara terang sering memainkan isu2 perkauman bg mendapatkan sokongan rakyat dan menunjukkan seolah-olah hanya elit pemimpin di kalangan mereka dpt menyelamatkan kaum masing.. ini secara jelas boleh menjetuskan api perkaum dan menjerumus kpd konflik, sedangkan diperingakat atasan elit2 menunjukakn mereka bermuafakat.

bg yg menbgkitkan isu 16 september, klw anda sbgai pemerhati politik yg baik perlu bijak meganalisis, apa yg diambil tidak kira lah Anuar atau sesiapa hanyalah Gimik politik untuk mendptkan tindak balas sama ada dari BN mhupun Rakyat..

klw anda menganalisi situasi yg berlaku selepas pru 12 menunjukkan hegemoni atau kedudukan BN semakin terhakis, sebabnya masyarakat dah menuju ke arah satu bentuk budaya yg dipanggil politik baru iaitu isu2 perkauman tidak lg dihiraukan yg menjadi keutamaan adalah isu2 sejagat, keadilan, keselamatam, kerajaan yg telus, adil dan jauh dr rasuah.itu yg rkyat mahu. sebab itu berlaku perubahan dlm pru 12. dan hegemoni BN terus terhakis dlm prk permatng pauh dan k.tggu.


bg yg suka tmbulkn isu kaum, bknkah mca tu cina jga sama dgn dap.
jd mengapa pemikiran kita selau persoalkan dia cina, dia india,dia melayu. sokong ini, jgn sokong ini.
perlu diingatkan tak kira apa prti, selagi mana yg nk perjuangkan kebaikan dan menentang kebatilan selagi mana tak bertentangan dgn islam, mengapa perlu kita menimbulkan api permusuhan..

bg situasi di perak, klw nk bhs siapa yg ada hak ikut undang2 memang pnjang. tapi hanya satu perkara yg nk dibangkitkan iaiti dalam proses mmbt keputusan, untung dan rugi diutamakan.yg punya kuasa akn bt keputusan keputusan sekiranya ada untung kpdnya. tapi kesan drp keputusn yg dibuat perlu difikirkan kesan. rakyat yg memilih sekiranya perasaan rakyat tak diambil kira apa guna sistem pilihanrya. jika bt keputusan yg adil, maka bubur dun biar kedua2 belah pihak bertanding dan rakyat bt keputusan. itu lebih telus dan menjaga hati kedua-dua belah pihak sama ada ada BN atau pr.

klw ada yg kata tak suka dap, dan tak suka pr. perlu difikirkan siapa yg memilih pr@ dap.RAKYATKAN.jadi kenapa perlu ditimbulkan tak suka itu dan ini. klw yg memerntah tak menjalankan tanggungjawab dgn baik maka, rakyat ada kuasa,bt keputusan yg baru ,itulah lah demokrasi..bknnya buat kputsn demi sebelah pihak..

sbb itu timbul isu politk kotor dan hina apabila pelaku2 politik tidak mengikut tatacara yg betul mengikut lunas2 demokrasi tidak kira sama ada BN Atau PR..yg benar tetap benar yg salah tetap salah.
sekian

Anonymous said...

bengong2..itu la aje yg mampu ana luahkan pada mereka yang tak dapat bezakan antara cara peralihan kuasa yang sebenar...hasrat anwar tu mengajak ahli2 parlimen melompat dengan cara pujukan tanpa sebarang tawaran wang atau pun jawatan..tapi BN dengan cara penculikan dan rasuah yang bernilai rm 10 juta...paham tak...lain kali paham kan dulu baru nak buat ulasan..

Anonymous said...

benarkah Anwar memujuk... so kenapa ada ADUN BN kata disogok dengan sejumlah wang dan jawatan? Ke ADUN BN tipu?

Anonymous said...

ya la tu.adun BN tipu

Anonymous said...

klu betul sila la bawakan kes ini ke mahkamah..klu betul nasarudin disogok....kes najib merasuah dh pun difailkan ke mahkamah...siap ada sumpah lagi..bengong2 sape yg bengong2..BN= bengong negara..kahkahkah...