27 May, 2010

bantah judi bola




Langkah pihak kerajaan ingin memperkenalkan lesen judi sukan dalam negara kita pada masa sekarang ini adalah satu tindakan yang jauh menyimpang dari ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima dalam masyarakat Malaysia pada waktu ini. Ianya menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan UMNO-BN yang ada pada waktu sekarang ini telah bankrap idea dan sedang membawa negara mundur ke belakang ke arah yang lebih jauh dari ajaran Islam. Inilah yang dirancang oleh penjajah dan UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan yang ada di waktu ini telah membawa semakin banyak perkara-perkara negatif selepas negara mencapai kemerdekaan, malah lebih banyak dari yang dilaksanakan oleh penjajah itu sendiri.



Hasilnya wajah Islam yang cuba dibawa oleh UMNO dengan mendirikan masjid, Pusat Islam dan aktiviti keagamaan ini menjadi topeng dan tempelan kosmetik sahaja, dan dalam masa yang sama mereka merobek Islam dari belakang. Akibatnya UMNO juga telah menunjukkan satu wajah yang sangat salah dengan hakikat tasawwur ajaran Islam yang sebenar.

Maka sudah tiba masanya bagi orang Melayu beragama Islam untuk memahami bahawa di sana terdapat perbezaan di antara Islam dengan bangsa. Islam adalah agama untuk seluruh manusia tanpa mengira bangsa dan kaum. Dalam hal ini kita telah mendapat respon yang sangat baik dari kalangan orang bukan Islam, malah kita juga telah berjaya menarik sokongan rakan-rakan dari DAP dan PKR yang bukan Islam untuk menyokong bagi mengharamkan judi. Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam.

PAS menyeru kepada penyokong-penyokong UMNO yang cintakan agama untuk membuat muhasabah terhadap diri mereka supaya melaksanakan perubahan secara ilmu dan mengkaji kefahaman Islam yang betul melalui sumber-sumber Islam dan bukan melalui media-media yang memberikan maklumat yang salah yang terus menerus menjahilkan mereka dari ajaran Islam.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

26 JamadilAwal 1431 bersamaan 11 Mei 2010

17 May, 2010

umpanan tidak menjadi



Assalamualaikum.

Keputusan Pilihan raya kecil Parlimen Sibu menjadi satu lagi tamparan hebat buat BN. Kemenangan Wong Ho Leng calon pakatan Rakyat yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.


Corak Politik kaum di Malaysia

Kekalahan BN di Parlimen sibu memperlihatkan satu lagi penolakan masyarakat terhadap kepimpinan BN yang ada sekarang. Kaum Cina misalnya telah memperlihatkan trend mengundi yang berlainan berbanding kaum-kaum lain di Malaysia sejak PRU ke 12 apabila MCA dab Gerakan ternyata gagal untuk mengembalikan keyakinan orang Cina terhadap BN.

"istilah Politik Baru" yang digunapakai oleh pengkaji politik untuk melihat suasana politik tanah air kini sedikit sebanyak menerangkan keadaan yang berlaku. Masyarakat kini bukan sahaja kaum Cina bahkan kaum Melayu dan kaum India mula memperlihatkan suatu corak politik yang lebih kehadapan. Persoalan Perkauman walaupun masih menjadi pokok utama, namun tidak lagi menjadi TUNJANG dalam pemilihan calon dalam sesuatu pilihan raya. Persoalan Integriti,ketelusan,Keadilan,dan pentadbiran cekap lebih menjadi garis pengukur dalam corak politik masyarakat kini terutamanya bagi yang tinggal di bandar.

Ternyata ketidakpuashatian masyarakat di Sibu telah menghukum BN yang dalam prk parlimen Sibu. Banyak yang kita dengar keadaan masyarakat di Sarawak yang masih jauh ketinggalan berbanding di Semenanjung tanah air walaupun kerajaan BN berbangga dengan keadaan masyarakat Malaysia sekarang dan sering membandingkan dengan negara dunia ke tiga terutama di Afrika.


POLITIK WANG / RASUAH POLITIK

Rasuah untuk memperoleh sokongan dalam pilihan raya telah menjadi trend bagi BN sejak sekian lama. lihat saja di mana-mana pilihan raya keci baru-baru ini, pelbagai projek ditaburkan,pelbagai janji diungkapkan, pelbagai jaminan bahkan ugutan dilemparkan. Hanya 1 yang menjadi agenda iaitu terus berkuasa, bukannya kepentingan rakyat yang diutamakan.

Oleh itu,rakyat yang sudah lali dengan trend ini perlu bijak mencari peluang sebagai mana BN "bijak" mengumpan. "kalau depa bagi ambik saja la,tapi undi bagi kepada yang
layak. Bukannya kepada pemimpin perasuah yang menghabiskan wang rakyat yang mencari rezeki dengan tulang empat kerat.

Memetik ucapan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berceramah pada malam terakhir sempena prk parlimen Subu :

"Saya mahu rakyat Sibu menjadi ikan yang bijak, pilih umpan yang baik sekali tapi hanya makan umpan sahaja jangan sekali-kali makan pancing. Biar dia bawa balik pancing ke Kuala Lumpur dan tenung pancing tersebut kenapa ikan di Sibu tidak terkena pancingnya kali ini.

"Jadi sekarang perlu ada perubahan agar mereka tidak tidur lagi dan takut dengan rakyat Sarawak terutamanya Sibu. Biar mereka tahu rakyat sudah tidak memberi peluang padanya untuk terus menipu,"

Keputusan telah diketahui, maka pengundi di Parlimen Sibu memilih satu langkah yang bijak. Bukan saja di Sibu,bahkan di seluruh negara perlu menggunakan kebijaksanan bagi memilih pemimpin.


PERUBAHAN

Istilah perubahan adalah ungkapan yang paling tepat bagi mengambarkan suasana politik sejak pru ke 12. Rakyat mahukan perubahan. Pemerintahan BN ternyata mula disingkap dengan pelbagai salah laku, ketiadakcekapan dalam pentadbiran,dan rasuah yang berleluasa.

Rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum,budaya dan agama sudah semestinya mahukan sebuah pemerintahan yang cekap,bersih dan adil bagi mewakili mereka. Sudah semestinya Politik Perkauman yang menjadi Tunjang kepada BN tidak dapat lagi diterima oleh masyarakat di Malaysia. Sekiranya Persoalan Kaum menjadi pokok utama sebagai mana UMNO ,MCA ,MIC dan lain-lain parti dalam BN, bagaimana setiap Individu hendak mendapatkan Keadilan bagi dirinya. Api-api perkauman yang ditiupkan ternyata merosakkan hubungan kaum.

Oleh itu, perubahan diperlukan dalam suasana politik tanah air. Pakatan Rakyat harus mengambil peluang ini membuktikan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana rakyat mahukan perubahan.

12 May, 2010

Perhimpunan perdana palestin

Assalamualaikum,

saya tidak tahu bagaimana ayat harus disusun bagi memulakan bicara. Tangan seolah-olah kaku setiap kali melihat ruang post di dalam blog. Namun saya mencuba, semoga tulisan yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada orang yang sudi membaca.

Pernah diceritakan, ketika seorang pendakwah berceramah di hadapan ribuan orang,pendakwah tersebut tidak boleh memaksa semua orang di hadapannya menerima kata-katanya serta mengamalkan apa yang disuruhnya. Di kalangan ribuan pendengar,sekiranya seorang dibuka hidayah oleh Allah S.w.t dan dapat menerima dakwah tersebut maka itu lebih baik daripada tiada langsung. Maka di sini, bukanlah tugas pendakwah untuk membuka pintu-pintu hati orang ramai, sebaliknya Allah s.w.t lebih mengetahui hati mana yang ingin dibuka oleh NYA.

Segalanya mungkin dianggap kebetulan dan tidak dirancang, namun apa yang penting segala yang berlaku telah diaturkan oleh Tuan Punya Dunia. Alhamdulilah, saya berkesempatan untuk bersama-sama beberapa orang sahabat menyertai perhimpunan perdana Palestin di stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei 2010.

Teruja, bersemangat dan terkejut,mungkin itulah perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan perasaan ini ketika tiba di stadium Melawati. Ribuan Orang berkumpul menunjukkan sokongan terhadap Tribulasi yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin.
persembahan daripada kumpulan Shoutul harakah memang dinanti-nantikan,dan tidak keterlaluan untuk dikatakan kumpulan tersebut berjaya membangkitkan semangat kebersamaan untuk menyelami penderitaan masyarakat palestin.

Jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan Nasyid tempatan, kumpulan Shoutul harakah(indonesia) lebih jauh ke depan dan berkualiti mencipta lirik-lirik lagu yang membangkitkan semangat untuk berjuang demi mempertahankan Islam bersesuaian dengan keadaan masing-masing.

Harapan,agar kumpulan Nasyid tanah air turut mengikut jejak shoutul harakah. sudah lah,tinggalkan lagu-lagu jiwang karat yang tidak ke mana. Ayuh bagkitkan semangat Ummat.