10 May, 2008

Batasan


Setiap perkara yg ingin dilakukan dlm kehidupan perlu ada batas2 nya yg tertentu..jika dilihat keadaan masyarakat kini, budaya hidup dalam hedonisme semakin berleluasa...ketika balik rumah selepas final exam baru2 ni, aku sempat mengikuti kuliah yg di sampaikn oleh mufti perlis ustaz Asri zainal Abidin,walaupun ada kenyataannya sebelum ini yg mengundang kontrovesi,tapi sesuatu yg baik boleh diambil sebagai pengajaran dan difikirkan bersama..


Islam tidak menghalang kpd hiburan dan sememangnya naluri manusia memerlukan hiburan,tetapi menurut beliau, perlu ada batas2 yg perlu dititik beratkan agar manusai tidak melampaui batas yg ditetapkan oleh syarak..satu perkara yg menarik perhatian adalah apabila beliau menyentuh berkaitan tanggunggungjawab pihak berwajib(kerajaan) yg beriya-iya mahu membina masyarakat minda kelas pertama yg penuh dengan modal insan yg jitu, tapi pada masa yg sama menggalakkan budaya hiburan yg terlalu melampaui batas yg boleh menggugat status seorang manusia berakal terutamanya yg beragama...menurutnya lagi, masyarakat terutamanya remaja zaman sekarng berada dlm keadaan tahap yg cukup rendah@ diibaratkan olehnya kosong akibat drp hiburan yg melampau berbanding dgn masyarakat pada zaman sahabat yg mana berusaha mencari ilmu sejak kecil dan telah menguasai pelbagai ilmu2.


Niat baik yg ingin diusahakan oleh pihak berwajib tersebut amatlah aku sokong, namun terdapat percanggahan dlm pembinaan minda kelas pertama, modal insan dengan situasi budaya hidonisme yg dibiarkan berleluasa..pembinaan minda tidak dapat dilakukan sekiranya masyarakat dilalaikan@dilekakan dengan hiburan tanpa had yg membantutkan penjanaan pemikiran..bukannya tidak boleh berhibur,tetapi ada batas2 dan caranya yg menggambarkan sebagai seorang yg berakal dlm mencari hiburan.


Situasi yg sama turut berlaku di ipta/s. Hasrat ingin melahirkan tenaga mahir yg berkualiti dan penuh dengan nilai modal insan, namun pada masa yg sama budaya hedonisme dibiarkan tumbuh ibarat cendawan selpas hujan..Terdapat sesetengah pihak yg menganggap bahawa perkara seperti ini adalah remeh dan kecil,namun sekiranya perkara2 kecil tidak dianggap besar, ia boleh menggundang masalah yg serius kpd masyarakat dan negara. lihat saja kpd statistik2 berkaitan dengan salahlaku,vendelisme,jenayah dan sebagainya yg semakin hari semakin meningkat..


Tersenyum aku apabila melihat ada rakan di kolej yg menampal poster yg besar di hadapan pintu biliknya"HIDONISME ADALAH PENGHANCUR MODAL INSAN YG SEBENAR"..sebenarnya perkara ini telah lama diperbahaskan oleh banyak pihak,aku saja menbawakan pandangan mufti/berilmu tentang perkara ini kerana sebelum ini tidak banyak org2 berilmu yg mempunyai kuasa @ jawatan yg sah bangun untuk menyatakan pendirian mereka.Tidak tahulah sama ada untuk menjaga hati sesetengah pihak @ menjaga periuk nasi masing2. Hidonisme melampau telah dianggap sebagai perkara yg sudah menjadi suatu kebiasaan dalam kehidupan masyarakat kini..Pandangan orang yg berilmu/alim ulamak/cendiakawan2 tidak lg diambil berat dan diiktiraf..Tahap pemikiran masyarakat kini boleh dinilai secara kasar.. artis2 yg mengambil cara hidup barat"sekuralime"lebih disanjungi dan diikuti oleh masyarakat berbanding dengan pendapat golongan yg berilmu.. contohnya, adakah tindakan Faizal Tahir membuang baju ketika mengadakan persembahan adalah sesuatu yg berakal..wajarkah diberi pengiktirafan setelah berkelakuan sedemikian..that situation, menggambarkan tahap pemikiran rakyat m'sia..tetapi aku bersyukur krn bukan semuanya berfikiran sedemikian...


"i think therefore i am"

No comments: