22 October, 2008

tahniah pro M upsi




Pilihan raya kampus upsi telah menyaksikan suatu perubahan politik semasa apabila pro mahasiswa kembali memberi saingan dan tekanan kepada Aspirasi. keputusan rasmi yang diperoleh dari sumber mahasiswa upsi menyatakan Pro Mahasiswa 8, Aspirasi 13.Antara kawasan yang dimenangi oleh calon Pro Mahasiswa ialah kerusi Umum sebanyak 3 kerusi, Fakulti Sains dan Teknologi, FSSK, FSKPM, dan FSM. Saya mengucapkan tahniah dan Syabas kepada Pro M UPSI kerana berjaya mengurangkan majority 2/3 Aspirasi daripada menawan kampus perguruan itu.Iaitu satu pencapaian bersejarah walaupun seperti pilihan raya yang sebelum ini pihak HEP memberi tekanan yang hebat kepada Pro M.


STUDENT POWER..inilah selogan KERAMAT yang harus dihayati oleh setiap individu YANG bergelar mahasiswa.. mereka sepatutnya tahu akan tanggungjawab dan peranan masing-masing bukannya bersikap pasif dan berdiam diri..setiap oarang harus menyemak kembali lipatan sejarah bagaimana golongan mahasiswa di negara jiran menjadi pemangkin kepada masyarakat, berada di barisan hadapan menentang ketidakadilan, kezaliman, dan diskriminasi yang berlaku dalam sesebuah negara. Hal ini kerana, mahasiswa adalah golongan yang berilmu dan dipandang tinggi oleh masyarakat. sedar akan tanggungjawab adalah perkara penting, bukan sekadar belajar, sebaliknya ilmu yang dipelajari harus dipraktikan dan disumbangkan kepada masyarakat dan negara.
siapa kata datang ke universiti hanya untuk belajar semata-mata.(fikirlah sendiri apa yg boleh anda lakukan lagi)Manusia adalah sebaik-baik kejadian. Gunakanlah peluang yang masih dikurniakan oleh Allah(s.w.t) untuk menyatakan yang hak dan dan menentang kebatilan. Adakah masih ada esok untuk kita..??hanya Allah (s.w.t) yang lebih mengetahui...

3 comments:

asasLP said...

nantikan tsunami yang bakal berlaku di UKM...sebelum nie kita tak pernah dengar pun ada pasukan pro-pembangkang kat UPSI akibat ugutn n sekatan yang terlalu kuat dikenakan..tapi lihat a sekarang segala2nya sudah berubah, ugutan bukan lagi jadi satu ketakutan...sesungguhnya jika mereka merancang, percayalah bahawa Allah juga ada perancangannya, tetapi ketahuilah perancangan Allah yang akan menentukan segala-galanya...takbir...

yasin said...

sejauh mana hebat pun perancangan orang2 yg menjadikan nafsu dan kepentingan matlamat, tidak akan berjaya dan akhirnya memakan diri sendiri. manusia bukan tunggul kayu@batu, sebaliknya insan yg punyai akal fikiran dan perasaan. orang yg suka mengugut dan mengancam adalh manusia yg paling lemah dan penakut..

Anonymous said...

SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU LEMAH, TIADA SIAPA YANG BISA MENANDINGI KUASA ALLAH