20 August, 2010

Apa cita-cita Anda?

Salam ramadhan Al-karim

Alhamdulilah kita masih diberi peluang dan ruang untuk berada di dalam bulan yang penuh barakah, semoga Allah swt terus member kita kekuatan untuk meneruskan ibadah yang mana segala amalan akan dilipat gandakan.

Anda Arkitek?
Bulan ramadhan pada kali ini membawa lembaran penuh erti dan kelainan di dalam diri ini. Buat pertama kali saya berpeluang untuk bersama-sama menjalani ibadah puasa bersama dengan anak pelajar sekolah rendah Islam Al-furqan. Amanah sebagai warden asrama pelajar lelaki membuatkan saya cuba sebaik mungkin membahagikan masa buat anak-anak pelajar di samping mengajar. Kehendak dan masa buat diri semangnya perlu dihadkan dan dikorbankan jika anda diberi amanah untuk menjaga manusia tambahan pula insan-insan kecil yang sedang belajar erti hidup….saya teringat akan butiran mutiara kata yang diucapkan oleh seorang penceramah semasa mengendalikan bengkel buat guru-guru di sri al-furqan, katanya “ guru ialah arkitek..tugas guru cukup penting kerana guru memainkan peranan penting dalam membentuk diri seorang pelajar, timbulkan dalam diri apa lagi yang boleh aku buat untuk membentuk anak-anak pelajar”.

Menjadi guru di sekolah agama tanpa bantuan kerajaan terutaman dari sudut prasarana,kewangan,dan kemudahan pembelajaran membawa cabaran yang berbeza berbanding dengan guru-guru di sekolah kerajaan. Namun yang pasti matlamat seorang guru Cuma satu mahu melihat anak didiknya menjadi seseorang yang berguna.



Tiga A

Perhimpuana pagi isnin berlangsung seperti biasa, namun ucapan mudir (pengetua ) oleh Ustaz Fakhrul Anwar pada pagi itu memberi idea baru dalam melihat sistem pendidikan yang pada ketika ini kecoh dengan ura-ura pemansuhan upsr dan pmr... “tidak perlu 5 A atau 10 A”, cukup dalam diri pelajar boleh mencapai tiga A..Apa itu 3 A, mari kita tengok:

A yang pertama ialah Akademik :
sebagai seorang pelajar, pelajaran perlu dititik beratkan..Seorang pelajar harus menguasai semua Ilmu yang dipelajarinya.. semua subjek walaupun tidak mendapat keputusan yang cemerlang sekurang-kurang perlu diketahui..itulah A yang pertama.

A yang kedua ialah Akhlak :
Tingkah laku merupaka satu displin yang perlu di ambil berat oleh semua pihak.. Akhlak Mahmudah atau mulia yang dimiliki seorang pelajar akan menambah nilai dalam diri seseorang..Maka di dalam perkara ini, Islam telah menunjukkan jalannya, Ikutilah Akhlak Muhammad saw, insyaAllah para pelajar akan menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan Akhirat.

A yang ketiga Ialah Agama :
Pendidikan asas agama harus dikuasai oleh para pelajar. Apabila diri telah mempunyai asas agama yang kukuh,isyaAllah Negara tidak akan berdepan dengan masalah sosial yang semakin serius melanda masyarakat kini. Apabila pelajar kenal Allah dan Rasul maka dia akan kenal dirinya serta tujuan hidupnya..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Apa cita-cita Anda?



“Apa cita-cita kamu ?“ ini merupakan soalan yang kerap ditanya pada anak-anak kecil mahu pun orang yang telah dewasa.. Maka jawapannya pasti banyak sehingga tidak terhitung oleh jari..kadang-kadang cita-cita boleh berubah-ubah…namun apa sebenarnya cita-cita Anda?

“Al-fuqan apa cita-cita kamuu” Tanya mudir. “Hidup mulia di sisi Allah” jawab mereka serentak..Nah,itulah cita-cita sebenar Anda,hidup mulia di sisi Allah swt..walau apa pun pekerjaan Anda, jadilah seorang yang mulia dengan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang..Anda boleh jadi seorang tukang kayu,tukang kasut,peniaga,doktor,peguam,guru,pensyarah atau apa saja. Itu pilihan Anda,tapi cita-cita utama haruslah hidup mulia di sisi Allah. Pandangan Allah itu yang hakiki” maka kita seharusnya merebut Pandangan Allah bukan pandangan manusia yang lemah lagi hina”.

Salam ramadhan

Di kesempatan ini , walaupun Ramadhan sedang memasuki Fasa yang ke dua rasanya masih belum terlambat untuk diucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak. Semoga kita peroleh Rahmat.InsyaAllah.

3 comments:

Anonymous said...

hidup mulia atau mati
sebagai syuhada..

yasin said...

InsyaAllah.

ana_ayume said...

Analogi yang menarik.. guru umpama Arkitek.. Guru boleh menjadi persekitaran penting dalam membentuk peribadi anak didik selain ibu bapa dan kawan2..

TQ cikgu.. kerana kalian kami bisa jadi siapa kami hari ini =)

setuju dengan pendapat pelajar perlukan 3A..
Akademik+Akhlak+ Agama = kejayaan dunia akhirat..

Aspek penting kalau nak bentuk modal insan berkualiti berteraskan manual Islam.. Anak-anak hari ini perlukan 3A agar tak pincang dalam hidup..