07 March, 2010

Gugur di tengah jalan




Hari semakin gelap. Saya memecut laju moto untuk sampai di rumah sebelum magrib.
“Mak satu lagi YB PKR keluar parti ni” kata saya sejurus masuk ke dalam rumah dan melihat mak.

Sepontan ayat tadi dibalas dengan jawapan yang agak dalam maknanya.
“macam tu lah kalau tak ikhlas dalam perjuangan. Orang-orang macam ni akan gugur dalam perjuangan kalau tak ikhlas berjuang demi kebenaran, dan Allah akan ganti dengan orang lain.

Saya termangu dan berfikir sejenak. Sememangnya mak petah berhujah terutamanya bab politik.

Betul. Hati ini mengiyakan kata-kata mak tadi. Betul, orang yang tidak ikhlas dalam berjuang terutama demi kebenaran akan gugur di tengah jalan.
Sememangnya dalam pentas politik tanah air kini, ramai ahli politik yang dipilih oleh rakyat gugur di tengah jalan sama ada keluar parti menjadi ‘katak’ ataupun dipecat kerana pelbagai masalah displin. Bukan itu sahaja, bahkan mereka gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat dengan mengkhianati kepercayaan yang diberikan.

Apabila kepentingan diri sendiri lebih diutamakan maka ketelusan,integriti dan keikhlasan mula tercemar. Dunia menjadi agenda utamanya, kerana pelbagai godaan tidak dapat ditepis lagi,akhirnya mereka merelakan tali tempat rakyat menggantungkan harapan diputuskan.

Sikap lama tradisi pemimpin UMNO nyata tidak dapat dikikis sepenuhnya. Macam na nak buang sedangkan dari bekas itu mereka datang. Rasuah, pecah amanah, kianat kepercayaan rakyat, sudah menjadi amalan tradisi sejak berkurun lama. Hanya yang betul-betul insaf saja dapat menahan diri dari terjebak kembali.

Namun mereka lupa, yang menambah 2 perkataan “ Y.B” di hadapan nama mereka adalah rakyat. Hakim ‘rakyat’ ini mungkin tidak dapat mengetuk tukul dalam court untuk menjatuhkan hukuman, tapi hakim-hakim ini dapat menggunakan tukul sakti mereka(kuasa undi) untuk menukul kepala katak-katak ini kembali ke tempat asal mereka bila tibanya pilihan raya.

Katak selalu menjadi mangsa sepakan adik saya jika tersesat masuk ke dalam rumah. Pada ketika itu rasa marah terhadap tindakan adik memang ada. Namun, dalam situasi ini kalau rakyat nak “menyepak” katak-katak ini, hati ini rasa gembira sekali.

(DEM0CRACY = THE POWER OF THE PEOPLE)

3 comments:

Anonymous said...

pas ja istiqamah.
takbir..
bleh blah pkr..

Cioara Andrei said...

Foarte interesant subiectul postat de tine. M-am uitat pe blogul tau si imi place si am sa mai revin sa-l vizitez. O zi buna

Anonymous said...

najis tetap ke lubang najis, walaupun ia melimpah, ia tetap najis