25 March, 2008

hak pembebasan pelajar ipt(retorik @ realiti)

Kerajaan cadang pinda AUKU: Khaled


AMBIL ALIH: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar (kiri) menerima Nota Serah Tugas daripada Khaled sambil diperhatikan timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah pada majlis serah tugas, di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kerajaan akan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bagi memberi pelajar dan universiti lebih kebebasan.

Beliau berkata, kajian awal mendapati beberapa peraturan dalam AUKU menyekat kreativiti pelajar dan pihak pengurusan universiti untuk mencapai tahap kecemerlangan di peringkat global.

-berita ini dipetik dari berita harian 25/3/08..

setelah sekian lama kita menyaksikan segala pergerakan dan tingkah laku para pelajar ipt dipantau dan dilayan ibarat "budak kecil" yg baru belajar berjalan.walaupun pada hakikatnya status pelajar yg diperolehi itu sepatutnya menjadikan seseorang itu lebih berdaya saing, berinovasi dan berpemikiran kritis,sebaliknya akta auku telah merantai sama sekali para pelajar untuk mempertingkatkan diri dengan keadaan dan isu-isu semasa..para pelajar DISIBUKKAN DAN HANYA BERADA DALAM LINGKUNGAN PEMBELAJARAN SEMATA-MATA TANPA BOLEH TERLIBAT SECARA LANGSUNG dengan PERSEKITARAN LUAR.
hal ini segaligus mengakibatkan para pelajar boleh di ibaratkan seperti katak di bawah tempurung walaupun pada hakikatnya berada di menara gading...
- hasrat baik pihak kerajaan untuk meminda akta ini pada saya adalah satu langkah yang positif bagi meningkatkan kembali maruah para pelajar ipt serta untuk melahirkan kembali graduan-graduan universiti yang berkualiti dan memberi manfaat kepada negara dan masyarakat.
-Namun terdapat sedikit kebimbangan,adakah hal ini sekadar perancangan tanpa pelaksanaan yang berkesan atau sebaliknya...hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahuinya...

No comments: