01 May, 2008

I think, therefore I am

Aku berfikir, aku wujud /I think, therefore I am(cogito,ergo, sum), ayat ini adalah dipopularkan oleh tokoh falsafah Perancis iaitu Rene Descartes, melalui teknik keraguan yg diperkenalkn unt mencari dan membuktikan kewujudan manusia..Namun ia bkn lah sesuatu yg boleh dianggap benar samal sekali. Falsafah adalah satu bentuk ilmu yg memperjelaskan permasalahan yg berlaku dan mengemukakan jalan penyelesaian yg tak selalu tepat kerana falsafah terutamanya dari barat adalah berdasarkan akal semata-mata dan ilmu dlm falsafah bukan lah muktamat.. Namun perkataan yg dikemukan oleh Descartes tersebut "i think, therefore i am" menarik perhatian aku..sekirannya kita berfikir maka kita wujud.......sebaliknya??bagaimana dgn org yg tak berfikir,adakah mereka wujud?ini salah satu persolan yg terdapat dlm falsafah.......fikirkanlah............

Sewaktu dalam kelas falsafah Prof,Dr Amriah selalu mengulangi ayat berkaitan dengan pemikiran manusia iaitu"manusia adalah makhluk yg berkesedaran dan sedar akan kesedarannya"..walaupn kadang2 penjelasan falsafahnya membuatkan aku pening tapi ayat ini sentiasa aku ingat(sory prof..hehe)..Akal menurunnya, membezakan manusia dengan makhluk2 yg Allah (s.w.t) ciptakn di atas muka bumi ini..oleh itu jika seseorang itu tidak berfikir maka, dia samalah dengan makhluk2 yg lain(prof Amriah yg kata..hehe)..

Tapi dlm bidang kajian falsafah, takrifan yg diberikan adalah berbeza dgn daya pemikiran yg biasa. Pemikiran oleh tokoh2 falsafah bukan berbentuk santai, tetapi melalui pemikiran, permerhatian dan penilaian yg mendalam bagi menjelaskan sesuatu konsep dan menjawab persoalan2 pokok @ utama dalam kehidupan manusia..

Yg ingin dikaitkan disini ialah berkaitan dengan pemikiran dalam islam. umat islam dituntut untuk berfikir tentang kejadian dan kebesaran Ilahi. ini menunjukkan bahawa kaeadah berfikir tentang ilmu adalah sesuatu yg penting dlm islam. kepentingan untuk berfikir dpt menambahkan pengetahuan. pemikiran dalam islam bukan berdasarkan akal semata-mata, tetapi mestilah juga berlandaskan Al quran...

Ada pandangan yg kedengaran bahawa ilmu falsafah boleh menimbulkan kecelaruan dlm pemikiran umat islam kerana kebanyakan tokoh2 falsafah adalah dr barat yg mendaulatkan akal semata2..Ingin diyatakan di sini bahawa setiap ilmu itu adalah datangnya dr Allah(s.w.t). maka sebagaimana ilmu sains diterokai untk membuktikan kebesaranNYA, maka ilmu Falsafah juga mesti difahami dan diambil dr sudut positif untuk kita mendekatkan diri kepadaNYa..melalui kajian falsafah barat dapat kita ketahui bagaimana aliran2 yg wujud telah merosakkan kehidupan masyarakat barat itu sendiri.

Takrifan falsafah itu sendiri adalah berfikir ke arah kebijaksanaan/ilmu. Maka sebagai umat islam/manusia yg berakal, perlunya kita menguasai ilmu2 falsafah bgi memahami persolan2 pokok yg diperbahaskan sekian lama sama ada dr tokoh falsafah barat mahupun islam. sebagai makhluk yg berkesedaran dan sedar akan kesedaran masing2, kita sepatutnya boleh membuat penilaian yg mana lebih benar,tepat dan sesuai untk diaplikasi dlm kehidupan kita...

Sebagai contoh kita boleh melihat kepada falsafah espitimologi dalam memperolehi kebenaran ilmu. Pelbagai aliran yg timbul sama ada dr barat mahu pun islam yg membahaskan tentang kebenaran ilmu yg sebenar. Timbulnya aliran Rasionalisme yg mengatakan hanya akal fikiran bolen menjelaskan segala2nya. Berbeza pula dengan aliran Empirisime yg mengatakan ilmu hanya diperolehi melalui pengalaman pancaindera manusia. Ada juga aliran Skepticisme yg meragui akal dan pencaindera manusia krn menurut aliran tersebut akal dan pengalaman manusia adalah berbeza dan diragui kebenarannya...berdasarkan pandangan aliran2 yg wujud tersebut bg menjelaskan tentang bagaimana kebenaran ilmu pengetahuan itu diperolehi sendiri memperlihatkan terdapat pelbagai perbahasan dan perbezaan yg memaparkan manusia sekiranya menggambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yg lain maka tidak akan mencapai kebenararan dan kesempurnaan..oleh sebab itu, manusia memerlukan wahyuNYA sebagai petunjuk bg jalan yg gelap..

Dalam falsafah islam, Al Ghazali merupakan seorang tokoh skeptis yg menafikan peranan dan kesahihan ilmu yg terhasil daripada pancaindera dan akal..namun akhirnya Al Ghazali telah menolak kedua2 sumber tersebut kerana gagal memberi ilmu yg sebenar kepadanya, sebaliknya pula telah memberi kesan psikologi/perasaan @ was2 kepadanya. Oleh itu beliau menerima ilmu yg bersumberkan ilham ilahi sebagai sumber ilmu yg mutlak...

Oleh sebab itu, kita perlu bijak menilai dlm mempelajari sesuatu ilmu untuk dikaitkan dengan ajaran yg terdapat dlm islam supaya keyakinan kta bertambah..sesungguhnya islam itu adalah syumul/sempurna.. Sebagai insan yg lemah,manusia dituntut unt mempelajari ilmu pengetahuan agar kita dapat mengetahui tentang kesempurnaan islam dr pelbagai sudut sama ada sains, falsafah, metematik dan lain2...

(yasin_08)

5 comments:

affanazami said...

subjek falsafah sudah tamat ye rakan2!!! hahaha.

p/s- aku pun manusia yg sedar akan kesadarannya. haha

yasin said...

betul apan,lega rasanya..hehe.tpi apa yg di belajq 2 rsanya dah mengetuk kesadaran aku....hehe

p/s:vote prof amriah (",)

Faizal said...

btol tu sin..mmg la blajaq falsafah ni kadang2 boring..tmbah lak time tgh hari..perut aku dok reja bergendang ja..tp blajaq falsafah ni sebenaq nya bez gak..lgpn byk gak pesanan2 yg bguna tp xnafikan gak bkn semua idea falsafah ni bleh diaplikasikan dalam kehidupan kita..tp sekurang2nya yang berguna tu kita amik tp kita Islamisasikan ilmu tu dlu n lagi 1 kita xbleh la cedok bulat2..kna la bsikap skeptik sikit..bru la sesuai dgn kehidupan kita..

Faizal said...

lagi 1 aku harap2 paper tu kita semua dpt A la naaa.. =)

yasin said...

Insyallah..