12 May, 2010

Perhimpunan perdana palestin

Assalamualaikum,

saya tidak tahu bagaimana ayat harus disusun bagi memulakan bicara. Tangan seolah-olah kaku setiap kali melihat ruang post di dalam blog. Namun saya mencuba, semoga tulisan yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada orang yang sudi membaca.

Pernah diceritakan, ketika seorang pendakwah berceramah di hadapan ribuan orang,pendakwah tersebut tidak boleh memaksa semua orang di hadapannya menerima kata-katanya serta mengamalkan apa yang disuruhnya. Di kalangan ribuan pendengar,sekiranya seorang dibuka hidayah oleh Allah S.w.t dan dapat menerima dakwah tersebut maka itu lebih baik daripada tiada langsung. Maka di sini, bukanlah tugas pendakwah untuk membuka pintu-pintu hati orang ramai, sebaliknya Allah s.w.t lebih mengetahui hati mana yang ingin dibuka oleh NYA.

Segalanya mungkin dianggap kebetulan dan tidak dirancang, namun apa yang penting segala yang berlaku telah diaturkan oleh Tuan Punya Dunia. Alhamdulilah, saya berkesempatan untuk bersama-sama beberapa orang sahabat menyertai perhimpunan perdana Palestin di stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei 2010.

Teruja, bersemangat dan terkejut,mungkin itulah perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan perasaan ini ketika tiba di stadium Melawati. Ribuan Orang berkumpul menunjukkan sokongan terhadap Tribulasi yang dihadapi oleh umat Islam di Palestin.
persembahan daripada kumpulan Shoutul harakah memang dinanti-nantikan,dan tidak keterlaluan untuk dikatakan kumpulan tersebut berjaya membangkitkan semangat kebersamaan untuk menyelami penderitaan masyarakat palestin.

Jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan Nasyid tempatan, kumpulan Shoutul harakah(indonesia) lebih jauh ke depan dan berkualiti mencipta lirik-lirik lagu yang membangkitkan semangat untuk berjuang demi mempertahankan Islam bersesuaian dengan keadaan masing-masing.

Harapan,agar kumpulan Nasyid tanah air turut mengikut jejak shoutul harakah. sudah lah,tinggalkan lagu-lagu jiwang karat yang tidak ke mana. Ayuh bagkitkan semangat Ummat.


4 comments:

Anonymous said...

pergi x ajak..huh..
bengong pada itik sekati bak kat ust azhar..haha

Anonymous said...

aku lupa..kat masjid da bgtaw..

Anonymous said...

untuk mu jiwa .dan darah kami
wahai al aqsa tercinta..

kamimalaysia said...

jom2 lawat sye utk mengetahui ape yg berlaku dan ape yg hangat sedang berlaku di malaysia skrang :D