22 August, 2011

Anda sudah Semak?




Assalamualaikum,dengan nama Allah s.w.t yang maha pemurah lagi penyayang.Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w,keluarga dan sahabat baginda..

Bertemu lagi dalam penghujung Ramadhan..tidak diketahui sama ada masih adakah ramadhan seterusnya buat kita..jika ini ramadhan terakhir,sudah cukupkah bekalan untuk bertemu tuan punya dunia?

Alhamdulilah,bila mana pertanyaan seperti ini sentiasa ditanya jauh ke dalam lubuk hati,InsyaAllah mudah-mudahan akan melonjakkan momentum terakhir buat diri kita memperbanyakkan amalan dalam bulan yang mulia ini yang mana amalan sunat diberi pahala sebagai mana amalan wajib.manakala amalan wajib yang dilaksanakan mendapat ganjaran 70 puluh kali ganda pahala.subahanaAllah,maha pemurah Tuhan Sekelian Alam.


Tazkirah Ramadhan

Berbeza dengan Perlis,Solat Sunat tarawih di Selangor di selitkan dengan tazkirah.Pengisian ilmu oleh alim ulamak amat dinanti-natikan oleh masyarakat di sini. saya perhatikan penyampaian oleh alim ulamak amat ditekuni dengan bersunngguh-sungguh walaupun masa terhad..

Bekalan bertemu Allah.

Apa yang ingin kita capai dalam bulan ramadhan ini?Apa bekalan yang dibawa untuk bertemu Allah,andaikata masa kita sudah sampai..?Itulah pertanyaan seorang Ulamak yang memberikan tazkirah pada malam ini..Jawapannya ialah TAKWA.

Apa Itu Takwa?

Menurut saiyyidina Ali bin Abi Thalib (k.w)Takwa itu dapat diketahui dengan 4 ciri:

1. Takut (kepada Allah) yang diiringi rasa cinta.

2. Beramal dengan Al-quran yaitu bagaimana Al-quran menjadi pedoman dalam kehidupan sehari-hari seorang manusia. setiap tindakan,keputusan yang dilakukan perlulah berlandaskan syarak,sama ada dari sudut ekonomi,politik,sosial dan sebagainya.sekiranya bercanggah dengan Al-quran dan Sunah,perlulah ditinggalkan.

3. Redho dengan yang sedikit, ini berkaitan dengan rezki. Bila mendapat rezki yang banyak, siapa pun akan redho tapi bagaimana bila sedikit? sikap redho inilah perlu ada dalam diri. redo terhadap ketentuan rezki yang telah ditetapkan kepada kita setelah berusaha.sentiasa bersangka baik kepada Allah terhadap rezki yang dikurniakan walaupun sedikit.

4. Orang yg menyiapkan diri untuk "perjalanan panjang", maksudnya adalah hidup sesudah mati.

Inilah 4 item yang perlu ditanya pada diri kita sendiri sama ada sudah adakah bekalan takwa dalam diri kita..Jawapannya ada dalam hati masing-masing.tiada orang lain boleh menjawap jawapan yang tepat bagi soalan tersebut melainkan diri sendiri.

InsyaAllah,dikesempatan hari-hari yang berbaki di penghujung ramadhan pada tahun ini,marilah kita bermunasabah,menyemak,mengaudit diri masing-masing. Sudah Siapkah bekalan "takwa" untuk dibawa bertemu Tuan Punya Dunia Ini..


Bangi,aku datang lagi..

Hampir 2 tahun tidak menjejak kaki ke bangi.kini saya diberi peluang bersama beberapa orang sahabat kembali ke bangi dengan beberapa misi.Alhamdulilah segalanya dipermudahkan..terkenang sahabat-sahabat lama ketika diberi peluang bertemu dengan mereka semasa di bumi bangi ini..mudah-mudah semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..dikesempatan ini juga saya mengambil peluang dalam bulan yang Mulia, ingin memohon kemaafan di atas segala kelemahan yang ada pada diri ini..semoga pertemuan dan perpisahan mendapat keredoan daripadaNYA..



No comments: