17 May, 2008

Berhentilah mengeluh

cuba renungkan penyampaian ini sebelum anda mulai mengeluh pelbagai hal yang terjadi dalam hidup anda.........

-Hari ini sebelum anda mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali..

-sebelum anda mengeluh tentang rasa dari makanan yang anda santap, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan..

-sebebelum anda katakan tidak punyai apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan..
-sebelum anda mengeluh bahawa anda buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk dalam hidupnya..

-sebelum anda mengeluh tentang suami atau isteri anda, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan untuk diberikan teman hidup..




-hari ini sebelum anda mengeluh tentang hidup anda, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat..

-sebelum anda mengeluh tentang anak-anak, fikirkan tentang seseorang yang ingin anak tetapi dirinya mandul..

-sebelum anda mengeluh tentang rumah anda yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tidak memiliki rumah..

-ketika anda penat dan mengeluh tentang banyak perkara yang anda lakukan, fikirkan tentang pengangguran dan orang-orang cacat yang berharap mereka menpunyai pekerjaan seperti anda..

-sebelum anda menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa..

-ketika anda sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, senyum dan bersyukurlah kepada Allah(s.w.t) bahawa anda masih hidup..







JADI BERHENTILAH MENGELUH, HADAPILAH PAHIT MANISNYA HIDUP DENGAN BERSYUKUR TERHADAP SEMUA YANG TELAH ALLAH(S.W.T) BERIKAN......

No comments: