06 June, 2008

HADIAH BUAT RAKYAT






Sempena kemenangan kerajaan BN pada piliha raya umum ke 12, pelbagai kejutan telah diberikan kepada rakyat. Yang paling terbaru ialah hadiah kenaikan harga minyak petrol sebanyak RM0.78 sen dan diesel RM 1.00, tertinggi dalam sejarah Negara. Kenaikan harga minyak di pasaran dunia dijadikan sebab utama mengapa kerajaan BN menaikkan harga minyak. Selain itu alasan kerajaan tidak lagi dapat menanggug subsidi minyak turut menjadikan alasan kenaikan harga minyak pada 5/6/08.

Menurut mereka rakyat perlu berdikari tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan..Menjadi suatu persoalan disini apakah sebenarnya peranan kerajaan yang dipilih oleh rakyat jika tidak dapat menbantu dan memberi kesejahteraan serta keselesaan kepada rakyat.. Jika dirujuk kembali kepada takrif sebenar sebuah kerajaan demokrasi,peranan kerajaan adalah terhad dan hanya sebagai alat penyelarasan kepada kehendak rakyat..Tetapi di sini wujud percanggahan apabila tindakan yang diambil oleh kerajaan ini membebankan sama sekali rakyat di pelbagai lapisan masyarakat terutamanya yang berpendapatan rendah.

4/6/08 aku bertolak dari pudu ke Muar untuk meghadiri kawat tamat latihan di pulapor Muar. Semua jalan di k.L menjadi sesak disebabkan orang ramai berpusu-pusu mengambil peluang terakhir mengisi minyak subsidi. Perkara ini berlaku di seluruh Negara apabila berita mengenai kenaikan harga minyak mula tersebar..keesokan harinya di stesyen bas muar kedengaran rungutan daripada orang ramai mengenai kenaikan harga minyak yang mendadak. Secara autometiknya barangan-barangan yang lain turut akan mengalami kenaikan walau pun pihak kerajaan mendakwa tidak boleh menaikkan harga barangan sesuka hati. Tetapi berdasarkan pengalaman kenaikan minyak yang lepas, keadaan seperti ini akan berlaku bahkan lebih dahsyat lagi pada kali ini.Gabenor bank Negara mengumunkan andaian awal bahawa pada tahun 2008 kadar inflasi akan meningkat sebanyak 4.2 peratus. Ini akan mendatangkan masalah kepada Negara dan masyarakat..

Aku mengambil teksi untuk sampai ke pulapor muar tempat berlangsungnya kawat tamat latihan. Ketika dalam perjalanan setelah sekian lama membisu,pemandu yang sudah berumur lanjut itu bersuara “paklah sudah gila”. Tak sepatutnya menaikan harga minyak begitu tinggi..paklah takpa la bukan dia bayar duit minyak, naik kereta, kapal terbang free.sama la dengan dia punya menteri-menteri. Yang teruk orang kerja macam pakcik la. Macam mana nak hidup dan cari makan macam ni.?? Aku saja mencela, inilah hadiah kerajaan BN buat rakyat..Pembangkang tawarkan turunkan harga minyak, tapi orang Johor mau juga kerajaan yang suka bagi barang naik….(BN). Tapi relex ja dia kata kalaw paklah naikkan harga minyak sebelum pilihan raya, confom Johor pun boleh kat pakatan rakyat..hahaha.(dia ketawa)

Berdasarkan teori konflik kelas yang diperkenalkan oleh karl Mark, penindasan yang dilakukan oleh pihak yang menguasai alat-alat pengeluaran ekonomi terhadap golongan bawahan akan menyebabkan berlakunya revolusi..Berdasarkan teori tersebut penilaian boleh dibuat sejauh mana keadaan penindasan ekonomi yang berlaku di Malaysia. Adakah akan berlaku revolusi menjatuhkan penguasa ekonomi(kerajaan) melalui kekerasan? Tidak mungkin berlaku revolusi di Malaysia, namun boleh dikatakan revolusi yang berlaku dalam keadaan yang berbeza iaitu melalui pilihan raya. Faktor kesempitan dan tekanan hidup yang tinggi menjadi salah satu penyebab rakyat menolak BN dan 5 buah negeri jatuh kepda pakatan rakyat dalam pilihan raya umum yang ke 12. Inil boleh dikatakan satu bentuk baru revolusi di Malaysia akibat daripada tekanan ekonomi.

Berdasarkan keadaan semasa yang semakin membebankan, menindas golongan yang tidak berkemampuan serta masyarakat hidup dalam keadaan yang tidak selesa di tambah dengan kadar jenayah yang semakin meningkat, revolusi menukar kerajaan mungkin akan berlaku pada pilihan raya akan datang ataupun dalam masa yang terdekat ini..Hanya Allah (s.w.t) yang lebih mengetahu segalanya….

4 comments:

Faizal said...

rakyat semakin menderita di bawah pimpinan kerajaan sekarang..naikkan harga minyak tanpa mengambil kira pendapat rakyat..PM dan konco-konconya xpa la p mna pn free..pilihan raya 4 thn lg aku rasa perjuangan BN akan berkubur..sama2 kita nantikan.

yasin said...

KERAJAAN YG ZALIM TAK AKAN BERTAHAN LAMA..SUDAH SAMPAI MASANYA,MEREKA AKAN JATUH..RAKYATLAH HARUS BIJAK, JGN LG TERTIPU DAN TERPEDAYA DGN JANJI2 MANIS YG TAK KEMANA...

Anonymous said...

salam bro.. kalau kita tgk skrg, bkn malaysia sahaja yg mengalami masalah ni..seluruh dunia termasuk dunia maju sekalipun.. pemberontakan, mogok dan cacian terhadap kerajaan berlaku dimana sahaja juga termasuk terhadap kerajaan yg dikatakan stabil sebelum ni.. adakah isu kenaikan minyak seratus peratus harus disalahkan kepada kerajaan? adakah kerajaan harus memberi subsidi minyak sehingga mengabaikan kebajikan lain? adakah keuntungan yg diperoleh dari petronas harus digunakan sepenuhnya untuk subsidi minyak? bagaimana pula dengan perbelanjaan lain? sekolah, pengajian tinggi, infrastruktur2 dan kemudahan awam?

ni just pandangan gua yang mungkin x sehebat lu yg sememangnya mahir dalam bidang politik coz lu from political science.. so this is my opinion, sory bro

yasin said...

wslm..memang ada betul apa yg awk ktakan..namun peranan kerajaan bukanlah membebankan rakyat,tapi menyelesakan rakyat..sekiranya pengurusan pentadbiran samada dr segi eko,poltik n sosial tidak dpt ditanganidan diuruskan dgn cekap oleh sesebuah kerajaan maka yg akn menjdi mangsa adalh rakyat..jd fikir2 kan lah..sya hormat pandangan awak. tq