13 April, 2012

Islam membawa PENCERAHAN (zaman baru) kepada orang Melayu




1.0 Pendahuluan


Islam adalah cara hidup yang menerangi kehidupan manusia. Nabi Muhammad (s.a.w) adalah Rasul mulia yang diutuskan oleh Allah(s.w.) untuk memandu manusia ke jalan kebenaran. Sejarah membuktikan bagaimana kehidupan masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam hidup dalam keadaan jahil, bodoh, tidak terurus, dan mengamalkan corak hidup yang bertentangan dengan norma-norma seorang manusia. Namun apabila Islam datang, ia memberi sinar harapan dan zaman baru kepada masyarakat Arab ketika itu. Islam memberikan kecermerlangan dan pencerahan terhadap penganutnya yang bersungguh-sungguh mengamalkan segala ajaran yang diperintahkan oleh Allah(s.w.t).
Perkara yang sama turut berlaku kepada orang-orang Melayu. Islam telah membawa suatu zaman baru kepada masyarakat di Alam Melayu daripada tidak mempunyai kepercayaan yang tetap kepada pengesaan yang satu (Allah S.W.T). Selain itu Islam juga memberi dimensi baru kepada orang-orang Melayu dalam melihat dunia (world view) menurut pandangan Islam. Islam juga membawa pencerahan dari sudut ilmu pengetahuan, ekonomi, bahasa, kepercayaan, dan berbagai lagi kepada orang Melayu.

Islam datang ke Alam Melayu pada abad ke 6, tetapi orang-orang Melayu mula menerima islam pada abad ke 13. Kemasukan Islam ke Sumatera bermula pada pertengahan abad ke dua belas Masihi. Raja yang mula memeluk Islam di Aceh pula menurutnya ialah Johan Shah yang naik tahta pada tahun 1250 M. Manakala di Sulawasi penduduk-penduduk dari keturunan Bugis yang tinggal di daerah Makasar telah menerima Islam pada tahun 1604 Masihi.

Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu telah mempunyai kehidupan tersendiri yang banyak dipengaruhi oleh unsure-unsur Ananisme dan kepercayaan Hindu-Buddha. Namun setelah proses Islamisasi terjadi, berlaku perubahan secara beransur-ansur. Walaubagaimana pun turut berlaku perbezaan corak hidup di antara masyarakat yang telah berubah dengan masyarakat yang masih mengekalkan corak hidupa yang lama. Latar belakang yang berbeza-beza sebelaum kedatangan Islam telah memberi perbezaan setelah kedatangan Islam dalam Alam Melayu. Sebagai contoh di pendalaman tidak terdedah dengan pengaruh luar telah menyukarkan penerimaan islam dalam kehidupan mereka. Namun secara umumnya Islam telah membawa pencerahan kepada kebanyakan orang-orang Melayu.


2.0 Konsep Tauhid

Antara pencerahan yang paling penting dibawa oleh Islam kepada orang Melayu adalah keesahan kepada tuhan yang satu. Konsep tauhid yang diperkenalkan adalah untuk mengakui segala yang ada di atas muka bumi tertakluk di bawah kekuasaan Allah(s.w.t). Hanya Allah(s.w.t) yang berkuasa terhadap sesuatu. Inilah pencerahan yang paling penting dibawa oleh Islam kepada orang-orang melayu dari sudut kepercayaan atau pegangan.


3.0 World view Islam


Selain itu juga, Islam turut memberi World View yang baru kepada orang-orang Melayu dalam melihat kehidupan. Setelah kedatangan Islam, ia memberi pandangan dunia yang baru. Islam memandu manusia bagaimana manusia melihat dunia dan kehidupan berdasarkan norma-norma Islam. Antara perkara penting yang ditekankan ialah mengakui keesaan Allah(s.w.t) dan tentang kosmologi atau alam semesta. Dengan adanya dunia menjadi tanda kewujudnya Allah(s.w.t). Penduduk tempatan tidak lagi menganggap ada manusia di dasar laut, di perut bumi, atau di kayangan. Islam turut memberi pandangan baru tentang dunia ghaib (the other world) iaitu adanya alam akhirat, syurga dan neraka.

Melalui konsep uluhiyah dan ubudiyah orang-orang melayu semakin jelas akan erti kehidupan. Uluhiyah menerangkan bahawa kita kita hidup di atas pemberiaan daripada Allah(s.w.t) yang esa. Percaya bahawa segala rezeki adalah diberi oleh Allah(s.w.t). Inilah ajaran dan pencerahan yang diberikan oleh Islam kepada penduduk Melayu. Mereka tidak lagi percaya kepada semangat padi atau semangat laut yang memberikan rezeki. Manakala konsep ubudiyah pula berkaitan dengan pengabdian. Manusia harus mengabdikan diri kepada tuhan yang Esa menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tidak melakukan apa yang dilarang. Sebelum Islam, penduduk Melayu hanya hidup untuk makan, minum, tidur dan mati, tetapi dengan kedatangan Islam ia memberi erti yang luas kepada kehidupan manusia.


4.0 Perisian Baru Institusi Politik


Islam turut memberikan zaman baru kepada institusi politik orang-orang Melayu. Namun kedatangan Islam tidak mengubah mengubah struktur sistem politik yang sedia ada, tetapi perubahan yang berlaku ialah perisian unsur-unsur baru(Islam) yang digabungkan dan disintesiskan dengan unsur lama. Ketika Islam bertapak di kepulauan Melayu sistem politik Islam telah pun mengalami perubahan daripada bentuk asal, iaitu sistem khalifah yang dipilih kepada sistem monarki (Raja) berketurunan sama ada yang memakai gelaran khalifah atau sultan iaitu apabila Islam telah dikuasai oleh Bani Ummaiyah dan Abasiyah. Bentuk sistem monarki itulah yang diambil oleh raja-raja Melayu kerana sistem itu sangat serasi(sama) dengan apa yang mereka amalkan.

Konsep raja sebagai tuhan di bumi pula diganti dengan raja sebagai wakil dan pemegang amanah Allah(s.w.t). Raja sebagai khalifah iaitu wakil tuhan dan bukan lagi tuhan(Dewa) kerana raja adalah manusia biasa diamanahkan sebagai ketua(imam) yang bertanggungjawab kepada rakyat. Sebagai contoh sulatan Alaudin Riayat Shah. Ini juga merupakan suatu pencerahan yang dibawa oleh Islam. Ketaatan bersyarat diamalkan selagi mana tidak melanggar perintah Allah(s.w.t) ”ketaatan yang mutlak”.

Selain itu, pelaksanaan undang-undang Islam seperti hukum Hudud, contohnya batu bersurat Terengganu mewajibkan ke atas manusia patuh kepada undang-undang Allah(s.w.t) dan menjalankan hukuman itu wajib ke atas raja-raja. Islam telah memberi suatu sistem undang-undang kepada sistem politik masyarakat tempatan. Hal ini menunjukkan hukum Hudud bukan sesuatu yang baru dalam politik Melayu. Islam telah memberikan zaman baru kepada politik orang Melayu sejak beratus tahun dahulu.

Penerimaan islam oleh raja-raja melayu turut disebabkan kegiatan ekonomi atau perdagangan. Ini kerana kedatangan Islam mendedahkan orang-orang melayu kepada dunia luar melalui perdagangan. Kebanyakan pedagang-pedagang yang datang ke Alam Melayu adalah beragama Islam. Oleh itu, raja di Alam Melayu menerima Islam juga kerana untuk menarik para pedagang. Sebagai contoh, sejarah Melaka telah membuktikan bagaimana Paraweswara menerima Islam sekaligus memberi kehebatan kepada Melaka sama ada dari sudut perdagangan dan hubungan diplomatik dengan negara-negara besar. Walaupun ketika itu Melaka hanyalah sebuah negeri yang kecil, tetapi melalui kegiatan perdagangan ia dapat mengukuhkan lagi empayarnya.



Selain itu, antara sumbangan penting Islam terhadap oarang-orang melayu ialah Bahasa melayu atau tulisan Jawi. Islam telah menjadikan bahasa Melayu daripada bahasa lisan kepada bahasa tulisan (Jawi). Selain itu juga, bahasa Melayu telah diangkat oleh Islam di Alam Melayu sebagai bahasa agama. Selepas itu, bahasa Melayu tersebar luas dari Sabah hingga ke Teruate (kepulauan Maluku). Ia turut digunakan untuk bahasa tempatan lain seperti Jawa, Suud, Aceh, Bugis, dan Minang. Melalui bahasa Melayu, pelbagai ilmu samada dalam bidang agama dan bukan agama ditulis dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu pada asalnya tidak dugunakan tetapi yang digunakan ialah tulisan Jawi. Ia digunakan dan dipertuturkan oleh semua orang di kepulauan Indonesia.

Islam turut berkembang dengan perdagangan, maka bahasa Melayu menjadi bahasa penting ketika pedagang-pedagang Islam datang berdagang di Alam Melayu. Selain itu juga bahasa Melayu telah dijadikan medium untuk penyebaran agama Islam selain menjadi bahasa Lingua Franka atau bahasa perantaraan. Sehingga tahun 1850 bahasa melayu turut digunakan oleh Belanda di Afrika selatan. Ini menunjukkan kedatangan Islam bukan sahaja memberi pencerahan atau zaman baru dari sudut politik, ekonomi, dan kepercayaan, tetapi juga dari sudut ilmu pengetahuan. Dalam mana-mana budaya bahasa menjadi asas yang penting kerana bahasa menjadi tempat untuk simpanan khazanah budaya dan Islam telah menyumbang bahasa tulisan kepada orang-orang Melayu sekaligus membawa suatu dimensi baru dalam kehidupan orang Melayu dan menyediakan tapak kepada sistem yang ada pada masa kini.



6.0 Semangat persaudaraan

Semangat persaudaraan dan perpaduan Islam sejagat ialah di antara pembaharuan cara hidup yang dibawa Islam yang wujud di Alam Melayu. Semangat perkauman dan kedaerahan telah dapat dikikis. Semangat kerjasama dan bantu-membantu telah wujud di kalangan Ummah. Orang-orang Islam telah bersatu padu menentang kerajaan Hindu Majapahit, penjajaf Portugis, Belanda, dan Sepanyol.


7.0 Kesimpulan


Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah membawa pencerahan kepada orang-orang Melayu. Melalui kedatangan Islam, tamadun dan budaya oarang-orang Melayu mula berkembang dan bertambah maju dari sebelumnya. Islam telah membuka dan menyediakn suatu dimensi baru kepada orang-orang melayu dalam melihat dunia melalui World View Islam. Selain itu juga Islam turut membuka zaman baru kepada orang-orang Melayu untuk terus maju hingga ke hati ini. Bukan Melayu yang membawa pencerahan, tetapi Islamlah yang menbawa pencerahan kepada masyarakat Melayu pada zaman dahulu sehingga sekarang.

No comments: