01 October, 2011

Dr.Burhanuddin al-Helmy: Pahlawan Umat



PAS dan Kepimpinan.

PAS di sepanjang keberadaanya di pentas politik negara telah mengalami pasang surut perjuangannya,dan juga peralihan kepimpinannya yang silih berganti. Namun tetap dalam orbit Islam.

PAS mengalami beberapa fasa perjuangan di dalam dan luar kerajaan,mengalami tajribah politik yang terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.
Dalam sejarahnya juga, PAS telah dipimpin oleh beberapa orang pimpinan seperti Tuan Haji Fuad Hassan, Dr. Haji Abbas Alias,Dr. Burhanuddin al-Helmy, Datuk Mohd Asri Muda,Tuan Haji Yusof Rawa, Ustaz Dato’Fadzil Mohd Noor dan Dato’Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang(hingga sekarang).Manakala parti itu,dipimpin oleh dua orang Mursyidul Am,iaitu Tuan Haji Yusof Rawa dan juga Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat(hingga sekarang).


DR.BURHANUDDIN AL-HELMY:PAHLAWAN UMAT


Pada awal peubuhan PAS,sambutan masyarakat di Tanah Melayu terhadap parti yang bergerak atas landasan Islam amat terbatas.Namun PAS mula mengorak langkah dalam politik negara melalui pertukaran kepimpinannya. Era kepimpinan yang paling berkesan dalam PAS ialah semasa PAS dipimpin oleh dua orang tokoh besar di alam Melayu iaitu Dr.Burhanuddin al-Helmy dan Dr.Zulkifli Muhammad.

Kepimpinan mereka telah Berjaya melonjak PAS ke persada arus utama politik Negara ini. Pandangan mereka menjadi buruan akhbar,apatah lagi kerana intelegensia Melayu tidak ramai yang terlibat dengan politik Tanah Melayu secara langsung.
Dr.Burhanuddin adalah mentor kepada politik kiri Tanah Melayu yang telah mendekam beberapa kali di penjara British.

Akhbar ‘Melayu Raya’ sentiasa member publisiti yang lumayan kepadanya sebagai pemimpin rakyat yang tidak gentar berhadapan gertakan British. Pada tahun 1950,beliau adalah tokoh utama dalam Peristiwa Natrah di Singapura sehingga beliau dipenjarakan. Namun demi meredakan kemarahan orang Melayu rejim British terpaksa membebaskan beliau. Dr.Burhanuddin meninggal dunia pada tanggal 10 Oktober 1969.


Kongres sambutan ulangtahun ke 60 Tahun PAS


kini Perjuangan PAS semakin mendapat perhatian banyak pihak . Memetik ucapan Presiden PAS ketika meyampaikan ucaptama di kongres sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium,Kepala Batas, :


"kini PAS sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951. PAS kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.

Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri.

"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah.

"Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah.

Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan Rakyat."

Sempena sambutan ulangtahun ke 60 Tahun PAS pada 1 oktober 2011, Anugerah Pahlawan Umat telah diberikan kepada Allahyarham Dr.Burhanuddin al-Helmy.Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden PAS Dato’Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kepada Isteri Allahyarham Dr.Burhauddin disaksikan ribuan orang di Dewan Milenium kepala batas Pulau Pinang.



No comments: